Pages

Sunday, September 6, 2009

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUDA, AMPANG


MIKROSKOP
Konsep – Penemuan.
Huraian : Hidup adalah satu proses penemuan. Sekolah berperanan membantu murid-murid menemui ilmu baru melalui pemikiran, penyelidikan dan penganalisaan.
BENTUK LENGKUNG DI BAWAH
Konsep – Kesempurnaan.
Huraian : Matlamat pendidikan sekolah adalah untuk melahirkan generasi murid BERILMU, BERAKHLAK dan BERJASA.
JALUR BIRU,MERAH & PUTIH
Konsep – Keamanan.
Huraian : Untuk menentukan perkembangan fizikal dan intelek murid tercapai, maka sekolah menyediakan suasana yang indah, aman dan harmoni.
JALUR KUNING & MERAH
Konsep – Kedaulatan.
Huraian : Berada di bawah naungan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.
HIJAU
Konsep – Kesuburan fizikal dan mental.
Huraian : sekolah sebagai tapak semaian menyuburkan nilai-nilai pada naluri kanak-kanak melalui didikan dan bimbingan yang terancang menerusi kurikulum dan ko-kurikulum.
BENTUK PERISAI
Konsep – Ketahanan.
Huraian : Sekolah bertanggungjawab memberi perlindungan, mempertahankan jiwa murid daripada diresapi oleh anasir negative.
BENTUK BUMBUNG
Konsep – Penaung.
Huraian : Sekolah sebagai penaung memberikan perlindungan dan kesejahteraan kepada murid-murid.
OBOR & BUKU
Konsep –Penyuluh Ilmu.
Huraian : Obor menyinari masa depan, manakala buku sebagai sumber segala ilmu.


Sejarah Sekolah



LATAR BELAKANG


Sekolah Kebangsaan Taman Muda mula ditubuhkan pada bulan Januari 1987. Peringkat awal penubuhannya adalah bertempat di SRK Kampung Cheras Baru hanya pada sesi petang. Bilangan murid-murid pada masa itu adalah seramai 142 orang yang merupakan pelajar dari SRK Kampung Cheras Baru dan yang tinggal di kawasan taman-taman perumahan berdekatan Taman Muda.


PERKEMBANGAN FIZIKAL

Sekolah kebangsaan Taman Muda akhirnya berjaya dipindahkan ke bangunan sendiri (seperti sekarang) pada bulan April 1987.Peringkat awal perpindahan, sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan 3 tingkat dan sebuah kantin. Ia meliputi 18 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah pejabat, sebuah pusat sumber dan 5 buah stor / bilik serbaguna. Kemudian, bangunan sekolah ini bertambah dengan 2 blok setingkat 3 bilik dan sebuah blok setingkat 2 bilik. Pada tahun 1995, sebuah bangunan blok baru 3 tingkat telah dibina yang menempatkan 12 bilik darjah. Penghujung tahun 1999, sebuah bilik komputer ( Bilik Bestari ) telah berjaya diwujudkan bagi menempatkan beberapa komputer untuk pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Bilik bestari ini telah dilengkapi dengan rangkaian networking dan internet dan yang terkini WIFI.






PERKEMBANGAN SEKOLAH


Sekolah ini telah berkembang dengan pesatnya sejak mula ia ditubuhkan. Pada awalnya hanya terdapat sebanyak 13 buah kelas dengan pelbagai aliran dari tahun 1 hingga tahun 6. Bilangan tenaga pengajar pula adalah seramai 17 orang termasuk Guru Besar. Pada tahun 2009, jumlah murid telah meningkat kepada 1247 orang murid dan 69 orang guru termasuk Guru Besar,tiga orang Guru Penolong Kanan dan seorang Penyelia Petang. Adalah dijangkakan bilangan murid dan guru akan bertambah dari masa ke semasa berikutan perkembangan pesat kawasan perumahan sekitarnya.





SK Taman Muda, Ampang,
56100 Kuala Lumpur, Selangor.
Tel: 03-4292 1354.
E-Mail : sktamanmuda@edunet.com.my / webmail@sktm.info

1 comment:

  1. rindunyaa sekolah ni... i was the first badge....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...