Pages

Monday, June 20, 2011

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH KERAMAT



SEJARAH SKLK

Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat mula berfungsi pada 2 hb. Januari 1985. Sekolah ini dibina di bawah “Projek Kilat”.


Nama asal SKLK ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Keramat Hujung. Di atas daya Guru Besar yang pertama Tuan Haji Idris Bin Hassan, selepas beberapa permohonan dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat.

Bangunan asal sekolah ini terdiri dari blok bangunan setingkat yang terdiri daripad 14 buah bilik darjah, sebuah setor, sebuah kantin dan 4 buah bilik tandas. Terletak di kawasan seluas 4,308 ekar.

Dalam tahun 1986, banguan tambahan mula dibina merupakan bangunan tiga tingkat dibuat daripada batu. Banguan ini mengandungi 8 buah bilik darjah, Pejabat Guru Besar, pejabat, Bilik Guru, Bilik Pusat Sember dan Bilik Sembahyang. Bangunan tambahan ini mula berfungsi pada 24hb Januari 1987.

Pada peringkat awal keadaan padang sangat menyediakan. Berair dan berlopak-lopak di sana sini dan tidak sesuai digunakan  untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum dan pendidikan jasmani. Atas daya usaha PIBG dan Angkatan Tentera, padang telah diperbaiki dalam tahun 1986 dengan perbelanjaan RM15,000.00.

Oleh sebab pertambahan murid begitu pesat tarmac yang asa tidak dapat menampung murid-murid terutama di masa perhimpunan. Tarmac tambahan telah diusahakan pada 10hb Februari 1987.

Pertambahan bilangan murid merupakan factor utama pertambahan bangunan/fizikal sekolah, mulai November 1993. Usaha membina bangunan baru empat tingkat dimulakan dan dijangka siap pada Ogos 1994.

Pengubahsuaian dan baikpulih fizikal SKLK dijangka bermula Mac 1994, bagi membolehkan SKLK lebih menarik dan berwajah baru.

Pada cuti pertengahan semester kedua 2008, sekolah telah dilawati oleh kontraktor dan telah memulakan memasang pagar keselamatan bertujuan untuk pembinaan bangunan baru satu blok tiga tingkat.

LENCANA

LENCANA SEKOLAH

Keterangan Bentuk

Lencana sekolah terdiri daripada gabungan beberapa bentuk:
1 ) Bulatan (berjalur) : melambangkan ilmu dan persahabatan.

2 ) Segienam : melambangkan keteguhan mental dan fizikal.

3 ) Bulan : melambangkan kasih sayang.

4 ) Bulan Sabit : melambangkan keteguhan beragaman atau moral yang tinggi.

5 ) Obor : melambangkan keazaman dan ketekunan menuntut ilmu.

Keterangan Warna :

Hijau : melambangkan kesuburan untuk ilmu, bakat kemahiran.

Merah, Biru : warna-warna yang terdapat pada bendera Selangor dan Jalur Gemilang.

# lencana sekolah ini merupakan sumbangan dari saudari RUSILAWATI yang juga merupakan rakan persekolahan di SMK J6 pada tahun 1991.

# terima kasih diucapkan kepada beliau diatas sumbangan yang amat bermakna buat saya ini.

# Semua maklumat diatas dipetik secara langsung dari laman web sekolah SKLK.

SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH KERAMAT
JLN AU5C/6 HULU KELANG
54200 KUALA LUMPUR
SELANGOR

TEL : 0341082520
FAKS : 0341072521

2 comments:

  1. Abg. Aziz, laa, ni lencana sekolah rendah saya ni.... Banyak juga abg. tau pasal sekolah ni. Dulu hanya ada satu bangunan 3 tingkat, sekarang dah ada bangunan baru.

    ReplyDelete
  2. Saya kenal guru besar Tuan Haji Idris tu, kawan arwah atuk saya, masih hidup lagi cikgu tu, selalu nampak cikgu tu di masjid As- Sobirin, dulu agak aktif dalam komuniti masjid. Tuan haji Idris niantara guru besar yang terbaiklah semasa jadi guru besar disitu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...