Pages

Tuesday, September 8, 2009

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN JAYA, TASIK GELUGUR


SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2001 dengan nama Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya. Nama Pengkalan Jaya diilhamkan oleh Guru Besar pertama sekolah ini sempena gabungan nama tempat dan konsep kejayaan menyeluruh. Motif ini diabadikan pada lambang lencana sekolah dengan huruf bingkai PJ. Pada asalnya sekolah ini dinamakan dengan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor II kerana pada peringkat perancangan awal SKTG yang berada di Jalan Besar Tasek Gelugor akan berpindah ke sini sepenuhnya. Sehubungan dengan ini pada peringkat permulaannya semua urusan mesyuarat dan perundingan dikendalikan oleh En. Aboo Hassan b. Ahmad selaku Guru Besar Sek. Keb. Tasek Gelugor.
Namun begitu pada 08 November 2000 suatu mesyuarat khas telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Utara/Tengah bersama semua guru yang terpilih untuk ditempatkan ke SKPJ sebagai kumpulan pertama yang meneroka sekolah baru ini. Ianya terdiri daripada Haji Abdul Rahman b. Hj. Jamaludin - Guru Besar, En. Noor Azhar b. Mansor – Pen. Kanan Pentadbiran, Haji Sabri b. Hj. Sulaiman – Pen. Kanan Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Fuaad b. Ismail – Pen. Kanan Kokurikulum, bersama tenaga pengajar 17 orang guru dan seorang Pembantu Tadbir serta seorang Pembantu Am Rendah. Memandangkan sekolah ini muncul secara ‘tiba-tiba’ maka pada tahun 2001 banyak kemudahan yang tidak lengkap tetapi dibekalkan secara beransur-ansur. Persekitaran lokasi sekolah kosong kerana tiada peruntukan landskap. Sebanyak 11 buah kelas dibuka dan beroperasi bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 4 sahaja dengan bilangan pelajar seramai 384 orang yang dipindahkan sebahagian besarnya dari Sek. Keb. Tasek Gelugor dan selebihnya dari Sek. Keb. Padang Menora berdasarkan alamat terdekat. Tahun 1 (3 kelas), Tahun 2 (3 kelas), Tahun 3 (2 kelas) dan Tahun 4 (3 kelas).

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2, CHERAS


Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 6, BANDAR JENGKA


Lencana sekolah menengah tempat saya belajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 tahun 1991.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAN JENGKA 6,
26410 BANDAR PUSAT JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR.

Lencana Sekolah - SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) YAK CHEE, PUCHONG.



蒲种益智国民型华文小学 SJK (C) Yak Chee
电话 +603-8070 1161
传真 +603-8076 4025
邮件信箱 yakchee@gmail.com
地址 SJK (C) Yak Chee
Batu 8, Jalan Puchong
47100 Puchong, Selangor

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH.


Image
WARNA BIRU - Keutuhan tekad dan cita-cita
WARNA MERAH - Berani dan bersemangat juang
WARNA KUNING - Kesetiaan dan ketaatan
WARNA PUTIH - Kebersihan
BULAN DAN BINTANG
Lambang kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
Kecemerlangan yang diharapkan wujud dalam diri pelajar.
JALUR MERAH PUTIH
Menjunjung cita - cita dan wawasan Negara
BUKU TERBUKA
Perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek serta
semangat kesukanan.
REHAL
Ilmu sebagai asas mencapai kemajuan.
SIMBOL GEAR
Sentiasa terkini dalam bidang sains dan teknologi
BUNGA RAYA
Semangat muhibbah dan permuafakatan.



SEJARAH SEKOLAH SMK BB SUNGAI BULOH
Image
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh terletak di sempadan antara daerah Petaling dan Gombak. Walaupun SMK Bandar Baru Sungai Buloh terletak di bawah kawasan pentadbiran Majlis Daerah Petaling tetapi dalam hal urusan Pendidikan, ia adalah di bawah urusan dan pengelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Gombak.

Pembinaan SMK BBSB telah dibiayai oleh Bank Dunia. Mula dibina pada awal tahun 1992 dan beroperasi pada 1 Disember 1993 dengan penempatan pelajar 980 orang yang ditempatkan di tingkatan Peralihan, 1, 2, 3 dan 4 dengan 44 orang guru di bawah pentadbiran seorang pengetua.

SMK BBSB terletak kira-kira 20 km dari Kuala Lumpur merupakan sebuah sekolah dibawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Selama 14 tahun beroperasi, sekolah ini telah mempunyai 5 orang pengetua iaitu Puan Hajah Rahmah binti Hussien (Disember 1993 - November 1995), Encik Mustafa bin Yunus (1 Disember 1995 - 15 Jun 1998), Datin Hajah Kamsiah binti Sa'abin (16 Jun 1998 - 30 September 1998), Puan Hajah Ramlah binti Haji Tahir (1 November 1998 - 29 Mei 2007) dan Encik Abdul Hakim bin Kassim (Jun 2006 hingga sekarang).

SMK BBSB telah dinaikkan taraf dari gred B ke gred A pada tahun 1998. Bertitik tolak dari tarikh ini, kejayaan demi kejayaan sama ada dalam bidang Kurikulum atau Kokurikulum telah dicapai. Kejayaan yang dikecapi ini adalah hasil daripada kerjasama dan komitmen guru-guru, pelajar dan PIBG sekolah.

Kini SMK SSBS telah hampir 14 tahun beroperasi, SMK BBSB telah berjaya melahirkan generasi yang berwawasan dan ketrampilan untuk memimpin dan membangunkan generasi yang akan datang. Dalam usaha tanpa kenal penat dan jemu, komitmen yang tidak pernah luntur, moto sekolah " Mendukung Wawasan Berteraskan Ceria, Cergas, Cemerlang " dapat diteruskan dan cogan kata " Kecemerlangan Wawasan Kami " .
# Semua maklumat diatas dipetik dari laman web SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...