Pages

Monday, June 13, 2011

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LEMBAH KERAMAT, GOMBAK, SELANGOR.

Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat.


LENCANA SEKOLAH

Lencana SMKLK telah dicipta oleh pelajar dan diubahsuai oleh guru sekolah ini. Di bahagian tengah lencana terdapat obor bernyala yang melambangkan kejayaan para pelajar. Latarbelakang lencana yang berwarna merah, kuning dan putih membawa maksud tertentu.
Warna-warna melambangkan:
  • MERAH : keberanian dan semangat perjuangan pelajar untuk sentiasa maju dalam pelajaran dan taat setia terhadap negara yang dicintai.
  • KUNING : Sistem pemerintahan negara yang berdaulat berasaskan sistem beraja yang utuh.
  • PUTIH : Kesucian dan keluhuran para guru dalam menabur bakti.
COGAN KATA
Di bawah bahagian lencana, tertulis cogan kata sekolah yang berbunyi:
BERUSAHA, BERDISIPLIN, BERJAYA. Ini membawa maksud kegigihan serta sifat yang perlu ada pada diri setiap pelajar untuk mencapai cita-cita demi negara. Lambang ini juga menjadi simbol semangat dan usaha para pelajar untuk mencapai kejayaan di samping mengharumkan nama sekolah.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat telah dibuka pada 3 Januari 1986. Sekolah yang berkeluasan 50,000 meter persegi ini terletak dalam mukim Hulu Kelang dan perbelanjaan pembinaannya dibiayai oleh Bank Dunia.
Terdapat hanya 20 orang tenaga pendidik diterajui oleh En. Ismail b. Sulaiman selaku Pengetua Perintis dan 327 orang murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua pada mula-mula pembukaan sekolah ini. Jumlah murid terus meningkat dari tahun ke tahun dan pada 1988 jumlah murid meningkat ke angka 1,666 orang.
Persekolahan dua sesi diwujudkan iaitu murid Tingkatan Satu dan Dua pada sesi petang manakala murid Tingkatan Tiga, Empat dan Lima pada sesi pagi. Kumpulan pertama yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia ialah pada tahun 1989 dan telah mencatatkan keputusan cemerlang yang membanggakan.
Pada tahun 1986 juga, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan dan En. Mohd Rus bin Pilus sebagai Yang Dipertua Pertama.

Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat
Jalan Au4, Lembah Keramat
Selangor, Malaysia
Telefon = 341072115
Fax = 341068711

# lencana sekolah ini merupakan sumbangan dari saudari RUSILAWATI yang juga merupakan rakan persekolah di SMK J6 pada tahun 1991.
# terima kasih diucapkan kepada beliau diatas sumbangan yang amat bermakna buat saya ini.

2 comments:

  1. Ni pulak sekolah menengah saya, masa SM Seri Keramat dibina, saya form 2. Ingat lagi diletupkan batu kat sana, satu sekolah bergegar. Hahaha....

    ReplyDelete
  2. banyak kenangan manis dan pahit disekolah ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...