Pages

Saturday, February 12, 2011

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH BANDAR BARU PERDA, PERMATANG PAUH, PULAU PINANG




PENGENALAN


SMKBBP terletak kira-kira 2 km ke arah barat Bandar Bukit Mertajam dan 10 km ke timur bandar Butterworth, berada di dalam bandar PERDA di antara Pangsapuri Permata dan Kondominium Mutiara serta di belakang Politeknik Seberang Perai. Sebelum tahun 2002 , ibubapa yang menetap di Taman Hj Mohd Amin, Ptg Sg Nibong, Ptg Batu dan Kebun Sireh telah menghantar anak-anak mereka ke SMK Sama Gagah dan SMK Ptg Rawa, jarak yang agak jauh dari rumah, bagi mengatasi masalah ini kerajaan telah membina sebuah sekolah menengah di Bandar PERDA.SMK Bandar Baru PERDA mula beroperasi pada tahun 2002 dengan bilangan pelajar seramai 127 orang ( tingkatan 1 ). Bilangan guru 11 orang dan 2 orang staf sokongan. Didirikan di atas tanah seluas 3.02 ekar, terdiri 4 buah bangunan 4 tingkat, lengkap dengan 6 buah makmal sains, sebuah makmal komputer serta bengkel KH. Pada tahun 2003, seramai 87 orang pelajar tingkatan 4 mula ditempatkan. Calon PMR dan SPM kali pertama pada tahun 2004.

.
FALSAFAH SEKOLAH

Mendapat pendidikan ialah hak seorang pelajar. Mereka boleh dididik dan diajar serta boleh mencapai kejayaan. Sekolah bertanggungjawab untuk mendidik, mengajar, mengasuh dan memupuk mereka untuk menjadi insan yang seimbang dan harmoni ( intelek, rohani, emosi dan jasmani). Matlamat ini dicapai melalui penyuburan potensi pelajar daripada pengembelengan tenaga para guru secara bersepadu dan memahami bahawa mendidik, mengajar dan belajar adalah satu ibadah.

.
VISI SEKOLAH
 
Melonjakkan kecemerlangan SMKBBP sebagai sekolah perdana antara sekolah harian biasa di daerah Seberang Perai Tengah.

.
MISI SEKOLAH
 
~ Melahirkan modal insan yang berketrampilan dan bersahsiah mulia .
~ Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif.
~ Mewujudkan hubungan yang kolaboratif dengan pelanggan sekolah.
~ Mengamalkan pentadbiran dan pengurusan pendidikan berkualiti, telus dan berintegriti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...