Keseluruhan lencana menggambarkan semangat perpaduan dan kerjasama
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Ia
juga melambangkan cita-cita warga SMKSU yang berusaha menjayakan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berpegang teguh kepada
undang-undang negara.
Warna Merah |
Melambangkan keberanian, ketabahan, ketegasan
serta semangat juang yang tinggi di hati setiap warga SMKSU dalam mencapai
sesuatu matlamat. |
Warna Biru Tua |
Melambangkan keharmonian dan ikatan perpaduan
di kalangan warga SMKSU walaupun berbilang kaum. |
Warna Kuning |
Melambangkan warga SMKSU sentiasa berpegang
teguh kepada undang-undang negara dan peraturan sekolah. |
Warna Hijau |
Melambangkan persekitaran sekolah yang masih
lagi dikelilingi oleh suasana alam semulajadi. |
Warna Putih |
Melambangkan amalan nilai-nilai murni oleh
warga SMKSU dalam setiap kegiatan. |
Bulatan Akademik |
Melambangkan kesatuan dalam mencapai
kecemerlangan akademik bagi melahirkan insan yang berdisiplin, berprestij
dan bestari demi Malaysia yang gemilang. |
Bunga Padi |
Melambangkan kemakmuran dan keharmonian dalam semua peringkat pengurusan SMKSU. |
Obor |
Api obor adalah singkatan simbolik huruf ‘S’
iaitu Saujana – melambangkan juga semangat kesukanan dan semangat memperoleh kejayaan. | | |
SMK Saujana Utama,
Persiaran Saujana 3, Saujana Utama,
47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
# Secebis Coretan :
# Lencana ini merupakan sumbangan daripada bekas rakan sekerja dimana isterinya merupakan salah seorang guru di SMK SAUJANA UTAMA.
# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH
pada 28 Julai 2012.
# Jutaan terima kasih diatas sumbangan ini.