Pages

Monday, June 20, 2011

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR SUNWAY.

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH KERAMAT



SEJARAH SKLK

Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat mula berfungsi pada 2 hb. Januari 1985. Sekolah ini dibina di bawah “Projek Kilat”.


Nama asal SKLK ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Keramat Hujung. Di atas daya Guru Besar yang pertama Tuan Haji Idris Bin Hassan, selepas beberapa permohonan dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat.

Bangunan asal sekolah ini terdiri dari blok bangunan setingkat yang terdiri daripad 14 buah bilik darjah, sebuah setor, sebuah kantin dan 4 buah bilik tandas. Terletak di kawasan seluas 4,308 ekar.

Dalam tahun 1986, banguan tambahan mula dibina merupakan bangunan tiga tingkat dibuat daripada batu. Banguan ini mengandungi 8 buah bilik darjah, Pejabat Guru Besar, pejabat, Bilik Guru, Bilik Pusat Sember dan Bilik Sembahyang. Bangunan tambahan ini mula berfungsi pada 24hb Januari 1987.

Pada peringkat awal keadaan padang sangat menyediakan. Berair dan berlopak-lopak di sana sini dan tidak sesuai digunakan  untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum dan pendidikan jasmani. Atas daya usaha PIBG dan Angkatan Tentera, padang telah diperbaiki dalam tahun 1986 dengan perbelanjaan RM15,000.00.

Oleh sebab pertambahan murid begitu pesat tarmac yang asa tidak dapat menampung murid-murid terutama di masa perhimpunan. Tarmac tambahan telah diusahakan pada 10hb Februari 1987.

Pertambahan bilangan murid merupakan factor utama pertambahan bangunan/fizikal sekolah, mulai November 1993. Usaha membina bangunan baru empat tingkat dimulakan dan dijangka siap pada Ogos 1994.

Pengubahsuaian dan baikpulih fizikal SKLK dijangka bermula Mac 1994, bagi membolehkan SKLK lebih menarik dan berwajah baru.

Pada cuti pertengahan semester kedua 2008, sekolah telah dilawati oleh kontraktor dan telah memulakan memasang pagar keselamatan bertujuan untuk pembinaan bangunan baru satu blok tiga tingkat.

LENCANA

LENCANA SEKOLAH

Keterangan Bentuk

Lencana sekolah terdiri daripada gabungan beberapa bentuk:
1 ) Bulatan (berjalur) : melambangkan ilmu dan persahabatan.

2 ) Segienam : melambangkan keteguhan mental dan fizikal.

3 ) Bulan : melambangkan kasih sayang.

4 ) Bulan Sabit : melambangkan keteguhan beragaman atau moral yang tinggi.

5 ) Obor : melambangkan keazaman dan ketekunan menuntut ilmu.

Keterangan Warna :

Hijau : melambangkan kesuburan untuk ilmu, bakat kemahiran.

Merah, Biru : warna-warna yang terdapat pada bendera Selangor dan Jalur Gemilang.

# lencana sekolah ini merupakan sumbangan dari saudari RUSILAWATI yang juga merupakan rakan persekolahan di SMK J6 pada tahun 1991.

# terima kasih diucapkan kepada beliau diatas sumbangan yang amat bermakna buat saya ini.

# Semua maklumat diatas dipetik secara langsung dari laman web sekolah SKLK.

SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH KERAMAT
JLN AU5C/6 HULU KELANG
54200 KUALA LUMPUR
SELANGOR

TEL : 0341082520
FAKS : 0341072521

Monday, June 13, 2011

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KERAMAT, GOMBAK, SELANGOR.


SEJARAH SEKOLAH:

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat mula dibina pada tahun 1994 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesi persekolahan yang pertama telah bermula pada tahun 1995 dengan nama sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat 2 (SMKLK2) dan telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SMKSK) pada Jun 2003. Sekolah ini dibina bagi menampung kesesakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat pada ketika itu.

Sesi persekolahan dimulakan dengan menempatkan sejumlah 261 orang pelajar tingkatan 1 yang semuanya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat. Pelajar-pelajar tersebut ditempatkan di dalam tujuh buah yang di mana salah satu daripadanya ialah kelas bahasa Arab/ kelas aliran agama (KAA).

LENCANA SEKOLAH.

Hijau : Segar dan Murni
Biru: Kasih dan Taat
Putih : Suci dan Bersih

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LEMBAH KERAMAT, GOMBAK, SELANGOR.

Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat.


LENCANA SEKOLAH

Lencana SMKLK telah dicipta oleh pelajar dan diubahsuai oleh guru sekolah ini. Di bahagian tengah lencana terdapat obor bernyala yang melambangkan kejayaan para pelajar. Latarbelakang lencana yang berwarna merah, kuning dan putih membawa maksud tertentu.
Warna-warna melambangkan:
  • MERAH : keberanian dan semangat perjuangan pelajar untuk sentiasa maju dalam pelajaran dan taat setia terhadap negara yang dicintai.
  • KUNING : Sistem pemerintahan negara yang berdaulat berasaskan sistem beraja yang utuh.
  • PUTIH : Kesucian dan keluhuran para guru dalam menabur bakti.
COGAN KATA
Di bawah bahagian lencana, tertulis cogan kata sekolah yang berbunyi:
BERUSAHA, BERDISIPLIN, BERJAYA. Ini membawa maksud kegigihan serta sifat yang perlu ada pada diri setiap pelajar untuk mencapai cita-cita demi negara. Lambang ini juga menjadi simbol semangat dan usaha para pelajar untuk mencapai kejayaan di samping mengharumkan nama sekolah.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat telah dibuka pada 3 Januari 1986. Sekolah yang berkeluasan 50,000 meter persegi ini terletak dalam mukim Hulu Kelang dan perbelanjaan pembinaannya dibiayai oleh Bank Dunia.
Terdapat hanya 20 orang tenaga pendidik diterajui oleh En. Ismail b. Sulaiman selaku Pengetua Perintis dan 327 orang murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua pada mula-mula pembukaan sekolah ini. Jumlah murid terus meningkat dari tahun ke tahun dan pada 1988 jumlah murid meningkat ke angka 1,666 orang.
Persekolahan dua sesi diwujudkan iaitu murid Tingkatan Satu dan Dua pada sesi petang manakala murid Tingkatan Tiga, Empat dan Lima pada sesi pagi. Kumpulan pertama yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia ialah pada tahun 1989 dan telah mencatatkan keputusan cemerlang yang membanggakan.
Pada tahun 1986 juga, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan dan En. Mohd Rus bin Pilus sebagai Yang Dipertua Pertama.

Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat
Jalan Au4, Lembah Keramat
Selangor, Malaysia
Telefon = 341072115
Fax = 341068711

# lencana sekolah ini merupakan sumbangan dari saudari RUSILAWATI yang juga merupakan rakan persekolah di SMK J6 pada tahun 1991.
# terima kasih diucapkan kepada beliau diatas sumbangan yang amat bermakna buat saya ini.

Wednesday, June 8, 2011

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM, SELANGOR





Sejarah Sekolah Kebangsaan Puncak Alam

Sekolah Kebangsaan Puncak Alam, Kuala Selangor mula dibuka pada 1 Disember 2001. Mula diterajui dengan 3 orang pentadbir iaitu Tn. Guru Besar: Encik Supardi bin Buniran, Encik Ismail bin Mokhtar; PK Kurikulum, Encik Zarini bin Sarpan; PK Ko-Kurikulum, dan Pn.Fauziah binti PK HEM dan 500 murid.

Sekolah ini terletak di atas sebidang tanah seluas 6.8 ekar.
Pembinaannya bermula pada April 1999 dengan kos sebanyak 8.1 juta. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan yang boleh menampung kira-kira 1200 orang murid.

Sebagai sebuah sekolah yang bakal melahirkan murid-murid berpendidikan bestari, Sekolah ini telah disediakan dengan pelbagai kemudahan asas seperti Makmal Multimedia, Makmal Sains, Surau, Bilik Muzik, Bilik Audio Visual dan Pusat Sumber. Sehingga kini, Sekolah Kebangsaan Puncak Alam menampung 1200 orang murid beserta dengan 60 orang guru.



E-Mail : skpuncakalam@yahoo.com.my
No.Telefon : 03-33928171
Faks : 03-33920029
Kod Sekolah : BBA3033
Alamat : Sekolah Kebangsaan Puncak Alam, Jalan Mahkota Impian 2/1, Seksyen 2, 42300 Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan,

# lencana sekolah ini adalah sumbangan daripada pihak Admin E-mail SK PUNCAK ALAM dan ianya telah diterima oleh penulis pada 8/06/2011.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...