Pages

Saturday, February 20, 2010

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH, MELAKA

 



Lencana

-->
Lencana sekolah mengandungi bentuk-bentuk utama sebagai jangka ukur , model atom dan semi-gear yang sekaligus melambangkan ketelitian dan kejituan dalam sebarang kerja dan keseluruhan pemikiran secara saintifik bagi mengisi keperluan pembangunan dan perpaduan Negara melalui pendidikan .
Warna-warna kuning , biru dan merah yang digunakan adalah melambangkan ketabahan dalam mencapai cita-cita murni dengan berlandaskan keunggulan undang- undang agama, Negara dan sekolah .


bendera

-->
BIRU : Melambangkan cita-cita murni


KUNING: Melambangkan keunggulan undang-undang sekolah, negara dan agama 

MERAH : Melambangkan kesungguhan dan ketabahan ddalam menghadapi cabaran 

JANG UKUR: Melambangkan ketelitian dan kejituan

MODEL ATOM: Melambangkan keluhuran pemikiran secara saintifik

SEMI-GEAR: Melambangkan objektif sekolahmenambahkan bilangan pelajar-pelajar dalam bidang professional sains dan teknologi

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BARU, MELAKA

 

    WARNA



KUNING
Kecemerlangan
OREN
Keindahan dan Keberanian
MERAH HATI
Kesungguhan dan Kekentalan
 
    REKABENTUK
SEGI ENAM
Keimanan dan Kerajinan
BENTUK V

Tumpuan untuk menjadi
manusia berilmu, berakhlak 
beramal
RODA
Sains dan Teknologi
JANGKA
Asas Pembinaan
BUKU
Keilmuan
COGANKATA
Berilmu dan Berakhlak


# Laman Web SONATA ANAK KANCIL    http://sonata14.blogspot.com/
 
# Lencana ini merupakan sumbangan dari SONATA ANAK KANCIL  dan diterima oleh penulis pada 16 Februari 2010.

# Jutaan terima kasih kepada beliau diatas sumbangan lencana sekolah ini.

LENCANA SEKOLAH SUMBANGAN SONATA ANAK KANCIL.

 


  
 SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH, MELAKA


  
 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS, MELAKA.


 
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BARU, MELAKA.

# Laman Web SONATA ANAK KANCIL    http://sonata14.blogspot.com/

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS, MELAKA

 



 



STRUKTUR DAN KOMPOSISI
PERISAI
Melambangkan perlindungan daripada gejala kurang sihat.
PELAJAR DAN BUKU
Manifestasi ilmu dan perintah untuk terus membaca (Iqra’).
SFERA
Membawa maksud betapa jauhnya hala tuju para pelajar dalam menimba ilmu yang tidak ada kesudahan.
GERIGI RODA
Lambang era sains teknologi serta keazaman kental dalam menempoh pancaroba era moden.

SEJARAH RINGKAS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS
TELOK MAS, MELAKA 
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (SMKTM) mula dibina pada bulan Jun 2000 di atas sebidang tanah seluas 6.32 hektar di kawasan Telok Mas di bawah DUN Alai. Terdiri daripada 4 blok utama iaitu blok A (pentadbiran) blok B (bilik darjah), blok C (makmal sains) dan blok D (bengkel dan pusat sumber). SMK Telok Mas juga menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dengan kapasiti maksimum 400 orang pelajar.
Bermula dengan 9 buah kelas Tingkatan 1 dan 3 buah kelas Tingkatan 2. Pelajar Tingkatan 1 terdiri daripada kumpulan pertama pelajar Rancangan Khas seramai 160 orang dan selebihnya pelajar Rancangan Biasa. Pelajar Tingkatan 2 pula terdiri daripada pelajar-pelajar yang asalnya bersekolah di SMK Seri Mahkota dan SMK Ayer Molek. Jabatan Pelajaran Negeri Melaka juga telah menempatkan seramai 5 orang pelajar Rancangan Khas Sukan.
Pelajar Rancangan Khas terdiri daripada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang UPSR tetapi gagal untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. Manakala pelajar-pelajar Rancangan Biasa adalah pelajar yang tinggal berhampiran dengan sekolah.
Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju untuk membiayai yuran makan pelajar-pelajar Rancangan Khas sebanyak RM1.00 seorang (sehari) bermula pada tahun 2002 hingga 2006.
Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) pada 28 Februari 2001 dan disahkan pada 14 Mac 2001 keputusan telah dibuat untuk menjadikan SMK Telok Mas sebagai sekolah berasrama kerajaan negeri Melaka.
SMK Telok Mas telah mendapat perhatian yang jitu dari kerajaan negeri,Jabatan Pelajaran Melaka,Pejabat Pelajaran Daerah dan masyarakat setempat. Buat kali pertama telah diwarwarkan di akhbar Berita Harian pada 20 Mei 2001.
# Laman Web SONATA ANAK KANCIL    http://sonata14.blogspot.com/
 
# Lencana ini merupakan sumbangan dari SONATA ANAK KANCIL  dan diterima oleh penulis pada 16 Februari 2010.

# Jutaan terima kasih kepada beliau diatas sumbangan lencana sekolah ini.

Friday, February 19, 2010

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK PUTERI 2, RAWANG, SELANGOR.


LENCANA KAIN


 


 
BENDERA SUKAN


  
BENDERA SEKOLAH


school



SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, ditubuhkan pada 1hb. Januari 2009 dibawah Akta Pelajaran 1957 dengan Nombor Pendaftaran Kod Sekolah BBA 7242. Sekolah ini mula beroperasi pada 01.01.2009 dan dihuni oleh pelajar pada 5hb. Januari 2009 dengan menumpang buat sementara di SMK Bandar Tasik Puteri. Bilangan pelajar seramai 564 pelajar , 39 orang guru , seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Pejabat. Bilangan kelas yang diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Selangor ialah 25 kelas iaitu Tahun 1 hingga tahun 5. Walaubagaimanapun hanya 15 kelas dapat di ujudkan kerana sekolah tumpang tidak mempunyi lebihan bilik darjah.
Pada 3hb. April 2009 hari Jumaat jam 3.45 petang penyerahan kunci oleh pemaju kepada pengurusan sekolah di tandatangani dan diterima dihadapan wakil Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Selangor. Tempoh kecacatan tanggungan pemaju tamat pada 31.03.2010.
SKTP2 mengandungi 5 blok bangunan terdiri blok pentadbiran 3 aras blok akademik A 4 aras, blok akademik B 4 aras,blok makmal dan bengkel 4 aras, kantin, rumah pam, rumah jaga dan rumah sampah. Jumlah bilik darjah 24, 2 bilik makmal sains, 2 bilik makmal computer, 7 bay bilik sembahyang, pusat sumber, bilik guru, pejabat, bilik mesyuarat, bilik klinik, bilik kokurikulum, bilik stor sukan, kedai buku, 2 bilik persalinan, 6 bilik tandas, 1 bilik muzik , 1 bilik kemahiran hidup, 1 bilik pendidikan seni, 2 bilik pra-sekolah dan 1 dewan terbuka serta 6 bilik stor serba guna.
Mesyuarat Agong Penubuhan Persatuan Ibubapa-Guru telah diadakan pada 09.02.2009 hari Isnin 8.30 pagi bertempat di Dewan Terbuka SMK Bandar Tasik Puteri dan di rasmikan oleh Puan Patifah bte Shamsuddin , Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Gombak. Encik Wan Badrul Hisham b Wan Mahmud telah terpilih sebagai Yang Dipertua PIBG yang pertama dan Encik Zakaria b Ariffin sebagai Timbalan YDP. Pendaftaran Persatuan telah diluluskan oleh Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri Selangor pada 30.04.2009 dengan Nombor Pendaftaran SEL: 1220.
Perpindahan ke bangunan baru fasa pertama di lakukan pada 11.04.2009 ( Sabatu) bagi pelajar yang menumpang di SMK Bandar Tasik Puteri. Fasa kedua melibatkan kemasukan dari SK Bandar Tasik Puteri yang di berikan peluang pilihan untuk berpindah ke sekolah baru pada 24.04.2009. Bilangan kelas pada 30.04.2009 ialah 25 kelas dengan bilangan keseluruhan pelajar berjumlah 1146 murid.
Memandangkan bilangan murid yang semakin bertambah dan bilangan pelajar dalam kelas mencecah 50 pelajar dalam tiap kelas, serta pengujudan Tahun 6 pada 2010 sekolah terpaksa beroperasi dalam 2 sesi pada tahun tersebut. Anggaran jumlah kelas yang akan dipohon untuk dibuka pada sesi persekolahan 2010 ialah 42 kelas dengan unjurun bilangan pelajar berjumlah 40 murid sekelas darab 42 kelas bersamaan 1680 murid. Segala perancangan anggaran dan keperluan bagi menghadapi sesi persekolahan 2010 telah disusun atur bagi memastikan sekolah dapat beroperasi dengan lancar, pelajar mendapat segala kemudahan yang diperlukan dan keperluan tenaga pengajar mencukupi.

#Lencana ini merupakan sumbangan dari seorang rakan yang telah berpindah ke taman tasik puteri.

# Jutaan terima kasih kepada saudara JO diatas sumbangan lencana sekolah ini.

Friday, February 5, 2010

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 12, BANDAR JENGKA, PAHANG






Laman Web Sekolah: http://skj12.blogspot.com/

#Lencana ini merupakan sumbangan dari pihak sekolah dan diterima oleh penulis pada 3 Februari 2010.

# Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah diatas sumbangan lencana sekolah ini.

Tuesday, January 5, 2010

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KARANG, SELANGOR





Visi Sekolah

Berusaha untuk melahirkan insan yang berilmu, berfikiran positif dan kreatif serta
sopan melalui budaya penyayang. Berusaha untuk membentuk
insan berilmu,
bertaqwa, berketerampilan dan cemerlang.


Misi Sekolah

Menuju ke puncak gemilang dengan:
Sistem pengurusan yang harmoni dan berkesan.
Kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum sebagai teras kejayaan.
Tinggi budi pekerti penyelamat maruah diri.
Kejayaan dikecapi dengan usaha gigih dan azam yang tinggi.



Sejarah Sekolah


Pada awal abad ke– 29 Tanjong Karang adalah sebuah perkampungan kecil yang menghubungkannya dengan Kuala Selangor . Tanjong Karang tidak banyak mengalami perubahan dalam struktur hidup penduduk sekitarnya jika dibandingkan dengan dengan penduduk – penduduk yang tinggal di pekan – pekan yang baru membangun. Ketika itu Tanjong Karang hanya didiami oleh sebilangan kecil keluarga orang – orang Melayu dan orang Cina.Bagi memenuhi keperluan hidup penduduk sehari – hari , terdapat sebuah kedai atap yang dimiliki oleh seorang taukeh Cina yang dikenali dengan panggilan Ee Koon. Mata pencarian penduduk – penduduk di sini kebanyakannya bekerja sebagai nelayan. Sesuai dengan kedudukan Tanjong Karang ini sendiri terletak berhampiran dengan kuala sungai iaitu Sungai Tengi. Selain daripada itu juga , ada yang bekerja sendiri seperti bertani dan mengambil upah mencucuk atap. Tahun demi tahun bilangan penduduk Tanjong Karang terus bertambah.Mulai saat itu orang–orang tua di kampung ini mulai sedar yang anak–anak mereka telah sekian lama terbiar tidak mendapat sebarang pendidikan asas yang sepatutnya mereka perolehi untuk faedah hidup mereka sendiri di masa akan datang.

Bagi mengatasi keadaan begini , atas daya usaha ketua kampung iaitu Tok Penghulu, sebuah bangunan sekolah telah dibina pada 1906 di atas tapak masjid lama Tanjong Karang.Namun demikian. Namun demikian, ramai ibubapa yang masih tidak memahami relevannya pendidikan sekular. Ditambah lagi dengan kemahuan ibu bapa yang inginkan anaknya membantu mereka membuat kerja – kerja rumah atau di sawah ladang. Kehadiran murid semakin merosot dan menyebabkannya terpaksa ditutup beberapa bulan kemudian. Bangunan asal telah dibawa ke Bukit Belimbing,Kuala Selangor dan dibuka pula di sana.

Anak–anak kampung mula tidak menerima pendidikan di sekolah lagi.Namun begitu , mereka berpeluang mengaji Al–Quran di rumah imam yang ada ketika itu iaitu Imam Puput.Keadaan ini berlanjutan sehingga tamatnya Perang Jerman pada tahun 1918. Walaupun begitu, orang–orang tua di kampung masih tidak berpuas hati dengan ketiadaan sekolah di kampung mereka. Akhirnya, atas usaha Penghulu Raja Alang , kedai kepunyaan Imam Puput telah diubahsuai untuk dijadikan bangunan sekolah dan dikenakan bayaran sewa tahunan . Akhirnya pada 9 Februari 1920, Sekolah ini dibuka dengan bolangan 2 orang guru dan 45 orang murid. Pada tahun 1925, sebuah bangunan kayu di bina dan diberi nama Sekolah Melayu Tanjong Karang.

Pada tahun 1953, darjah tujuh diwujudkan. Pada tahun 1955 hingga tahun 1959, sekolah ini dijadikan Sekolah pusat Penempatan Pelajar-pelajar Darjah Tujuh. Pada bulan Mei 1959, sekolah ini dijadikan penempatan sementara Darjah Menengah Melayu Tanjong Karang yang kini dikaenali sebagai sekolah Menengah Dato Harun. Pada tahun 1974 dan 1981, di bina bangunan dua tingkat bagi menampung 420 orang murid dan 22 orang guru. Sekolah ini juga menempatkan Pusat kegiatan guru bagi sekolah-sekolah Zon Tanjong Karang sehingga di dirikan bangunan PKG Tanjong Karang.

Pada 5 Januari 1992, diwujudkan kelas pra sekolah tajaan Kementerian Pendidikan. Ianya menampung seramai 25 orang murid dan seorang guru. Pada tahun 1998, telah dibina bangunan dua tingkat bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Pada November 2001, makmal komputer telah diserahkan kepada pihak sekolah.


MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

Nama Dan Alamat Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang (SKTK).
45500 Tanjong Karang,
Selangor Darul Ehsan.


Lokasi Sekolah

Lokasi Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang ini terletak berdekatan dengan pekan Tanjong Karang. Jarak Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang ini dengan pekan tersebut ialah 3 km. . Oleh yang demikian, sekolah ini menjadi tumpuan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah ini. Selain itu, sekolah ini juga berdekatan dengan Hospital Tanjong Karang.

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI, HULU KLANG SELANGOR


School History
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati or SMKTM was first established on the 1st of August, 1991. The first batch of students came from the vicinity of the school itself, most of them were from SMK Lembah Keramat and SMK Taman Keramat. There were 403 of them in total allocated in 2 blocks. In 1993, a third block (Block C) was built to accommodate the growing population.
In 1998, thanks to the PIBG or PTS, the school had enough funds to build a Surau for students to perform their prayers. The famous hall which can accommodate up to 1000 students was completed on the 18th of May, 2001 and costs RM 1.6 million. 2 new blocks were introduced in late 2003 and the school now boasts of an array of amenities such as a computer room, Arts and Crafts studios, basket ball court, a football field and the Science Park or Taman Sains. Below is the school's charter which is the essence of the school itself;

School Logo
Red: Love and Loyalty towards the country
Blue: Peace and Harmony
Yellow: The Selangor flag
2 Hands Clasping: Teamwork ethics
Pencil: An icon of success
Stairs: The way to success
Book: Academic Importance
Hibiscus: National Spirit
Olympic rings: Importance of sports
1991: Date of establishment (1412 is the equivalent Islamic year)

Friday, December 11, 2009

Lencana Sekolah / School Badges - SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 2 , BANDAR JENGKA


Tentu sebilangan daripada pembaca blog ini pernah memiliki dan menggunakan lencana sekolah yang diperbuat daripada besi. Lencana sekolah ini adalah yang pertama saya guna ketika bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jengka 2 pada tahun 1981 ketika didalam darjah 1.

Kelemahan lencana ini adalah ianya akan membuatkan baju sekolah akan berlubang dan pin belakangnya yang diperbuat dari besi mudah berkarat. Mungkin ini sebabnya lencana sekolah telah ditukar ke dalam bentuk tanda nama dan kemudian dalam bentuk kain yang anak-anak kita gunakan sekarang.

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 6, BANDAR JENGKA

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG PUSAT, SERDANG KEDAH DARULAMAN.

Monday, October 5, 2009

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN YUSUFF, BATU GAJAH PERAK. ( PERAK @ 0006 )


SEKOLAH MENENGAH SULTAN YUSUFF
Jalan Ilmu, 31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.

Laman Web Sekolah: SMK SULTAN YUSUFF



Bentuk
lencana sekolah ini mempunyai bentuk perisai dalam tiga bahagian. Bahagian
atas, tengah dan bawah. Perisai membawa makna sebagai satu alat pertahanan
diri daripada sebarang ancaman. Disini dimaknakan bahawa ilmu pengetahuan
itu sebagai perisai kepada hidup manusia.

Warna
Kuning -lambang kesultanan dan pemerintahan negeri beraja

Hitam - lambang kecekalan hati dan hasrat untuk mencapai kejyaan sebagai
memenuhi cita-cita murni.

Merah - lambang keberanian utk menegakkan kebenaran serta keberanian
menghadapi semua cabaran hidup.

#Lencana ini merupakan sumbangan dari pihak sekolah dan diterima oleh penulis pada 30 September 2009.
# Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah diatas sumbangan lencana sekolah ini.

Wednesday, September 16, 2009

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 7, BANDAR PUSAT JENGKA.


Inilah lencana sekolah rendah yang kedua disematkan didada saya. Sebelum ini saya bersekolah di SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 2 sehingga mei 1983 sebelum berpindah ke jengka 7 pada hari khamis 5/5/1983. Di Jengka 7 saya bersekolah sehingga tamat darjah 6.

SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 7,
26410 BANDAR PUSAT JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR.

Tuesday, September 8, 2009

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN JAYA, TASIK GELUGUR


SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2001 dengan nama Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya. Nama Pengkalan Jaya diilhamkan oleh Guru Besar pertama sekolah ini sempena gabungan nama tempat dan konsep kejayaan menyeluruh. Motif ini diabadikan pada lambang lencana sekolah dengan huruf bingkai PJ. Pada asalnya sekolah ini dinamakan dengan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor II kerana pada peringkat perancangan awal SKTG yang berada di Jalan Besar Tasek Gelugor akan berpindah ke sini sepenuhnya. Sehubungan dengan ini pada peringkat permulaannya semua urusan mesyuarat dan perundingan dikendalikan oleh En. Aboo Hassan b. Ahmad selaku Guru Besar Sek. Keb. Tasek Gelugor.
Namun begitu pada 08 November 2000 suatu mesyuarat khas telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Utara/Tengah bersama semua guru yang terpilih untuk ditempatkan ke SKPJ sebagai kumpulan pertama yang meneroka sekolah baru ini. Ianya terdiri daripada Haji Abdul Rahman b. Hj. Jamaludin - Guru Besar, En. Noor Azhar b. Mansor – Pen. Kanan Pentadbiran, Haji Sabri b. Hj. Sulaiman – Pen. Kanan Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Fuaad b. Ismail – Pen. Kanan Kokurikulum, bersama tenaga pengajar 17 orang guru dan seorang Pembantu Tadbir serta seorang Pembantu Am Rendah. Memandangkan sekolah ini muncul secara ‘tiba-tiba’ maka pada tahun 2001 banyak kemudahan yang tidak lengkap tetapi dibekalkan secara beransur-ansur. Persekitaran lokasi sekolah kosong kerana tiada peruntukan landskap. Sebanyak 11 buah kelas dibuka dan beroperasi bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 4 sahaja dengan bilangan pelajar seramai 384 orang yang dipindahkan sebahagian besarnya dari Sek. Keb. Tasek Gelugor dan selebihnya dari Sek. Keb. Padang Menora berdasarkan alamat terdekat. Tahun 1 (3 kelas), Tahun 2 (3 kelas), Tahun 3 (2 kelas) dan Tahun 4 (3 kelas).

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2, CHERAS


Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 6, BANDAR JENGKA


Lencana sekolah menengah tempat saya belajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 tahun 1991.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAN JENGKA 6,
26410 BANDAR PUSAT JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR.

Lencana Sekolah - SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) YAK CHEE, PUCHONG.



蒲种益智国民型华文小学 SJK (C) Yak Chee
电话 +603-8070 1161
传真 +603-8076 4025
邮件信箱 yakchee@gmail.com
地址 SJK (C) Yak Chee
Batu 8, Jalan Puchong
47100 Puchong, Selangor

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH.


Image
WARNA BIRU - Keutuhan tekad dan cita-cita
WARNA MERAH - Berani dan bersemangat juang
WARNA KUNING - Kesetiaan dan ketaatan
WARNA PUTIH - Kebersihan
BULAN DAN BINTANG
Lambang kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
Kecemerlangan yang diharapkan wujud dalam diri pelajar.
JALUR MERAH PUTIH
Menjunjung cita - cita dan wawasan Negara
BUKU TERBUKA
Perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek serta
semangat kesukanan.
REHAL
Ilmu sebagai asas mencapai kemajuan.
SIMBOL GEAR
Sentiasa terkini dalam bidang sains dan teknologi
BUNGA RAYA
Semangat muhibbah dan permuafakatan.



SEJARAH SEKOLAH SMK BB SUNGAI BULOH
Image
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh terletak di sempadan antara daerah Petaling dan Gombak. Walaupun SMK Bandar Baru Sungai Buloh terletak di bawah kawasan pentadbiran Majlis Daerah Petaling tetapi dalam hal urusan Pendidikan, ia adalah di bawah urusan dan pengelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Gombak.

Pembinaan SMK BBSB telah dibiayai oleh Bank Dunia. Mula dibina pada awal tahun 1992 dan beroperasi pada 1 Disember 1993 dengan penempatan pelajar 980 orang yang ditempatkan di tingkatan Peralihan, 1, 2, 3 dan 4 dengan 44 orang guru di bawah pentadbiran seorang pengetua.

SMK BBSB terletak kira-kira 20 km dari Kuala Lumpur merupakan sebuah sekolah dibawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Selama 14 tahun beroperasi, sekolah ini telah mempunyai 5 orang pengetua iaitu Puan Hajah Rahmah binti Hussien (Disember 1993 - November 1995), Encik Mustafa bin Yunus (1 Disember 1995 - 15 Jun 1998), Datin Hajah Kamsiah binti Sa'abin (16 Jun 1998 - 30 September 1998), Puan Hajah Ramlah binti Haji Tahir (1 November 1998 - 29 Mei 2007) dan Encik Abdul Hakim bin Kassim (Jun 2006 hingga sekarang).

SMK BBSB telah dinaikkan taraf dari gred B ke gred A pada tahun 1998. Bertitik tolak dari tarikh ini, kejayaan demi kejayaan sama ada dalam bidang Kurikulum atau Kokurikulum telah dicapai. Kejayaan yang dikecapi ini adalah hasil daripada kerjasama dan komitmen guru-guru, pelajar dan PIBG sekolah.

Kini SMK SSBS telah hampir 14 tahun beroperasi, SMK BBSB telah berjaya melahirkan generasi yang berwawasan dan ketrampilan untuk memimpin dan membangunkan generasi yang akan datang. Dalam usaha tanpa kenal penat dan jemu, komitmen yang tidak pernah luntur, moto sekolah " Mendukung Wawasan Berteraskan Ceria, Cergas, Cemerlang " dapat diteruskan dan cogan kata " Kecemerlangan Wawasan Kami " .
# Semua maklumat diatas dipetik dari laman web SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH.

Sunday, September 6, 2009

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN MERCHANG, MARANG. TERENGGANU



Sejarah Sekolah
  • Diasaskan oleh Khatib Haji Awang Bin Musa pada tahun 1947 dengan nama Sekolah Rakyat.
  • Tapak asal berhampiran Masjid Kg. Merchang.

  • Bangunan asal berdinding kayu dan beratapkan daun nipah.

  • Murid pertama seramai 30 orang.

  • Guru pertama mengajar Encik Che Ibrahim bin Mat Amin.

  • Dipindahkan ke Kg Demang kerana masalah air pasang besar.

  • Dipindahkan sekali lagi ke tapak sekarang di Kg Pulau Rusa apabila bangunan baru siap pada 31. 1. 1952.



Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUNDASANG, RANAU, SABAH.



1. Lima mata gergaji di puncak lencana menunjukkan Rukun Negara

2. Bulan sabit dan bintang bermaksud harapan masyarakat agar sekolah ini akan terus melahirkan manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan Negara.

3. SMK Kundasang dalam kotak merah bermaksud sekolah yang terkenal di negeri Sabah serta mempunyai harapan yang cerah kearah pencapaian “Sekolah Contoh”.

4. Obor Api Bertiang Tiga bermaksud merangkumi kegiatan Ko-Kurikulum, Kurikulum dan Kemasyarakatan.

5. Gunung Kinabalu bersalut hitam berintikan warna hijau, bermaksud kedudukan sekolah adalah berhampiran dengan Gunung Kinabalu. Warna hijau melambangkan kegiatan utama penduduk berhampiran iaitu PERTANIAN.

6. Tanda bulatan di pinggang lencana, bermaksud tekad yang bulat dan teguh pendirian diamalkan oleh pelajar.

7. Tiang lencana berwarna kuning bermaksud tonggak kebudayaan berbilang kaum yang menghuni sekolah ini.


SMK Kundasang, Ranau

1. SMK Kundasang telah dimulakan pembinaannya pada 24 April 1984 dan siap pada 24 Disember 1985 dengan kos RM10 juta. Kontraktor yang melaksanakan pembinaan ini ialah Lee Construction.

2. Mula digunakan untuk persekolahan yang pertama pada 6 Januari 1986 (Isnin) dengan bilangan murid seramai 60 orang dan bilangan guru seramai 6 orang.

3. Hanya satu kelas tingkatan satu dan satu kelas tingkatan dua dibuka.

4. Idea penubuhan adalah atas permintaan dan permuafakatan orang Kundasang sendiri dan pengasas utama pembinaan sekolah ialah YB. Datuk Mynoor Ginggor yang merupakan wakil rakyat N13 Kundasang pada masa itu.

5. SMK Kundasang adalah sekolah menengah yang ketiga dibina di Ranau selepas SMK Paduka Mat Salleh Ranau dan SMK Bundu Tuhan.

6. Permohonan projek pembinaan SMK Kundasang telah dihantar sendiri oleh YB. Datuk Mynoor Ginggor, Pembantu Menteri Pertanian Negeri Sabah pada masa itu kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

Datuk Mynoor Ginggor

7. Kelulusan Pembinaan Sekolah telah diluluskan oleh Y.A.B. Datuk Musa Hitam Menteri Pelajaran Malaysia.

Tun Musa Hitam

8. 1982 : Datuk Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Harris Mohd. Salleh, Ketua Menteri Sabah dan YB. Datuk Mynoor Ginggor telah memeriksa tapak SMK Kundasang dengan menaiki helicopter.

Datuk Harris Mohd. Salleh, Ketua Menteri Sabah

9. Selepas pemeriksaan maka tapak diluluskan serta merta pada akhir tahun 1982.

10. Menurut Y.Bhg Datuk Mynoor Ginggor, kawasan 48 ekar milik syarikat dari Australia dan British yang meliputi kawasan perumahan kampung, war memorial garden di kawasan Kundasang telah dipohon untuk dikeluarkan. Perkara ini telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan keputusan Mahkamah dan Kerajaan Negeri ialah 8 ekar dikekalkan untuk War Memorial Garden dan selebihnya 40 ekar dikembalikan kepada Kerajaan Negeri.

Perancangan untuk 40 ekar itu termasuklah tapak SMK Kundasang yang ada sekarang seluas 5 ekar, tapak klinik 5 ekar, Balai Polis 5 ekar, Bomba 5 ekar, MDR 5 ekar, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) 5 ekar dan selebihnya untuk lain-lain jabatan dan perumahan kampung sedia ada.


Click picture to enlarge


STAFF TERAWAL

  1. En. Suhaibul Suriman (Pengetua : 1986-1992)
  2. En. Sulaiman Duhiman (Pen. Kanan Pengetua : 1983-1993)
  3. En. Mohd Dzin Mokhtar
  4. En. Haimin Dusilin
  5. En. Esa Ahmad
  6. Pn. Azmidah Yamin
  7. Cik Kamaidah Maslin
  8. En. Sabri Amat
SEJARAH PENUBUHAN TINGKATAN 6

Menurut YBhg Datuk Mynoor Ginggor, permohonan untuk mendapatkan Tingkatan 6 telah dipohon melalui PIBG bagaimanapun lambat mendapatkan kelulusan.

Semasa kunjungan YB. Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 1999 ke Hotel Perkasa Kundasang, surat permohonan telah dikemukakan kepada Menteri Pelajaran dan diluluskan pada penghujung tahun yang sama.

Sejarah penubuhan kelas Tingkatan 6 pula di SMK Kundasang bermula pada tahun 1999. Pada masa tu hanya seramai 60 orang pelajar terpilih menjadi perintis pertama Tingkatan 6. Tapi seramai 10 orang telah menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di Uitm, UMS, Kolej Kejururawatan/ Pembantu Perubatan dan Kolej Farmasi. Hanya tinggal 50 orang yang berjaya menempuhi exam STPM. Kebanyakan pelajar yang terpilih adalah daripada SMK Kundasang dan SMK Bundu Tuhan.

Pada masa tu, kelas tingkatan 6 hanya ada dua, iaitu kelas Ekonomi dan Geografi. Mata pelajaran yang diperkenalkan pula ialah Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Geografi, Sejarah, Bahasa Melayu/Malaysia, Sastera, Pengajian Am dan MUET. Antara cikgu perintis pertama yang mengajar adalah :

1) Cikgu Yusak Gopog - Ekonomi
2) Cikgu Badariah - Geografi
3) Cikgu Nor Sobah Tauhid Pengajian Perniagaan
4) Cikgu Noreeta Khamis Pengajian Am
5) Cikgu Noor Aini - Sejarah
6) Cikgu Ruslindah Rasul - Sastera
7) Cikgu Norita Hamdan - Bahasa Melayu
8) Cikgu Nancy Sepikit - MUET

Melalui Persatuan Tingkatan 6, kami berusaha untuk memperkenalkan pelajar-pelajar tingkatan 6 pada masa itu melalui pertandingan Forum Perdana sempena Bulan Bahasa Melayu, Sketsa pendek, mempersembahkan Koir sempena Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah serta membuat Jalur Gemilang sempena menyambut Hari Kemerdekaan.

Cabaran kami yang utama menjadi pelajar tingkatan 6 yang pertama di SMK Kundasang adalah kekurangan bahan-bahan rujukan pelajaran. Di samping itu, hampir kesemua guru tiada pengalaman mengajar tingkatan 6 kerana kebanyakannya baru keluar dari IPT. Harapan kepada kami juga amat tinggi untuk memastikan kelas tingkatan 6 di SMK Kundasang terus wujud.


# Semua maklumat diatas dipetik dari blog Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang, Ranau Sabah.
#Lencana ini merupakan sumbangan dari pihak sekolah dan diterima oleh penulis pada 4 September 2009.
# Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah diatas sumbangan lencana sekolah ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...