Pages

Sunday, February 13, 2011

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TAMAN KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR



LENCANA SEKOLAH


APIMelambangkan semangat yang tinggi terhadap pelajaran, agama, bangsa, dan negara.

TOPI
Melambangkan pelajar-pelajar adalah bakal siswazah yang cendiakawan, kreatif dan berakhlak dalam mendokong aspirasi negara.

BULAN SABIT
Melambangkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara Malaysia.

PERISAI
Sebagai penghalang diri pelajar daripada dinodai sifat dan sikap mazmumah seperti malas, tidak jujur, tidak berdisplin dan sebagainya.

RIBEN
Melambangkan semangat jati diri, tabah, yakin, berusaha bersungguh-sungguh dan kejayaan yang berpanjangan serta tidak putus-putus.

BUKU
Melambangkan kepentingan ilmu pengetahuan, SKSTKB sayang sekolah sebagai tempat menimba ilmu.

SKROL
Melambangkan tahap pencapaian ilmu yang tinggi di mana generasi kini bakal mengisi nama di persada seni ilmu dan seterusnya menjadi insan yang berjiwa tinggi ilmu.

GARIS HITAM
Melambangkan semangat positif yang menangkis anasir negatif dengan fikiran yang positif, kuat iman, cekap dan relevan.

WARNA
Berkonsepkan warna jalur gemilang.

MERAH
Semangat waja.

PUTIH
Bersih, berbudi pekerti

KUNING
Negara berdaulat dengan mempunyai raja yang berperlembagaan.

BIRU
Perpaduan bangsa.

SEJARAH SEKOLAH

LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Seri Taman Kluang Barat ini dibina di atas sebuah tapak yang dahulunya adalah kawasan bukit yang ditanam dengan pokok getah. Pembinaan bangunan sekolah ini untuk menampung kepadatan murid-murid yang bersekolah di SK Sri Intan, Kluang. Setelah bangunan ini siap murid-murid yang bersekolah di sekolah SK Sri Intan telah dipindahkan ke sekolah ini. Murid-murid yang bersekolah di sini terdiri daripada penduduk Taman Kluang Barat, Taman Desa, Taman Saujana, Taman Nilam, Taman Permata, Taman Berlian Biru dan ladang Coronation. Sekolah ini berhampiran dengan jalan utama. Pada sebelah petang, murid-murid bersekolah agama di sekolah ini.

Sekolah Menengah Taman Kluang Barat berdekatan dengan sekolah ini. Luar kawasan sekolah sesuai untuk beriadah seperti memancing, main golf, berenang, dan berjogging. Sekolah ini berhampiran dengan Stadium Kluang.

Terdapat beberapa buah kilang perindustrian berhampiran kawasan sekolah. Setiap taman perumahan terdapat kawasan perniagaan untuk memudahkan penduduk taman membeli barang keperluan. Murid-murid yang bersekolah di sekolah ini terdiri daripada anak-anak askar, pekerja kilang, sebilangan kecil anak-anak kakitangan kerajaan serta bekerja sendiri.

BUTIR – BUTIR PENYERAHAN

Majlis penyerahan bangunan Sekolah Seri Taman Kluang Barat telah diadakan pada 23 September 2002. Majlis tersebut dilakukan di antara pihak kontraktor dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Majlis serba ringkas ini telah dihadiri oleh wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor, wakil dari Pejabat Daerah Kluang, pihak kontraktor, arkitek, pengurus projek dan penyelaras yang dilantik iaitu Pn Siti Zaliha bt Hj Mujeri.

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Seri Taman Kluang Barat ditubuhkan mengambil sempena nama taman perumahan di kawasan ini iaitu Taman Kluang Barat.

Ia dibina di atas tapak seluas 6.9 ekar di Lot PTD 53655 (PLO 82), kawasan Perindustrian Mengkibol, Mukim Kluang, Kluang, Johor Darul Takzim.

Syarikat yang terlibat dalam pembinaan bangunan ini ialah Syarikat Teraju Hikmat Sendirian Berhad.

Kerja-kerja asas pembinaan telah dimulakan pada Januari 2001 dan siap pada 20 Julai 2002. Sekolah ini mempunyai 7 blok bangunan, sebuah surau dan sebuah kantin. Blok-blok bangunan tersebut mengandungi 30 bilik darjah, sebuah ruang pejabat, bilik mesyuarat, 2 setor SPBT, 2 makmal Sains, bilik komputer, bilik seni, bilik kemahiran hidup, koperasi, bilik muzik, bilik guru, bilik bimbingan kaunseling, bilik pemulihan, pusat sumber, bilik agama, setor sukan, tandas dan bilik persalinan. Bangunan sekolah ini berbentuk U dan mempunyai 7 blok iaitu:

Blok A
Di tingkat 1 terdapat bilik persalinan perempuan, tandas perempuan, setor sukan, bilik darjah, bilik PJ, tandas lelaki, dan bilik persalinan lelaki. Terdapat tangga untuk murid naik ke tingkat 2. Blok A tingkat 2 terdapat 5 buah bilik darjah.

Blok B
Di tingkat 1 terdapat kedai koperasi, makmal komputer, dan 2 buah bilik darjah, dan ada tangga naik ke tingkat 2. Blok B tingkat 2 pula mempunyai 2 buah bilik darjah, bilik tayang dan bilik ABM.

Blok C
Di tingkat 1 terdapat makmal komputer, bilik buku teks, bilik kesihatan, dan setor buku teks, tandas murid lelaki, dan tandas murid perempuan. Blok C tingkat 2 terdapat perpustakaan dan bilik e-tems . Blok C tingkat 3 ada 2 bilik darjah, dan terdapat tandas murid lelaki, dan tandas murid perempuan.

Blok D
Di tingkat 1 terdapat ruang serbaguna, ada pentas, lobi, dan anjung kereta. Terdapat tangga di kiri kanan bangunan blok D. Blok D tingkat 2 terdapat bilik pejabat, bilik Guru Besar, Bilik GPK, bilik pemulihan, dan bilik muzik. Terdapat tangkat di kiri kanan ke tingkat 3. Di tingkat 3, ada 5 buah bilik darjah, dan Pejabat Guru Sekolah Agama.

Blok E
Di tingkat 1 terdapat tandas guru lelaki, makmal sains, bilik kaunseling, bilik
j-QAF, bilik Disleksia, bilik setor sains. Ada tangga ke tingkat 2. Di tingkat 2, terdapat bilik guru. bilik SUP, dan bilik mesyuarat. Di tingkat 3, ada 2 buah bilik darjah.

Blok F
Di tingkat 1 makmal sains, dan bengkel kemahiran hidup, setor pekerja, tandas murid lelaki dan tandas murid perempuan, dan tandas DISA lelaki dan tandas DISA perempuan.

Blok G
Di tingkat 1 ada bilik darjah Pra sekolah dan dapur, bilik pendidikan seni visual yang mempunyai 2 buah bilik setor. Di hujung blok G ada tangga naik ke tingkat 2. Di tingkat 2 bilik G, terdapat 4 buah kelas.
Bersebelahan blok A, terdapat kantin dan tempat letak kereta serta tempat letak basikal. Di belakang kantin, ada gelanggang dan padang sekolah. Di depan blok E terdapat tempat letak kereta guru-guru, dan kakitangan sekolah. Padang permainan Pra sekolah pula berhampiran blok G. Bangunan Pra sekolah dua di bina di belakang blok G (beroperasi 3.1.2008). Surau sekolah terdapat di hadapan blok G menghadap jalan raya. Di depan bangunan surau, ada tangga turun ke tempat menunggu dan tiba murid-murid sekolah yang berbumbung dalam kawasan berpagar. Dataran ilmu terdapat di tengah-tengah bangunan sekolah dan sebagai tapak perhimpunan pagi yang mempunyai 3 batang tiang bendera.



BLOG SEKOLAH : http://skstkb.blogspot.com/

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KLUANG BARAT, KLUANG , JOHAR

LENCANA SUMBANGAN DARI RAKAN


# 2 set lencana ini merupakan sumbangan dari  SHUHANA BAHAROM  dan diterima oleh penulis pada 12 Februari 2011

# Jutaan terima kasih kepada beliau diatas sumbangan lencana sekolah ini.

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SERI ISKANDAR, PERAK

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SERAI, HULU LANGAT, SELANGOR



MAKLUMAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SERAI,
43100 HULU LANGAT,
SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL / FAX : 03-90741377
EMAIL : sksshl@gmail.com
BLOG : http://sksshl.blogspot.com/

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI GALAH, TANJUNG TUALANG, PERAK



Visi dan Misi Sekolah


MOTTO SEKOLAH

"MAJU TERUS MAJU"

VISI

SKSG ke arah melahirkan insan terbilang menjelang 2010

MISI
  • Meningkatkan prestasi kurikulum dan pencapaian dalam bidang akademik
  • Melahirkan pelajara yang berdisiplin, berakhlak mulia dan sejahtera
  • Memastikan prestasi kokurikulum yang mantap dan cemerlang
  • Meningkatkan kecekapan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan pejabat
  • Pengurusan kewangan yang terancang, teratur, saksama dan bebas kesilapan
  • Menjalin hubungan yang mesra dalam kalangan warga sekolah

OBJEKTIF
  • Berusaha untuk memastikan setiap murid menerima pendidikan yang adil di sekolah
  • Berusaha untuk memastikan murid diberikan kemudahan pendidikan yang sewajarnya
  • Berusaha untuk menggembling tenaga di semua peringkat masyarakat sekitar supaya menyayangi sekolah sekali gus menyemai sikap pembudayaan ilmu sebagai suatu cara hidup berkualiti
MATLAMAT SEKOLAH
  • Supaya semua murid Tahap Satu mencapai sifar buta huruf dan menguasai kemahiran 3M (Membaca, menulis dan mengira)
  • Supaya murid Tahun 4 dan 5 mendapat sekurang-kurangnya C dalam semua subjek teras serta menguasai Perkara Asas Fardhu Ain
  • Supaya Murid Tahun 6 mampu memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam (UPSR)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...