Pages

Saturday, June 22, 2013

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN MAT KILAU, KUANTAN, PAHANG.



Lencana ini adalah sumbangan dari Saudara Hazily Effendi dan diterima pada 12 jun 2013.
Jutaan terima kasih diatas sumbangan beliau ini.

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN TERIS, KUALA BERANG, TERENGGANU.



Lencana Sekolah - SEK. JEN. KEB. CINA KEPONG, MUAR, JOHOR.



Lencana Sekolah- SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABU BAKAR 1, MUAR , JOHOR.




Lencana Sekolah - SEK. KEB. ST. ANTHONY, TELUK INTAN, PERAK.



Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GELIGA, KEMAMAN, TERENGGANU.




Lencana Sekolah - SEKOLAH ST. ANTHONY, TENOM, SABAH





Thursday, June 20, 2013

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ULU KINTA, PERAK.


Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN PASUKAN POLIS HUTAN, ULU KINTA


 
SEJARAH SEKOLAH SKPPH, ULU KINTA PERAK.

Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan
                       Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan (SKPPH) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak 1.5 kilometer dari Kem Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Ulu Kinta di negeri Perak, Malaysia. Pembinaan SKPPH  bermula pada tahun 1967 dan siap untuk digunakan pada 6 Mei 1968. Ia dibina di atas tapak seluas lebih kurang 3 ekar yang diberi secara percuma oleh pihak Briged Utara, Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta bagi menyediakan lokasi sekolah yang hampir dengan kem tersebut. Sekolah ini dibina bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta.  Pada mulanya sekolah ini hanya mempunyai sebuah blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin. Tanggal 9 Mac 1969 merupakan hari bersejarah kerana sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Mohamed Khir Johari. Pada 10 Jun 1969 tempat pancutan air telah dibina di tepi bangunan sekolah bagi mengindahkan kawasan sekolah. Perpustakaan pula beroperasi dengan sepenuhnya pada 4 Julai 1969.Kini SKPPH telah berkembang sebagai sebuah institusi pendidikan yang dikenali ramai. Bangunan sekolah juga turut bertambah kepada 5 blok bagi menampung pertambahan murid. Murid-murid di sekolah ini sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak anggota Pasukan Polis Hutan yang sekarang ini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am Briged Utara selepas tahun 1990. Kebanyakan murid-murid lepasan SKPPH menyambung pelajaran mereka ke sekolah berasrama penuh, sekolah teknik, sekolah agama atau Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta. Walaupun Kem Pasukan Polis Hutan telah ditukar namanya ke Kem Pasukan Gerakan Am, sekolah ini tetap mengekalkan nama lamanya, Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan kerana sejarah awalnya. 
Pembinaan Sekolah kebangsaan pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta bermula pada tahun 1967 dan siap untuk diguna pada 6 Mei, 1968. Ianya dibina diatas tapak seluas lebih kurang 3 ekar yang diberi percuma oleh pihak Briged Utara Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta. Pada permulaannya sekolah ini hanya mepunyai sebuah blok banggunan dua tingkat dan sebuah kantin.
Tenaga guru dan kakitangan bukan guru berjumlah seramai 17 orang. Jumlah murid seramai 465 orang yang dibahagikan kepada 11 kelas. 7 kelas disisi pagi dan 4 kelas di sisi petang. Tanggal 9 Mac ,1969 merupakan hari bersejarah kerana sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, Encik mohamad Khir Johari. Pada 10 Jun 1969 tempat pancutan air telah dibina di tepi bangunan sekolah untuk mencantikkan kawasan sekolah. Perpustakaan pula dapat dijalankan dengan sepenuhnya pada 4 Julai 1969. Hasil daripada pertambahan murid, bangunan sekolah ini turut bertambah menjadi 3 blok bangunan bilik darjah. Sehingga kini jumlah murid adalah 1044 iaitu 533  di sesi pagi dan 511 di sesi petang.
Untuk menampung jumlah murid seramai ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri meluluskan pembukaan 26 kelas. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripda sebahagian besarnya adalah anak-anak anggota Pasukan Polis Hutan yang sekarang ini dikenali Pasukan Gerakan am. (PGA) Briged Utara.
Seperti sekolah-sekolah lain, Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan mempunyai seorang Guru Besar, Penolong Kanan1, Penolong Kanan II, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penyelia petang.  Sekolah juga dibekalkan dengan seorang Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir Rendah, Pembantu am Rendah dan 2 orang pekerja Rendah Am. Jawatan jaga sekolah ini masih kosong. Di pihak guru pula, sekolah ini ada tenaga pengajar seramai 46 orang iaitu berlebihan 3 orang berdasarkan perjawatan yang diluluskan.  Guru Besar sekarang ialah Pn. Paizah bte Alias  

- Segala maklumat diatas telah dipetik dari laman web TEACHER JENNY WILLIAM

Lencana Sekolah - SEKOLAH AGAMA PGA ULU KINTA, PERAK




Saturday, June 15, 2013

Lencana Sekolah - SEK. MEN. KEB. KUALA NERANG, KUALA NERANG, KEDAH.




LOGO SEKOLAH


MAKSUD PERLAMBANGAN LOGO

                                                  Perisai : Jati diri yang kukuh dan teguh
                                                 Bunga Padi : Pekerjaan utama iaitu kegiatan pertanian sawah padi di Negeri Kedah
 Buku : Membaca merupakan nadi ilmu
     Glob : Pendidikan bertaraf dunia (Global)
2000 : Tahun penubuhan sekolah

# Lencana  SEK. MEN. KEB. KUALA NERANG ini merupakan sumbangan dari adik MOHD FARHAN FADZIL.

Lencana Sekolah - SEK. MEN. KEB. TUANKU ABDUL RAHMAN, GEMAS, NEGERI SEMBILAN.



Logo SMKTAR


Ombak   : Ilmu
Padi        : Perpaduan
Harimau : Berani
Merah    : Kemajuan
Biru        : Keharmonian dan Kesejahteraan
Kuning   : Kesetiaan 

Sejarah SMKTAR

       Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas mengambil nama sempena nama Yang Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad. Nama asal sekolah ini ialah Tuanku Abdul Rahman English, Gemas.  

      Pada tahun 1943 hingga 1948, sekolah ini ditadbir oleh pihak swasta dan mempunyai peringkat sekolah rendah dan menengah. Ketika itu, tapak asal sekolah ini terletak di sebuah bukit berhampiran dengan Jalan Cantik, Jalan Damai, dan Jalan Molik, iaitu berdekatan dengan kawasan perumahan pengawal Keretapi Tanah Melayu Malaysia Berhad (KTMB), Gemas.
  
      Pada tahun 1949, sekolah ini telah diambil alih oleh pihak kerajaan dan dipindahkan ke bangunan barunya iaitu di belakang Kuil Hindu iaitu menghadap ke Padang Keretapi Tanah Malaysia Berhad (KTMB), Berhad. Upacara perasmian bangunan sekolah Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang baru dibina disempurnakan oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad pada tahun 1949. Encik V.M. Francis adalah pengetua sekolah ini yang pertama.
 

      Pada tahun 1952, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu di Jalan Tok Sulong di mana terletaknya Sekolah Rendah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas yang ada sekarang. Sehingga tahun 1967, sekolah ini masih mempunyai gabungan sekolah rendah dan menengah. Pada awal tahun 1968, bangunan khas untuk Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Gemas siap dibina. Bangunan ini telah dibuka secara rasminya oleh Tan Sri Mohd. Khir Haji Johari pada hari Isnin bersamaan 7 Oktober 1968. Sebenarnya perancangan awal pembinaan sekolah ini adalah di atas Bukit Masjid, Gemas tetapi memandangkan kos dan masa pembinaannya yang terhad, makalokasinya beralih ke padang sekolah di mana letaknya Sekolah Menengah KebangsaanTuanku Abdul Rahman, Gemas sekarang.
# Segala maklumat diatas dipetik dari laman sesawang SMKTAR.

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN MAHMUD, RAUB, PAHANG



Monday, June 10, 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...