Pages

Sunday, September 6, 2009

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAWANG, RAWANG


LogoSEMEKAR.png picture by SMKRAWANG




Moto

Cergas, Berilmu, Dedikasi

Visi

Menangani segala cabaran bagi mencapai kecemerlangan sekolah dalam pengurusan kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, sahsiah dan keceriaan sekolah.

Misi

SMK Rawang berusaha ke arah kecemerlangan di dalam kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah, disiplin, keceriaan dan pengurusan sekolah.



Sejarah Sekolah


SMK RAWANG terletak di km 25.6, Jalan Rawang, Selangor. Darul Ehsan di kawasan perkampungan Melayu. Nama asal SMK Rawang ialah Sekolah Menengah Rendah Rawang. Sekolah ini juga dikenali sebagai Sekolah Menengah Kampung Melayu Batu 16. Pada tahun 1979, Sekolah ini hanya mempunyai 16 orang pelajar yang ditempatkan di Tingkatan Satu, Dua dan Peralihan. Pada ketika itu, sekolah ini masih belum mempunyai bangunannya sendiri, hanya menumpang di Sekolah Sinaran Budi dan SRK Rawang dan diadakan di sebelah petang.

Pada tahun 1980, sekolah ini telah mendapat bangunannya sendiri. Kawasan ini bersempadan dengan hutan simpan dan Bukit kancing. Luas kawasan ini adalah 15 hektar. Pada tahun tersebut terdapat dua blok bangunan dua tingkat yang menempatkan 12 buah bilik darjah, 3 bilik makmal sains, 2 bilik guru dan 3 bilik stor. Terdapat juga bilik untuk Seni Perusahaan dan Pertukangan Besi serta 2 unit rumah guru. Selain itu, terdapat juga padang permainan, tapak perhimpunan dan kawasan taman bunga. Pada tahun 1988, Sekolah ini menerima satu blok bangunan dua tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah, 2 buah bilik tandas dan 2 buah bilik stor. Pada tahun itu juga sekolah ini mendapat dua gelanggang Badminton dan Bola Keranjang.

Pada tahun 1989, bilangan pelajar telah bertambah kepada 630 orang. Majoriti pelajar adalah pelajar cina yang dating dari SRJKC San Yuk. Kelas Tingkatan 2,3,4 dan 5 adalah di sesi pagi sementara kelas Peralihan dan Tingkatan 1 di sesi petang. Pada tahun 1999 SMK Rawang mempunyai pelajar berjumlah 1865 orang dan jumlah yang besar itu tidak dapak ditampung dengan kelas-kelas yang ada. Oleh itu, pada tahun tersebut terdapat 10 kelas terapung. Oleh itu, satu blok 3 tingkat mula dibina pada tahun 1998 dan siap dibina pada tahun 2000. Pada tahun 1998 juga satu blok satu tingkat (Blok F) dibina dan satu bilik kebal siap dibina pada tahun 2000. Satu Makmal Komputer juga telah dibina dinhadapan rumah guru pada tahun 2001. Pada tahun 2002, satu blok baru (blok G) empat tingkat di bina dan siap digunakan pada tahun 2004.

Pengetua - pengetua yang bertugas di sekolah ini ialah :

1. En. Gurdeep Singh (1979-1982)
2. En. Ismail bin Sulaiman (1982-1985)
3. En. Kea Ton Kim (1985-1987)
4. Pn. Zaleha binti Mahamad (1987-1992)
5. En. Nor Aman bin Ismail (1992-1994)
6. Tn. Haji Abu Bakar bin Mohamad (1994-1998)
7. Pn. Jamaliah bnti Rahmat (1998-1999)
8. Pn. Aminah binti Abd Rani (1999-2001)
9. En. Chin Kok Goon (2001-2002)
10. Tn. Haji Mohd Fadri bin Nadzir (2002-2004)
11. Pn. Nik Hasmah binti Nik Mohamed (2004-2007)
12. Pn. Hjh Siti Normah bt Mohd Yusof (2007-2008)
13. Pn. Hajah Mazlah binti Hussein (2009 hingga sekarang)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAWANG
48000 Rawang, Selangor.
Tel: 605-716 1302 | Faks: 603-60924881
Emel: admin@smkrawang.com

Laman Web: www.smkrawang.com

5 comments:

  1. salam. kita mempunyai minat yg sama... skrg ni sy tgh buat koleksi kad matrik. teruskan usaha anda!!

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi menziarah blog ini. Hobi mengumpul lencana sekolah memang jarang kita jumpa.Apa lagi kalau kumpul kad matrik, lagilah jarang kita jumpa. Apa-apa hal pun teruskan hobi tersebut dan selamat berjaya.

    ReplyDelete
  3. terima kasih byak2.. <3

    ReplyDelete
  4. Hi. Just wanted to inform u that we have a different headmistress now, Puan Hamidah binti Hussein. Keep up your good work in collecting school badges. Thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...boleh saya tahu sejak bila Puan Hamidah bertugas sebagai Pengetua di sekolah itu?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...