Pages

Sunday, July 21, 2013

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SIBUGAL BESAR, SANDAKAN, SABAH.


Lencana ini diperolehi dengan cara pembelian melalui CIKGU Ziela Omar di Sandakan, SABAH.

Jutaan terima kasih diucapkan.
 

Sejarah Sekolah

SK. Sibugal Besar terletak di Kampong Sibugal Besar, iaitu kira-kira 25.15 kilometer daripada Bandar Sandakan. Pada mulanya, kampung Sibugal Besar tidak mempunyai jalan masuk ke dalamnya kecuali jalan denai yang tidak sesuai untuk kenderaan terutamanya kereta. Namun, berkat semangat dan gotong royong warga kampung, sebuah jalan telah disambung dengan jalan utama di Kampung Sungai Batang.

Sk. Sibugal Besar diasaskan oleh Encik Edali bin Gampal. Beliulah yang telah menghadiahkan sebidang tanah miliknya seluas 2.41 ekar sebagai tapak sekolah kepada Jabatan Pendidikan Sabah . Pada peringkat permulaan, hanya sebuah bangunan sekolah serta sebuah rumah guru telah dibina di atas tanah tersebut. Ia adalah sumbangan daripada Majlis Daerah Sandakan. Bangunan awal ini menempatkan tiga bilik darjah sebagai perintis iaitu masing-masing bagi tahun 1,2 dan 3. Jumlah muridnya pada masa ini adalah 48 orang. Gurunya pula ialah 2 orang sahaja iaitu guru besarnya ialah En Awang Durai bin Gasah dibantu oleh seorang guru yang lain iaitu En. Jumatil bin Edali. Inilah keadaannya ketika ia mula dibuka untuk beroperasi sebagai sebuah sekolah pada 18 hb April 1968.

Dalam tempoh sepuluh tahun selepas ia mula beroperasi, jumlah muridnya bertambah setiap tahun. Melihat perkembangan ini, Jabatan Pendidikan Sabah telah mengambil langkah untuk penambahbaikan kepada infrastruktur yang sedia ada. Sebuah lagi bangunan baru telah dibina yang menyediakan 3 bilik darjah tambahan dengan bilik guru dan bilik guru besar.

Tahun berikutnya,sebuah bangunan sekolah lagi dibina bersama dengan 2 unit rumah guru. Bangunan baru ini menyediakan 3 bilik darjah tambahan dan satu bilik serba guna. Ia siap pada tahun 1983 dan mula digunakan menjelang pertengahan tahun 1984.

Akhirnya, pada 2 Februari 1985, kedua-dua bangunan sekolah yang telah siap dibina ini telah dirasmikan oleh Dr. Hj. Isa Ramli selaku pengarah pendidikan Sabah pada masa itu. Seterusnya , pada 02 Jun 1985, sijil pendaftaran yang mengesahkan sekolah ini sebagai sebuah sekolah kerajaan telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran sabah dengan nombor pendaftaran JPS/PSS/REN/0454 dengan ketegori pengredan yang diberikan ialah gred C.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...