Pages

Monday, January 7, 2013

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BUDIMAN, KUALA TERENGGANU.


Sejarah Sekolah Seri Budiman, Kuala Terengganu.

Tersergam indah Sekolah Kebangsaan Seri Budiman yang berlokasi di atas kawasan seluas 10 ekar, iaitu di kawasan pinggir pantai Kuala Terengganu. Letaknya kira-kira 4 km dari Pusat Bandar Kuala Terengganu berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Tanggal 30 Julai, 1986 bersamaan 23 Zulkaedah 1406 Hijrah Sekolah Kebangsaan Seri Budiman telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Amar Diraja Haji Wan Mokhtar bin Wan Ahmad, Menteri Besar Terengganu.
Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, dibina bersebelahan Jalan Budiman, di kawasan perkampungan yang sebahagian besar ibu bapa pelajar terdiri daripada nelayan, petani, buruh, penjaja, bekerja sendiri dan segelintir sahaja kakitangan kerajaan.
Sekolah ini memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pada 1 Februari 1986 dengan 28 orang tenaga pengajar dan keramaian 713 pelajar. Pertambahan keramaian murid begitu mendadak sekali. Menjelang sesi 1994/95, mempunyai sejumlah 1670 pelajar dengan 43 aliran serta 67 orang guru. Sehinggalah 16 Mac, 1995 ianya menjadi 1350 pelajar dengan 36 aliran dan 58 orang guru, selepas perpindahan murid ke Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II yang memulakan sesi pengajaran dan pembelajarannya pada tarikh tersebut. Sesi 1995/96 yang baru bermula mempunyai keramaian pelajar seramai 1332 orang, 58 guru dengan 35 aliran bersama 6 orang kakitangan sokongan. Pada masa itu, sekolah ini masih lagi mempunyai dua sidang, iaitu pagi dan petang.
Pada asasnya, sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan yang terdiri daripada 24 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah bilik Kemahiran Hidup, sebuah Bilik Sumber, sebuah bilik Pemulihan Khas, sebuah bilik Bank Soalan, sebuah bilik SPBT, sebuah bilik Tayangan dan alat pandang dengar, sebuah bilik guru, sebuah perpustakaan, sebuah pejabat, dua buah tandas guru lelaki, dua buah tandas guru perempuan, tiga buah tandas pelajar lelaki, tiga buah tandas pelajar perempuan, dua belas buah setor, sebuah bilik komputer, sebuah studio dan yang terbaru sekali sebuah Bilik Gerakan. Disamping 4 blok bangunan itu terdapat juga sebuah kantin, sebuah dewan terbuka, surau, Balai Bacaan dan sebuah pondok menunggu. Sekolah ini juga telah dilengkapi dengan sebuah padang yang luas yang sekaligus dapat digunakan untuk permainan bola sepak dan hoki.
Pada Januari 2002 sebuah bangunan tambahan setinggi empat tingkat telah siap dibina di bahagian belakang dan di tepi pagar sekolah bersebelahan surau sekolah. Bangunan setinggi empat tingkat tersebut mempunyai 12 bilik darjah, sebuah makmal komputer, sebuah bilik muzik, dua buah bilik Kemahiran Hidup dan sebuah makmal komputer. Dengan terbina bangunan tambahan tersebut, mulai awal tahun 2002 sekolah mampu mengadakan satu sesi sahaja bagi menampung murid seramai 1234 orang dengan guru seramai 64 orang.

Sekolah Kebangsaan Seri Budiman
20400 Kuala Terengganu
Tel: 09-6235477 Fax: 09-6245488
Email : tba3086@yahoo.com

Sunday, January 6, 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...