Pages

Friday, September 4, 2009

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KAPAR INDAH, KAPAR


LENCANA SMKSKI


SIMBOL

BUKU : Melambangkan kesuburan ilmu yang sentiasa berkembang.

RODA : Melambangkan rukun iman serta melambangkan kemajuan sains dan teknologi yang perlu diterokai.

POKOK JATI : Melambangkan jati diri pelajar yang keteguhan seimbang dari jasmani, emosi, rohani dan intelek.


WARNA

KUNING : Kebesaran Tuhan dan ketaatan kepada raja dan pemimpin

HIJAU : Kecintaan terhadap kehidupan yang amandan pemupukan perpaduan antara kaum.

MERAH : Keberanian , ketekunan dan kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan.


UNGKAPAN

BERUSAHA : Rajin, bekerja keras dan bersemangat kuat untuk mencapai matlamat.

BERILMU : Tekun mencari ilmu dan mencintainya dalam usaha menjadi insan yangcemerlang

BERJASA : Pendidikan dengan kesedaran bahawa pembentukan Insan akhirnya


SEJARAH SMKSKI

SMK Sungai Kapar Indah yang dibangunkan di kawasan seluas 9.0 ekar di Taman Sungai Kapar Indah , Sementa. Ia adalah sebuah Sekolah Menengah Harian biasa yang boleh menempatkan 1300 pelajar pada satu sesi persekolahan. Sekolah ini mula dibuka pada pertengahan tahun 2003 dengan 2 orang penolong kanan, seorang guru dan 7 staf sokongan. Pada 29 September, pengetua pertama melapor diri.Sekolah ini mempunyai 5 blok bangunan, dilengkapi dengan prasarana asas yang kondusif terdiri daripada 36 bilik darjah, sebuah bilik komputer, bilik bahasa, bilik kejuruteraan teknologi, bilik lukisan kejuruteraan, bilik ERT, bengkel KH, makmal sains, Pusat Sumber, kedai buku, kantin, surau, pejabat, bilik guru dan bilik kesihatan.Semenjak ia dibuka pada 5 Januari 2004, sekolah ini telah memulakan sesi persekolahannya dengan membuka 16 kelas yang menempatkan seramai 530 pelajar dari tingkatan 1,2,4 & 6.
Bilangan guru ketika itu adalah seramai 32 orang. Pada awal tahun 2005, bilangan kelas telah bertambah kepada 32, dengan pelajar berjumlah 1000 orang dan keperluan guru adalah seramai 59 orang. Untuk mengisi tingkatan 1 “feeder school” bagi sekolah ini adalah SK Sementa dan SK Sg Kapar Indah, manakala bagi pelajar tingkatan 2, dan 4 adalah kebanyakkannya dari SMKTIS dan SMKRP. Pada tahun 2005, SMKSKI juga telah dipilih untuk menempatkan pelajar tingkatan 1 dalam Program Rancangan Khas (KRK). Pelajar ini adalah pelajar cemerlang UPSR yang tidak berpeluang ke SBP. Pemilihan mereka adalah di bawah kawalan PPD Klang.

# Semua maklumat diatas dipetik dari blog Sekolah Menangah Kebangsaan Sungai Kapar Indah.

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMAI INDAH, BUKIT MERTAJAM




MOTO :Sentiasa Unggul
Unggul bermaksud teristimewa,terutama,terbaik,bijak,cekap,melebihi dan mengatasi
yang lain.Ia merupakan suatu cita-cita dan pengharapan ideal yang ingin dicapai oleh
setiap insan.Unggul bagi warga SMK Permai Indah ialah berusaha untuk mencapai
impian menjadi insan terbilang dalam semua aspek meliputi jasmani,emosi,rohani dan
intelek.Ini penting bagi mencapai kecemerlangan yang hakiki.
LOGO : Tangan Berdoa-Konsep bersyukur atas kurniaan Tuhan
Bulan dan bintang-Melambangkan integriti,kesucian dan keikhlasan beragama
Buku-Melambangkan ketinggian dan kekuatan bangsa
Komputer-Melambangkan kemampuan menguasai bidang sains dan teknologi
Bentu bulat-Melambangkan budaya kerjasama dan sepakat dalam tindakan
WARNA:Biru-Kematangan,harmoni dan perpaduan
Merah-Semangat berani dan berketrampilan
Putih-Sentiasa berdisplin tinggi dalam tindakan
Kuning-Kesucian dan sentiasa menghayati nilai murni






SMK Permai Indah dibina pada bulan September 2000.Pembinaan sekolah ini dimajukan oleh syarikat pemaju perumahan iaitu Syarikat Jamil Ghani Construction iaitu sebuah syarikat swasta dengan kos pembinaan sebanyak RM14juta.
Sebelum dibina, kawasan ini merupakan kawasan semak samun dan paya bakau. Kawasan diratakan dengan ditimbuni tanah sedalam 3 kaki. Keluasan kawasan sekolah ini dalam lingkungan 17.56 ekar. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasana 4 blok bangunan utama iaitu Blok A, B, C dan D. Di samping itu, terdapat blok ,kantin, surau, tempat letak basikal dan tempat menunggu bas.
Selain itu, terdapat 30 buah bilik darjah, 6 buah bilik makmal sains, 2 buah makmal komputer dan 2 buah makmal bahasa. Teradapat sebuah bilik muzik, bilik geografi, bilik sejarah, bilik gelap, bilik seni, bilik buku teks, bilik koperasi, bilik sukan, bilik kaunseling, bilik peperiksaan, bilik guru kanan, bilik pengetua, 2 buah bilik penolong kanan dan bilik penyelia petang serta bilik guru. Sekolah ini juga dilengkapi dengan alat penghawa dingin di blok pentadbiran.
Sekolah ini siap dibina pada Disember 2001. Mulai 7 Januari 2002, ia menerima pelajar perintis seramai 296 orang. Mereka terdiri dari 94 orang pelajar melayu, 131 orang pelajar cina dan 51 orang pelajar india.8 buah kelas dibuka dengan 5 buah kelas khas untuk aliran kebangsaan dan 3 buah kelas untuk kelas peralihan. Bilangan guru pada peringkat awal adalah seramai 11 orang dan 2 orang kakitangan staf sokongan.
Tuan Haji Mohd Munir Bin Md.Ramli dilantik sebagai Pengetua sekolah ini, dibantu oleh Puan Munirah Ooi Abdulllah sebagai Penolong Kanan, Encik Choo Seng Hwa sebagai Penolong Kanan HEM dan Encik Ahmad Fauzi Bin Harun sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum.
* Lencana sekolah ini merupakan sumbangan dari Cikgu Lina yang bertugas di Sekolah Menengah Permai Indah, Bukit Mertajam dan diterima oleh penulis pada 20 / 08 /2009.
* Terima kasih tidak terhingga dari saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...