Pages

Sunday, July 21, 2013

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TEMBAK 2, JALAN SEMARAK, KUALA LUMPUR.




Lencana Sekolah - SEK.KEB. PADANG MIDIN, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.




Lencana Sekolah - KAFA INTEGRASI AL-HUMAIRA, KAMPUNG NAKHODA, BATU CAVES, SELANGOR.


Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SIALANG, TANGKAK, JOHOR DARUL TAKZIM.


Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH AGAMA HAJI MOHD. YATIM, KOTA, TEMBAU, NEGERI SEMBILAN.


Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SIBUGAL BESAR, SANDAKAN, SABAH.


Lencana ini diperolehi dengan cara pembelian melalui CIKGU Ziela Omar di Sandakan, SABAH.

Jutaan terima kasih diucapkan.
 

Sejarah Sekolah

SK. Sibugal Besar terletak di Kampong Sibugal Besar, iaitu kira-kira 25.15 kilometer daripada Bandar Sandakan. Pada mulanya, kampung Sibugal Besar tidak mempunyai jalan masuk ke dalamnya kecuali jalan denai yang tidak sesuai untuk kenderaan terutamanya kereta. Namun, berkat semangat dan gotong royong warga kampung, sebuah jalan telah disambung dengan jalan utama di Kampung Sungai Batang.

Sk. Sibugal Besar diasaskan oleh Encik Edali bin Gampal. Beliulah yang telah menghadiahkan sebidang tanah miliknya seluas 2.41 ekar sebagai tapak sekolah kepada Jabatan Pendidikan Sabah . Pada peringkat permulaan, hanya sebuah bangunan sekolah serta sebuah rumah guru telah dibina di atas tanah tersebut. Ia adalah sumbangan daripada Majlis Daerah Sandakan. Bangunan awal ini menempatkan tiga bilik darjah sebagai perintis iaitu masing-masing bagi tahun 1,2 dan 3. Jumlah muridnya pada masa ini adalah 48 orang. Gurunya pula ialah 2 orang sahaja iaitu guru besarnya ialah En Awang Durai bin Gasah dibantu oleh seorang guru yang lain iaitu En. Jumatil bin Edali. Inilah keadaannya ketika ia mula dibuka untuk beroperasi sebagai sebuah sekolah pada 18 hb April 1968.

Dalam tempoh sepuluh tahun selepas ia mula beroperasi, jumlah muridnya bertambah setiap tahun. Melihat perkembangan ini, Jabatan Pendidikan Sabah telah mengambil langkah untuk penambahbaikan kepada infrastruktur yang sedia ada. Sebuah lagi bangunan baru telah dibina yang menyediakan 3 bilik darjah tambahan dengan bilik guru dan bilik guru besar.

Tahun berikutnya,sebuah bangunan sekolah lagi dibina bersama dengan 2 unit rumah guru. Bangunan baru ini menyediakan 3 bilik darjah tambahan dan satu bilik serba guna. Ia siap pada tahun 1983 dan mula digunakan menjelang pertengahan tahun 1984.

Akhirnya, pada 2 Februari 1985, kedua-dua bangunan sekolah yang telah siap dibina ini telah dirasmikan oleh Dr. Hj. Isa Ramli selaku pengarah pendidikan Sabah pada masa itu. Seterusnya , pada 02 Jun 1985, sijil pendaftaran yang mengesahkan sekolah ini sebagai sebuah sekolah kerajaan telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran sabah dengan nombor pendaftaran JPS/PSS/REN/0454 dengan ketegori pengredan yang diberikan ialah gred C.

 

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SG. ANIB 1, SANDAKAN , SABAH.


Lencana ini diperolehi dengan cara pembelian melalui CIKGU Ziela Omar di Sandakan, SABAH.

Jutaan terima kasih diucapkan.

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU TIMBANG, SANDAKAN, SABAH.


Lencana ini diperolehi dengan cara pembelian melalui CIKGU Ziela Omar di Sandakan, SABAH.

Jutaan terima kasih diucapkan.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini terletak di Kampung Tronglit Pulau Timbang, tidak jauh
dari pantai. Dalam peta Sabah sememangnya tidak terdapat nama Pulau
Timbang kerana ia lebih dikenali sebagai Tronglit. Tronglit merupakan nama
lain bagi Pulau Timbang. Jarak sekolah ini ke bandar Sandakan lebih kurang
85 km dan perjalanan utama adalah melalui laut.
Pembinaan bangunan SK Pulau Timbang sehingga kini mempunyai
5 fasa pembinaan. Fasa pertama dibina pada 1966 dan merupakan kali pertama
Sekolah ini dibina dan wujud di kampung ini.




LOGO SEKOLAH
BUKU
Kepentingan ilmu pengetahuan dalam segala bidang

OBOR
Semangat yang kuat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan demi kejayaan
yang cemerlang

GUNUNG
Harapan/cita-cita yang tidak terhingga untuk mengecapi sesuatu kejayaan dari
proses menuntut ilmu demi kepentingan masyarakat dan negara

OMBAK LAUT
Tabah, dedikasi dan tidak mengira sebarang cabaran mendatang sebagai pemangkin
untuk sesuatu matlamat, kejayaan, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup

MOTTO SEKOLAH “TEKUN USAHA JAYA”
Berkehendakkan ketekunan disertai dengan usaha gigih/kental di dalam menjurus
tercapainya sesuatu matlamat kecemerlangan diri dalam apa jua bidang kehidupan di dunia dan di akhirat
1966
Semangat kebudayaan ilmu di sekolah ini tersemai dan menabur ilmu kepada anak
didik bangsa negara Malaysia

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SANGHAI, SANDAKAN ,SABAH.


Lencana ini diperolehi dengan cara pembelian melalui CIKGU Ziela Omar di Sandakan, SABAH.

Jutaan terima kasih diucapkan.

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHAGIA, SANDAKAN SABAH.



Lencana ini diperolehi dengan cara pembelian melalui CIKGU Ziela Omar di Sandakan, SABAH.

Jutaan terima kasih diucapkan.


 

                           
PENERANGAN

1. Nama Sekolah
2. Topi Konvo/mortar - membakar semangat menuju menara gading
3. Buku - sumber ilmu pengetahuan
4. Pencil - alat utama perkembangan ilmu
5. Komputer - melahirkan murid celik IT
6. Obor - melahirkan murid cerdas dan cergas
7. Moto Sekolah
8. Warna Merah - melahirkan murid yang berani dan cekal
9. Warna Biru - melahirkan murid yang bersatu padu
10. Warna Kuning - melahirkan murid yang sentiasa mendokong negara beraja dan berdaulat

Reka bentuk oleh : En. Sazahlie Sapar

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN GAS, SANDAKAN SABAH.


 Lencana ini diperolehi dengan cara pembelian melalui CIKGU Ziela Omar di Sandakan, SABAH.

Jutaan terima kasih diucapkan.
 

LENCANA DAN LOGO SK GAS, SANDAKAN
   

                             

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN BINTANG MAS, TELUPID SABAH.


 SEKOLAH KEBANGSAAN BINTANG MAS, SANDAKAN SABAH.

Lencana ini diperolehi dengan cara pembelian melalui CIKGU Ziela Omar di Sandakan, SABAH.

Jutaan terima kasih diucapkan.

 
PENGERTIAN LOGO:-
Merah : Berani Dan Bersemangat.
Kuning : Islam Sebagai Agama Rasmi Negara.
Biru : Integrasi Dan Perpaduan.
Putih : Suci Dan Ikhlas.
Hitam : Tegas Dan Pantas.
Obor : Ilmu Penyuluh Kehidupan.
Skrol : Lambang Kejayaan.
Bintang : Misi Sekolah Untuk Melahirkan Murid Yang Cemerlang Dalam Pelbagai Aspek Kehidupan.
Tanduk Sapi : Lambang Sejarah Asal Tempat / Kampung.
Buku : Sumber Ilmu Pengetahuan


Sejarah Penubuhan

Berdasarkan kepada buku perancangan 5 tahun Sekolah Kebangsaan Bintang Mas 1994 – 1998 (m/s: 53), sejarah penubuhan sekolah ini adalah rentetan daripada tragedi bot karam yang berlaku pada 15 Januari 1990. Tragedi ini telah mengorbankan nyawa sepuluh orang murid sekolah yang dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi.
Sebelum sekolah ini ditubuhkan, kanak-kanak dari Kampung Bintang Mas dan sekitarnya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi. Mereka berulang-alik ke sekolah menaiki bot dengan bayaran sewa sebanyak RM0.50 seorang.
Pada hari kejadian tersebut, lebih kurang pada pukul 7.30 pagi, bot yang membawa murid-murid ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi telah berlanggar dengan sebuah skau besar (bot pengangkut kayu balak) kepunyaan syarikat Berhill. Akibat perlanggaran itu, bot tersebut karam dan sepuluh orang murid sekolah maut. Mayat sembilan orang daripada mereka dijumpai pada hari yang sama manakala seorang lagi ditemui terapung di permukaan air pada tiga hari selepas tragedi itu.
Berikutan kejadian tersebut, murid-murid yang terselamat berasa takut dan trauma untuk berulang-alik ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi dengan menaiki bot lagi. Lalu, masyarakat kampung melantik Encik Munir Haji Mohd badar sebagai Pengerusi dan beberapa orang ahli jawatankuasa seperti tuan Haji Moktar Ambit, Encik Laksamana Semarang dan Encik Napsan Taran bagi mewakili mereka untuk mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah supaya mewujudkan sebuah sekolah di kampung ini.
Pada 25 Jun tahun yang sama, permohonan mereka mendapat kelulusan daripada Pengarah Pendidikan Sabah dengan menjadikan bangunan balai raya Kampung Bintang Mas sebagai bangunan sekolah buat sementara waktu. Jumlah keseluruhan murid pada masa itu adalah 59 orang untuk 6 buah kelas, iaitu Tahun 1 (12 orang), Tahun 2 (14 orang), Tahun 3 (6 orang), Tahun 4 (11 orang), Tahun 5 (10 orang) dan Tahun 6 (6 orang).
Pada waktu itu, pentadbiran sekolah ini berpusat di Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi sehinggalah kedatangan Encik Tajuddin Ahamat dari Sekolah kebangsaan Batu 4, Telupid yang ditugaskan sebagai Guru Besar.
Masyarakat kampung kemudiannya menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Kebangsaan Bintang Mas bersempena dengan nama kampung mereka. Mereka juga bersetuju memberikan tanah seluas lima ekar untuk tapak pembinaan sekolah baru. Akhirnya, bangunan baru sekolah ini yang hanya mempunyai tiga buah bilik darjah, sebuah stor kecil, bilik Guru Besar dan sebuah pejabat am siap dibina dengan menggunakan peruntukan kerajaan dan diguna secara rasminya pada 18 Disember 1991.
Sehingga kini, sekolah ini telah mengalami beberapa peningkatan dan pembangunan yang pesat dari segi fizikal dan infrastrukturnya serta kemajuan dan prestasi kurikulum dan kokurikulum yang membanggakan pada setiap tahun.

PEMBELIAN LENCANA SEKOLAH MELALUI CIKGU ZIELA OMAR DI SANDAKAN , SABAH.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...