Pages

Sunday, February 24, 2013

Lencana Sekolah - SEK. MEN. KEB. SULTAN OMAR, DUNGUN

Lambang Sekolah


 


SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU.

SEKOLAH Menengah Kebangsaan Sultan Omar (SMKSO) asalnya sekolah peringkat menengah bagi Dungun English School (DES). DES rendah ditubuhkan pada tahun 1955. Peringkat menengah ini bermula dengan tingkatan satu pada tahun 1959 apabila menerima 35 orang daripada 38 orang calon DES yang lulus dalam Malayan Secondary School Entrance Examination (1958). Pada waktu itu peringkat rendah dan menengah terletak di bawah satu pentadbiran.


Kumpulan pelajar perintis peringkat menengah ini mengambil peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1961. Daripada 35 calon yang menduduki peperiksaan itu, sejumlah 19 orang sahaja yang layak melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat pada tahun 1962. Pelajar yang berjaya ini kemudiannya menduduki peperiksaan Over Seas Certificate (OSC) dan Federal Malayan Certificate (FMC) pada tahun 1963.

Pada bulan Januari 1963 itu, DES menengah memperoleh pentadbiran sendiri. Hal ini terjadi apabila DES menengah dipecahkan daripada DES rendah. DES menengah dinamai Dungun English Secondary School (DESS). Guru Besar pertama yang mentadbir DESS ialah Encik Lim Teh Eng.
Pembukaan rasmi sekolah ini disempurnakan oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir bin Johari pada 25 Jun 1968.

DESS ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Sultan Omar pada tahun 1975. Pemilihan nama baharu ini dibuat sempena nama Sultan Terengganu yang kesembilan. Pada ketika itu juga pertukaran aliran daripada aliran Inggeris kepada aliran Melayu telah berlaku sepenuhnya. Pada tahun 1989, pengajian tingkatan enam bermula apabila 31 orang pelajar ditempatkan di sebuah kelas Tingkatan 6 Rendah Aliran Sastera.

Berdasarkan perjalanan sejarah tersebut, SMK Sultan Omar telah mengalami tiga peringkat yang berlainan. Pertama, peringkat menengah di DES yang berlangsung dalam tempoh 1959 hingga 1962. Ketika itu pentadbiran dijalankan bersama-sama dengan peringkat rendah. Kedua, peringkat DESS yang bermula tahun 1963 hingga 1974. Ketika ini pentadbiran dipisahkan daripada peringkat DES rendah. Peringkat ketiga ialah tahap Sekolah Menengah Sultan Omar, dalam tempoh 1975 hingga sekarang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...