Pages

Sunday, September 6, 2009

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUNDASANG, RANAU, SABAH.



1. Lima mata gergaji di puncak lencana menunjukkan Rukun Negara

2. Bulan sabit dan bintang bermaksud harapan masyarakat agar sekolah ini akan terus melahirkan manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan Negara.

3. SMK Kundasang dalam kotak merah bermaksud sekolah yang terkenal di negeri Sabah serta mempunyai harapan yang cerah kearah pencapaian “Sekolah Contoh”.

4. Obor Api Bertiang Tiga bermaksud merangkumi kegiatan Ko-Kurikulum, Kurikulum dan Kemasyarakatan.

5. Gunung Kinabalu bersalut hitam berintikan warna hijau, bermaksud kedudukan sekolah adalah berhampiran dengan Gunung Kinabalu. Warna hijau melambangkan kegiatan utama penduduk berhampiran iaitu PERTANIAN.

6. Tanda bulatan di pinggang lencana, bermaksud tekad yang bulat dan teguh pendirian diamalkan oleh pelajar.

7. Tiang lencana berwarna kuning bermaksud tonggak kebudayaan berbilang kaum yang menghuni sekolah ini.


SMK Kundasang, Ranau

1. SMK Kundasang telah dimulakan pembinaannya pada 24 April 1984 dan siap pada 24 Disember 1985 dengan kos RM10 juta. Kontraktor yang melaksanakan pembinaan ini ialah Lee Construction.

2. Mula digunakan untuk persekolahan yang pertama pada 6 Januari 1986 (Isnin) dengan bilangan murid seramai 60 orang dan bilangan guru seramai 6 orang.

3. Hanya satu kelas tingkatan satu dan satu kelas tingkatan dua dibuka.

4. Idea penubuhan adalah atas permintaan dan permuafakatan orang Kundasang sendiri dan pengasas utama pembinaan sekolah ialah YB. Datuk Mynoor Ginggor yang merupakan wakil rakyat N13 Kundasang pada masa itu.

5. SMK Kundasang adalah sekolah menengah yang ketiga dibina di Ranau selepas SMK Paduka Mat Salleh Ranau dan SMK Bundu Tuhan.

6. Permohonan projek pembinaan SMK Kundasang telah dihantar sendiri oleh YB. Datuk Mynoor Ginggor, Pembantu Menteri Pertanian Negeri Sabah pada masa itu kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

Datuk Mynoor Ginggor

7. Kelulusan Pembinaan Sekolah telah diluluskan oleh Y.A.B. Datuk Musa Hitam Menteri Pelajaran Malaysia.

Tun Musa Hitam

8. 1982 : Datuk Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Harris Mohd. Salleh, Ketua Menteri Sabah dan YB. Datuk Mynoor Ginggor telah memeriksa tapak SMK Kundasang dengan menaiki helicopter.

Datuk Harris Mohd. Salleh, Ketua Menteri Sabah

9. Selepas pemeriksaan maka tapak diluluskan serta merta pada akhir tahun 1982.

10. Menurut Y.Bhg Datuk Mynoor Ginggor, kawasan 48 ekar milik syarikat dari Australia dan British yang meliputi kawasan perumahan kampung, war memorial garden di kawasan Kundasang telah dipohon untuk dikeluarkan. Perkara ini telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan keputusan Mahkamah dan Kerajaan Negeri ialah 8 ekar dikekalkan untuk War Memorial Garden dan selebihnya 40 ekar dikembalikan kepada Kerajaan Negeri.

Perancangan untuk 40 ekar itu termasuklah tapak SMK Kundasang yang ada sekarang seluas 5 ekar, tapak klinik 5 ekar, Balai Polis 5 ekar, Bomba 5 ekar, MDR 5 ekar, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) 5 ekar dan selebihnya untuk lain-lain jabatan dan perumahan kampung sedia ada.


Click picture to enlarge


STAFF TERAWAL

  1. En. Suhaibul Suriman (Pengetua : 1986-1992)
  2. En. Sulaiman Duhiman (Pen. Kanan Pengetua : 1983-1993)
  3. En. Mohd Dzin Mokhtar
  4. En. Haimin Dusilin
  5. En. Esa Ahmad
  6. Pn. Azmidah Yamin
  7. Cik Kamaidah Maslin
  8. En. Sabri Amat
SEJARAH PENUBUHAN TINGKATAN 6

Menurut YBhg Datuk Mynoor Ginggor, permohonan untuk mendapatkan Tingkatan 6 telah dipohon melalui PIBG bagaimanapun lambat mendapatkan kelulusan.

Semasa kunjungan YB. Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 1999 ke Hotel Perkasa Kundasang, surat permohonan telah dikemukakan kepada Menteri Pelajaran dan diluluskan pada penghujung tahun yang sama.

Sejarah penubuhan kelas Tingkatan 6 pula di SMK Kundasang bermula pada tahun 1999. Pada masa tu hanya seramai 60 orang pelajar terpilih menjadi perintis pertama Tingkatan 6. Tapi seramai 10 orang telah menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di Uitm, UMS, Kolej Kejururawatan/ Pembantu Perubatan dan Kolej Farmasi. Hanya tinggal 50 orang yang berjaya menempuhi exam STPM. Kebanyakan pelajar yang terpilih adalah daripada SMK Kundasang dan SMK Bundu Tuhan.

Pada masa tu, kelas tingkatan 6 hanya ada dua, iaitu kelas Ekonomi dan Geografi. Mata pelajaran yang diperkenalkan pula ialah Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Geografi, Sejarah, Bahasa Melayu/Malaysia, Sastera, Pengajian Am dan MUET. Antara cikgu perintis pertama yang mengajar adalah :

1) Cikgu Yusak Gopog - Ekonomi
2) Cikgu Badariah - Geografi
3) Cikgu Nor Sobah Tauhid Pengajian Perniagaan
4) Cikgu Noreeta Khamis Pengajian Am
5) Cikgu Noor Aini - Sejarah
6) Cikgu Ruslindah Rasul - Sastera
7) Cikgu Norita Hamdan - Bahasa Melayu
8) Cikgu Nancy Sepikit - MUET

Melalui Persatuan Tingkatan 6, kami berusaha untuk memperkenalkan pelajar-pelajar tingkatan 6 pada masa itu melalui pertandingan Forum Perdana sempena Bulan Bahasa Melayu, Sketsa pendek, mempersembahkan Koir sempena Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah serta membuat Jalur Gemilang sempena menyambut Hari Kemerdekaan.

Cabaran kami yang utama menjadi pelajar tingkatan 6 yang pertama di SMK Kundasang adalah kekurangan bahan-bahan rujukan pelajaran. Di samping itu, hampir kesemua guru tiada pengalaman mengajar tingkatan 6 kerana kebanyakannya baru keluar dari IPT. Harapan kepada kami juga amat tinggi untuk memastikan kelas tingkatan 6 di SMK Kundasang terus wujud.


# Semua maklumat diatas dipetik dari blog Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang, Ranau Sabah.
#Lencana ini merupakan sumbangan dari pihak sekolah dan diterima oleh penulis pada 4 September 2009.
# Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah diatas sumbangan lencana sekolah ini.

2 comments:

  1. Surat Permohonan Kelas Tingkatan Enam dibuat oleh Dr Mohd Zakaria Ilyas melalui PIBG. Dr Mohd Zakaria Ilyas, Yang DiPertua PIBG, disokong oleh Datuk Mynoor Ginggor (Naib Ketua Bahagian UMNO). Disampaikan kepada YAB Datuk Najib sempana lawatannya merasmi pecah tanah pembinaan SMK Agama Mohd Ali Lohan. Ketika itu Datuk Najib sebagai Menteri Pelajaran. Terima kasih kepada PM dan Datuk Mynoor serta Datuk Dr Hasbollah Hj Taha(mantan Pengarah Pelajaran Sabah).

    ReplyDelete
  2. SEKOLAH MENENGAH KUNDASANG UJUR - SMk kundasang telah disahkan pada tahun 2007 bahawa ada tanah runtuh di kawasan quartes guru dan sebahagian besar di kawasan bangunan sekolah. Guru-guru telah disuruh mengosongkan rumah-rumah mereka tetapi sehingga sekarang belum berpindah kerana Kementerian Pelajaran belum membina rumah untuk guru-guru ini (Mereka berhadapan masaalah dan jika rumah itu ruboh tentu guru-guru ini maut - boleh kah Kerajaan membayar pampasan kepada yang terlibat nanti?). Saya juga dengar sudah ada peruntukan pembinaan SMK Kundasang di Batu Tujuh (Kg. Dingau) semenjak tahun 2007. Kenapa tidak mau mula pembinaan? Saya nampak papan-papan tanda sudah dipaparkan di kawasan tanah tempat membina sekolah ini pada 2007... tetapi sehingga sekarang belum juga dimulakan pembinaannya. Saya harap KPMM dapat melaksanakan pembinaan sekolah ini serta-merta kerana penuntut-penuntut berdepan dengan bahaya yang besar. Kalau runtuh bangunan sekolah ketika mereka belajar SIAPA YANG AKAN BERTANGGUNGJAWAB ... Mahukah kita perkara begini berlaku. Tenyu tidak. Percepatkan pembinaan Sekolah ini di tempat yang telah ditetapkan di Kg Dingau jalan Ranau. Orang kata Kerajaan banyak duit tetapi kenapa tak buat-buat lagi sekolah ini. Terima kasih atas tindakan segara JPM ..... Anonymous

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...