Pages

Saturday, September 5, 2009

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR


Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar pada awal penubuhannya adalah dikenali sebagai Darjah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Pada April 1959 Darjah Menengah Kebangsaan dimulakan. Pengasas pertama Encik Maulan Dollah Mokeri, bilangan pelajar pertama seramai 36 orang. Ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar. Pada Januari 1960 bilangan pelajar seramai 60 orang dengan tenaga pengajar seramai 3 orang.
Pada Oktober 1961 pelajar pertama dari Darjah Menengah Kebangsaan menduduki peperiksaan SRP dengan mencatat keputusan 74% pelajarnya berjaya masuk ke Tingkatan 4. Pada tahun 1962 Darjah Menengah Kebangsaan ditutup dan semua pelajarnya dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sabak Bernam.
Dasar Anika Jurusan yang diperkenalkan telah menyebabkan Darjah Menengah Kebangsaan Sungai Besar ditubuhkan kembali. Darjah Menengah Kebangsaan ini di buka kembali pada 11 Januari 1965 mempunyai murid seramai 56 orang laki-laki dan perempuan. Murid-murid ini datang dari 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Besar dan Sekolah Kebangsaan Pancang Pedena. Oleh sebab bangunan khas tidak ada, murid-murid sekolah ini masih menumpang di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar, memenuhi 2 buah bilik darjah dalam satu blok bangunan.
SMK 60AN


Pada peringkat ini gurunya terdiri dari seorang Guru Ketua Encik Abdul Majid bin Saleh dan Encik Sabar bin Bohari (yang kemudian ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Besar), seorang guru Pelatih Pusat Latihan Daerah Encik Zainuri bin Haji Sanusi serta seorang guru sementara Encik Hanafiah bin Burahmat (sehinggga 26 Ogos 1965).
Keadaan sekolah di masa itu amat menyedihkan kerana segala-galanya kekurangan. Murid terpaksa duduk di atas bangku panjang murid darjah satu, sementara meja tulisnya ialah meja urusan rumah tangga. Kedudukan pelajar adalah mengiring ke papan hitam, keadaan ini berterusan sehingga akhir tahun 1965.
Pada awal tahun 1966 pelajar sekolah bertambah menjadikan 4 darjah. Guru Ketua Encik Sabar bin Bohari berusaha mencari jalan menyelesaikan masalah bilik darjah. Berkat kerjasama dan murah hati Lembaga Pengurus Sekolah Ugama dan Arab, Guru Besar dan guru-guru sekolah tersebut telah dijadikan tempat belajar bagi murid-murid Darjah Menengah Kebangsaan Sungai Besar.
Bilangan guru bertambah dengan kehadiran Encik Masran bin Md. Roslan (MTC), Encik Idris bin Denan (sementara), Cik Norjana binti Lipun (sementara yang kemudian diberhentikan kerana berumur kurang dari 18 tahun dan tempatnya digantikan oleh Encik Mohd. Khamijah bin Bauk) dan Encik Abd. Rahman bin Sahalan (RTC).


SMK 60AN
* Lencana ini sumbangan dari saudara Mohd Hussairy (whoshy) yang bertugas di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR dan diterima oleh penulis pada 27/07/2009.

* Terima kasih tidak terhingga dari saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...