Pages

Tuesday, January 5, 2010

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KARANG, SELANGOR





Visi Sekolah

Berusaha untuk melahirkan insan yang berilmu, berfikiran positif dan kreatif serta
sopan melalui budaya penyayang. Berusaha untuk membentuk
insan berilmu,
bertaqwa, berketerampilan dan cemerlang.


Misi Sekolah

Menuju ke puncak gemilang dengan:
Sistem pengurusan yang harmoni dan berkesan.
Kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum sebagai teras kejayaan.
Tinggi budi pekerti penyelamat maruah diri.
Kejayaan dikecapi dengan usaha gigih dan azam yang tinggi.



Sejarah Sekolah


Pada awal abad ke– 29 Tanjong Karang adalah sebuah perkampungan kecil yang menghubungkannya dengan Kuala Selangor . Tanjong Karang tidak banyak mengalami perubahan dalam struktur hidup penduduk sekitarnya jika dibandingkan dengan dengan penduduk – penduduk yang tinggal di pekan – pekan yang baru membangun. Ketika itu Tanjong Karang hanya didiami oleh sebilangan kecil keluarga orang – orang Melayu dan orang Cina.Bagi memenuhi keperluan hidup penduduk sehari – hari , terdapat sebuah kedai atap yang dimiliki oleh seorang taukeh Cina yang dikenali dengan panggilan Ee Koon. Mata pencarian penduduk – penduduk di sini kebanyakannya bekerja sebagai nelayan. Sesuai dengan kedudukan Tanjong Karang ini sendiri terletak berhampiran dengan kuala sungai iaitu Sungai Tengi. Selain daripada itu juga , ada yang bekerja sendiri seperti bertani dan mengambil upah mencucuk atap. Tahun demi tahun bilangan penduduk Tanjong Karang terus bertambah.Mulai saat itu orang–orang tua di kampung ini mulai sedar yang anak–anak mereka telah sekian lama terbiar tidak mendapat sebarang pendidikan asas yang sepatutnya mereka perolehi untuk faedah hidup mereka sendiri di masa akan datang.

Bagi mengatasi keadaan begini , atas daya usaha ketua kampung iaitu Tok Penghulu, sebuah bangunan sekolah telah dibina pada 1906 di atas tapak masjid lama Tanjong Karang.Namun demikian. Namun demikian, ramai ibubapa yang masih tidak memahami relevannya pendidikan sekular. Ditambah lagi dengan kemahuan ibu bapa yang inginkan anaknya membantu mereka membuat kerja – kerja rumah atau di sawah ladang. Kehadiran murid semakin merosot dan menyebabkannya terpaksa ditutup beberapa bulan kemudian. Bangunan asal telah dibawa ke Bukit Belimbing,Kuala Selangor dan dibuka pula di sana.

Anak–anak kampung mula tidak menerima pendidikan di sekolah lagi.Namun begitu , mereka berpeluang mengaji Al–Quran di rumah imam yang ada ketika itu iaitu Imam Puput.Keadaan ini berlanjutan sehingga tamatnya Perang Jerman pada tahun 1918. Walaupun begitu, orang–orang tua di kampung masih tidak berpuas hati dengan ketiadaan sekolah di kampung mereka. Akhirnya, atas usaha Penghulu Raja Alang , kedai kepunyaan Imam Puput telah diubahsuai untuk dijadikan bangunan sekolah dan dikenakan bayaran sewa tahunan . Akhirnya pada 9 Februari 1920, Sekolah ini dibuka dengan bolangan 2 orang guru dan 45 orang murid. Pada tahun 1925, sebuah bangunan kayu di bina dan diberi nama Sekolah Melayu Tanjong Karang.

Pada tahun 1953, darjah tujuh diwujudkan. Pada tahun 1955 hingga tahun 1959, sekolah ini dijadikan Sekolah pusat Penempatan Pelajar-pelajar Darjah Tujuh. Pada bulan Mei 1959, sekolah ini dijadikan penempatan sementara Darjah Menengah Melayu Tanjong Karang yang kini dikaenali sebagai sekolah Menengah Dato Harun. Pada tahun 1974 dan 1981, di bina bangunan dua tingkat bagi menampung 420 orang murid dan 22 orang guru. Sekolah ini juga menempatkan Pusat kegiatan guru bagi sekolah-sekolah Zon Tanjong Karang sehingga di dirikan bangunan PKG Tanjong Karang.

Pada 5 Januari 1992, diwujudkan kelas pra sekolah tajaan Kementerian Pendidikan. Ianya menampung seramai 25 orang murid dan seorang guru. Pada tahun 1998, telah dibina bangunan dua tingkat bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Pada November 2001, makmal komputer telah diserahkan kepada pihak sekolah.


MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

Nama Dan Alamat Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang (SKTK).
45500 Tanjong Karang,
Selangor Darul Ehsan.


Lokasi Sekolah

Lokasi Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang ini terletak berdekatan dengan pekan Tanjong Karang. Jarak Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang ini dengan pekan tersebut ialah 3 km. . Oleh yang demikian, sekolah ini menjadi tumpuan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah ini. Selain itu, sekolah ini juga berdekatan dengan Hospital Tanjong Karang.

2 comments:

  1. idea kumpul lencana ni menarik gak.... tapi tak ada lencana saya nak bagi. Kalau saya bagi setem yang pernah saya kumpul nak tak?.. i got the address and will post to you if ok -- reply me at lukman.adam@yahoo.com ya.

    Thanks.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...