Pages

Thursday, June 20, 2013

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN PASUKAN POLIS HUTAN, ULU KINTA


 
SEJARAH SEKOLAH SKPPH, ULU KINTA PERAK.

Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan
                       Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan (SKPPH) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak 1.5 kilometer dari Kem Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Ulu Kinta di negeri Perak, Malaysia. Pembinaan SKPPH  bermula pada tahun 1967 dan siap untuk digunakan pada 6 Mei 1968. Ia dibina di atas tapak seluas lebih kurang 3 ekar yang diberi secara percuma oleh pihak Briged Utara, Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta bagi menyediakan lokasi sekolah yang hampir dengan kem tersebut. Sekolah ini dibina bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta.  Pada mulanya sekolah ini hanya mempunyai sebuah blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin. Tanggal 9 Mac 1969 merupakan hari bersejarah kerana sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Mohamed Khir Johari. Pada 10 Jun 1969 tempat pancutan air telah dibina di tepi bangunan sekolah bagi mengindahkan kawasan sekolah. Perpustakaan pula beroperasi dengan sepenuhnya pada 4 Julai 1969.Kini SKPPH telah berkembang sebagai sebuah institusi pendidikan yang dikenali ramai. Bangunan sekolah juga turut bertambah kepada 5 blok bagi menampung pertambahan murid. Murid-murid di sekolah ini sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak anggota Pasukan Polis Hutan yang sekarang ini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am Briged Utara selepas tahun 1990. Kebanyakan murid-murid lepasan SKPPH menyambung pelajaran mereka ke sekolah berasrama penuh, sekolah teknik, sekolah agama atau Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta. Walaupun Kem Pasukan Polis Hutan telah ditukar namanya ke Kem Pasukan Gerakan Am, sekolah ini tetap mengekalkan nama lamanya, Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan kerana sejarah awalnya. 
Pembinaan Sekolah kebangsaan pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta bermula pada tahun 1967 dan siap untuk diguna pada 6 Mei, 1968. Ianya dibina diatas tapak seluas lebih kurang 3 ekar yang diberi percuma oleh pihak Briged Utara Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta. Pada permulaannya sekolah ini hanya mepunyai sebuah blok banggunan dua tingkat dan sebuah kantin.
Tenaga guru dan kakitangan bukan guru berjumlah seramai 17 orang. Jumlah murid seramai 465 orang yang dibahagikan kepada 11 kelas. 7 kelas disisi pagi dan 4 kelas di sisi petang. Tanggal 9 Mac ,1969 merupakan hari bersejarah kerana sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, Encik mohamad Khir Johari. Pada 10 Jun 1969 tempat pancutan air telah dibina di tepi bangunan sekolah untuk mencantikkan kawasan sekolah. Perpustakaan pula dapat dijalankan dengan sepenuhnya pada 4 Julai 1969. Hasil daripada pertambahan murid, bangunan sekolah ini turut bertambah menjadi 3 blok bangunan bilik darjah. Sehingga kini jumlah murid adalah 1044 iaitu 533  di sesi pagi dan 511 di sesi petang.
Untuk menampung jumlah murid seramai ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri meluluskan pembukaan 26 kelas. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripda sebahagian besarnya adalah anak-anak anggota Pasukan Polis Hutan yang sekarang ini dikenali Pasukan Gerakan am. (PGA) Briged Utara.
Seperti sekolah-sekolah lain, Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan mempunyai seorang Guru Besar, Penolong Kanan1, Penolong Kanan II, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penyelia petang.  Sekolah juga dibekalkan dengan seorang Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir Rendah, Pembantu am Rendah dan 2 orang pekerja Rendah Am. Jawatan jaga sekolah ini masih kosong. Di pihak guru pula, sekolah ini ada tenaga pengajar seramai 46 orang iaitu berlebihan 3 orang berdasarkan perjawatan yang diluluskan.  Guru Besar sekarang ialah Pn. Paizah bte Alias  

- Segala maklumat diatas telah dipetik dari laman web TEACHER JENNY WILLIAM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...