Pages

Tuesday, April 2, 2013

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KETAPANG, KUALA TERENGGANU.



SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK KETAPANG, KUALA TERENGGANU


Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang, 21300 Kuala Terengganu. Terengganu

SEJARAH SEKOLAH

Penubuhan Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang bermula pada akhir tahun 1994 setelah siapnya bangunan tersebut. Pada awal tahun 1995 sekolah ini telah menerima kemasukan pelajar dari tahun satu hingga tahun lima. Kebanyaka pelajar tinggal di kawasan berhampiran ini. Sebelum ini mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng dan Sekolah Kebangsaan Seberang Takir.

Kemasukan pertama pelajar ke sekolah ini seramai 511 orang murid lelaki dan 438 orang murid perempuan yang menjadikan jumlah mereka 949 orang. Bilangan tenaga pengajar ketika itu ialah 41 orang dan tiga orang staf. Pada masa ini sekolah ini dikategorikan kepada Gred B. Guru Besar yang pertama ialah En. Abdullah@Ghazali bin Chik yang kini telahpun bersara. Manakala guru penolong kanan satu ialah En. Mohd Azmi bin Abd. Aziz dan Guru Penolong Kanan dua ialah En. Abdullah bin Ismail.

Tahun demi tahun bilangan staf dan murid bertambah. Sehingga b ulan Oktober 1999, bilangan guru di sidang pagi dan petang adalah seramai 54 orang, manakala staf bukan guru seramai 6 orang. Pertambahan murid juga agak ketara dengan 560 murid lelaki dan 480 orang murid perempuan yang menjadikan jumlah murid seramai 1040 orang. Dengan pertambahan komuniti sekolah tersebut, SKTK telah dinaik taraf kepada sekolah Gred A.

Pertambahan bilangan murid juga menjadi faktor kepada pertambahan kelas. Pada tahun 1995 sidang pagi mempunyai 15 buah kelas sementara sidang pula mempunyai 9 kelas. Jumlah 24 buah kelas pada tahun 1995 ini telah meningkat kepada 32 buah kelas pada tahun 1999 iaitu 21 buah kelas bagi sidang pagi dan 11 buah kelas bagi sidang petang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...