Pages

Thursday, August 29, 2013

KLS - 0257 @ TRG - 039. # SEK. MEN. KEB. AGAMA TOK JIRING, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.







  LENCANA SMKA TOK JIRING


warna merah  Merah melambangkan cita-cita yang tinggi dan berpandangan jauh
Warna Kuning  Kuning melambangkan kegigihan dan kecekalan dalam mengharungi cabaran
Warna Putih  Putih melambangkan tulus dan ikhlas dalam melaksanakan amanah
Warna Hijau  Hijau melambangkan kedamaian dalam kehidupan iklim persekolahan
Obor  Obor membawa maksud cahaya ilmu / penyuluh hidup sepanjang zaman
Buku  Buku membawa maksud pendidikan berterusan sepanjang hayat

KLS - 0255 @ TRG - 037. # SEK. MEN. KEB. AGAMA KUALA ABANG, DUNGUN , TERENGGANU.


Lencana Sekolah - SEK. MEN. KEB. TENGKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.


Sekolah Menengah Tengku Mizan Zainal Abidin mula dibuka pada tahun 1971. Dibina di kawasan Maras, Batu Rakit mempunyai keluasan tanah kira-kira 14.5 ekar.Tanggal 1 Januari 2005 STEMZA telah dinobatkan sebagai Sekolah Premier bagi daerah Kuala Terengganu Utara. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang tertinggi dan bermakna untuk warga STEMZA dalam merealisasikan misi dan visi ke arah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

WARNA PUTIH   
Melambangkan sentiasa bersedia menerima ilmu dan segala cabaran dengan hati yang ikhlas. Sebarang halangan diterima secara positif, segala kerja dilakukan dengan penuh ikhlas, bukan sebagai paksaan.
WARNA HITAM 
Melambangkan sentiasa bersedia menerima ilmu dan segala cabaran dengan hati yang ikhlas. Sebarang halangan diterima secara positif, segala kerja dilakukan dengan penuh ikhlas, bukan sebagai paksaan.
   WARNA MERAH
Menggambarkan keberanian dalam menuntut ilmu demi mencapai kemajuan. Menunjukkan seseorang yang berani mencorak masa depan melalui ilmu. Keberanian adalah sikap positif yang mesti ada dalam diri individu dalam  setia perjuangan bagi merealisasikan kejayaan dan  kecemerlangan.

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANDAS, AJIL, TERENGGANU.


Lencana Sekolah - SEK. MEN. KEB. KOMPLEKS GONG BADAK, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

 





Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KERTEH, KEMAMAN, TERENGGANU.


Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU.


Sejarah

Tahun 1956 – Sekolah ditubuhkan dengan nama Dungun English School ( DES ). Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Peringkat awal penubuhannya mempunyai 2 buah bangunan dengan 3 kelas, dikenali sebagai Standard One, Standard Three dan Special Malay Class One. Bilangan murid seramai 119 orang.


Tahun 1963 – Sekolah dibahagi 2 kepada Dungun English Primary School dan Dungun English Secondray School.


Tahun 1982 – Nama sekolah bertukar kepada Sekolah Rendah Sultan Omar. Bahasa penghantar Bahasa Malaysia.


Tahun 1997 – Nama sekolah bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Sultan Omar.

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU


SEJARAH SEKOLAH


  A.  SEJARAH AWAL SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL

              Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal bermula sebagai salah sebuah institusi pendidikan terawal di daerah Kuala Terengganu dikenali Sekolah Agama Rakyat (DARUL-ULUM). Sekolah ini telah diasaskan oleh seorang guru agama tempatan iaitu Ustaz Haji Mahmud Bin Ahmad sebelum perang dunia kedua meletus.                                                         
                                                 

 Haji Mahmud Bin Ahmad

B.         LOKASI AWAL SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL  
                     Lokasi ataupun perletakan awal sekolah ini adalah di Kampung Darat, Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu.

C.         SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL
                       Pada 2hb Oktober 1946, Datuk Haji Ali bin Long merupakan  Nazir Sekolah-sekolah
            Melayu Terengganu telah melawat sekolah ini dan mengisytiharkan ianya sebagai salah
            sebuah sekolah kerajaan di negeri Terengganu.
Sekolah ini telah diiktiraf sebagai Sekolah Kerajaan pada 7hb Oktober 1946 dan menerima seorang guru pelatih, Engku Abd Rahman bin Din. Tidak ada sebarang  upacara untuk merasmikannya.

                                                    
                                Engku Abdul Rahman Bin Din ( Guru Pelatih – 1946 )

Pada awal tahun 1947. Sekolah ini telah menerima  seorang  guru besar berkelulusan SITC ( Sultan Idris Teaching College) yang bernama Cikgu Mohd Said bin Abu Bakar. Diikuti seterusnya seorang  guru pelatih Cikgu Salleh bin Abd Rahman pada awal tahun 1948.

                                Mohd Said Bin Abu Bakar  (Guru Besar – 1947)

D.        PERKEMBANGAN SEKOLAH
Pada asalnya, bangunan sekolah ini adalah sebuah bangsal yang beratapkan nipah dan berada dalam kawasan yang sempit. Kesan perkembangan dan kemajuan sekolah menyebabkan berlakunya pertambahan pelajar. Apabila bilangan pelajar semakin bertambah, sebuah bangsal yang beratapkan nipah yang baru berukuran 120’ x 30’ telah didirikan bagi menampung  pertambahan bilangan pelajar.                                                                                                           
Memandangkan pelajar-pelajar semakin bertambah, penduduk kampung bersetuju dengan langkah Pejabat Pelajaran Terengganu yang hendak mengubah tapak sekolah itu kepada sebuah kawasan yang lebih selesa iaitu di Kampung Bukit Tunggal (lokasi sekarang). Keluasan tapak baru sekolah ini dianggarkan 10.912 ekar.
Pada tanggal 13hb Disember 1948, sekolah ini telah dipindahkan ke Kampung Bukit Tunggal (lokasi sekarang ) dengan jumlah pelajarnya seramai 80 orang ( 50 orang murid lelaki dan 30 orang perempuan ).
Seterusnya pada tahun 1949, Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin, DK., DKM., DMN., SPMT., DK (Kelantan) , DK (Selangor ) ,KCMG telah merasmikan bangunan baru tersebut.


PERKEMBANGAN ANTARA 1945-1957.
A.         PERTUKARAN NAMA SEKOLAH
Setelah berpindah ke Kampung Bukit Tunggal pada 13hb Disember 1948 , nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Melayu Bukit Tunggal. Jumlah pelajar semakin bertambah dan ramai pelajar lepasan sekolah ini berjaya menjadi guru pelatih. Pelajaran Agama Islam yang khusus di adakan di sebelah petang. Disebabkan kedudukan sekolah ini di tengah-tengah kawasan perkampungan, maka jumlah pelajarnya semakin meningkat.

B.         NAMA-NAMA KAMPUNG (KOMUNITI)  SEKOLAH
Sebahagian besar daripada pelajar-pelajar di sekolah ini berasal daripada kampung Bukit Tunggal, Kampung Bukit Kandis, Kampung Bukit Tok Ris,  Kampung Bukit Datu, Kampung Pangkalan Batu, Kampung Seberang Tuan Chik Haji, Kampung Bukit Tumbuh, Kampung Banggol Pauh, Kampung Banggol, Kampung Banggol Limau, Kampung Gong Sentol,  Kampung Dusun, Kampung Gong Kijang, Kampung Tebauk, Kampung Pengkalang Arang, Kampung Batu Enam dan Kampung Tanjung Bunut.

C.         PENUBUHAN BANGUNAN BARU SEKOLAH
Bagi menampung pertambahan pelajar, pada tahun 1952 telah dibina dua buah bangunan kayu yang mengandungi 12 bilik darjah setiap satu  yang berlantaikan simen berukuran 180’ x 22’. Pada ketika itu, bangunan sekolah ini merupakan yang termoden di  negeri Terengganu bagi Sekolah Melayu.
Pada 22 Januari 1953, bangunan baru ini dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu , Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin ,DK ,DKM ,DMN ,SPMT ,DK (Kelantan ) ,DK (Selangor ) ,KCMG : dengan upacara yang paling meriah dan mendapat sambutan daripada seluruh penduduk kampung yang anak-anaknya belajar di sekolah ini .

D.        KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH SEKITAR TAHUN 1955 – 1957
Sehingga tahun 1955 darjah yang tertinggi sekali adalah darjah 6. Pada tahun 1956 telah di adakan darjah 7  yang merupakan darjah yang tertinggi. Justeru pada ketika itu ramai pelajar darjah 7 daripada sekolah berhampiran datang menuntut ilmu di sini seperti dari Sekolah Kampung Tengah, Sekolah Bukit Cempaka, Sekolah Jeram dan Sekolah Seberang Takir. Pada akhir tahun 1957, darjah 7 ini telah dimansuhkan. Sebahagian besar daripada pelajar darjah 7 inilah yang menjadi guru pelatih.

PERKEMBANGAN SELEPAS 1957 – 1962
A.         KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH SEKITAR TAHUN 1955 – 1957
Selepas darjah 7 dimansuhkan mulai tahun 1958,  darjah yang tertinggi adalah darjah 6. Pada tahun 1966, sekolah ini diasingkankan kepada dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal I dan Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal II  mengikut arahan Surat Pejabat Pelajaran Terengganu Bil (13) dalam P.T Sulit 12/65 bertarikh 1hb Januari 1966. Guru Besar yang pertama di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal I ialah Ahmad Bin Ali.  Seterusnya, Guru besar di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal II  bernama Encik Endut bin Ngah.

Pada tahun 1970 bangunan tambahan berukuran 60’ x 30’ yang mengandungi  bilik rehat telah dibina . Ia juga telah dijadikan sebagai dewan, mesyuarat guru, pejabat dan stor.
Seterusnya, pada akhir tahun 1972, berakhirlah Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal I dan Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal II. Justeru mulai 1hb Januari 1973, sekolah ini digabungkan sebagai sebuah sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dan ditadbirkan oleh Tuan Haji Mahmud bin Haji Awang sebagai guru besar yang pertama.

B.         PEMBELAJARAN SEKITAR TAHUN 1973 DAN 1974
Pada tahun 1973 , tenaga pengajar sekolah ini adalah seramai 30 orang guru Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) dan Bahasa Inggeris ,4 orang guru Agama Islam, 2 orang kerani ,seorang pengawal keselamatan, seorang tukang kebun dan 3 orang tukang sapu.
Sebuah lagi bangunan tambahan telah siap dibina di akhir tahun 1973 yang  berukuran 120’ x 30’ dan mengandungi 4 buah bilik darjah.
Kesan daripada perkembangan kemajuan sekolah, pada tahun 1974  jumlah pelajarnya juga telah meningkat menjadi seramai 1196 orang dengan terdiri daripada 31 orang guru Bahasa Kebangsaan ( Bahasa Melayu ) dan Bahasa Inggeris , 4 orang guru Agama Islam, 2 orang kerani , seorang pengawal keselamatan, seorang tukang kebun dan 3 orang tukang sapu.
Seterusnya berdasarkan pencapaian peperiksaan Penilaian Darjah Lima Tahun 1974, dua orang daripada pelajar sekolah ini telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains.  Manakala pada keputusan peperiksaan Penilaian Darjah 5 tahun 1975 pula, 2 orang pelajar telah berjaya mendapat pangkat 4A, 1B dan seorang lagi berjaya mendapat pangkat 4A, 1C.

 Sumber Rujukan:

1.         Ustaz Haji Mahmud Bin Ahmad
2.         Cikgu Engku Abd. Rahman Bin Din
3.         Cikgu Salleh Bin Abd. Rahman
4.         Cikgu Mohd. Said Bin Abu Bakar
5.         Rekod-rekod dan dairi sekolah

(Sumber maklumat diambil daripada artikel majalah “TUNGGAL” sempena menyambut Perayaan Jubli Perak Sekolah” 1976 )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...