Keseluruhan lencana menggambarkan semangat perpaduan dan kerjasama
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Ia
juga melambangkan cita-cita warga SMKSU yang berusaha menjayakan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berpegang teguh kepada
undang-undang negara.
Warna Merah | Melambangkan keberanian, ketabahan, ketegasan serta semangat juang yang tinggi di hati setiap warga SMKSU dalam mencapai sesuatu matlamat. | ||
Warna Biru Tua | Melambangkan keharmonian dan ikatan perpaduan di kalangan warga SMKSU walaupun berbilang kaum. | ||
Warna Kuning | Melambangkan warga SMKSU sentiasa berpegang teguh kepada undang-undang negara dan peraturan sekolah. | ||
Warna Hijau | Melambangkan persekitaran sekolah yang masih lagi dikelilingi oleh suasana alam semulajadi. | ||
Warna Putih | Melambangkan amalan nilai-nilai murni oleh warga SMKSU dalam setiap kegiatan. | ||
Bulatan Akademik | Melambangkan kesatuan dalam mencapai kecemerlangan akademik bagi melahirkan insan yang berdisiplin, berprestij dan bestari demi Malaysia yang gemilang. | ||
Bunga Padi | Melambangkan kemakmuran dan keharmonian dalam semua peringkat pengurusan SMKSU. | ||
Obor | Api obor adalah singkatan simbolik huruf ‘S’ iaitu Saujana – melambangkan juga semangat kesukanan dan semangat memperoleh kejayaan. |
SMK Saujana Utama,
Persiaran Saujana 3, Saujana Utama,
Persiaran Saujana 3, Saujana Utama,
47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
# Secebis Coretan :
# Lencana ini merupakan sumbangan daripada bekas rakan sekerja dimana isterinya merupakan salah seorang guru di SMK SAUJANA UTAMA.
# Maklumat diatas dipetik dari laman sesawang SMK SAUJANA UTAMA
# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH
pada 28 Julai 2012.
# Jutaan terima kasih diatas sumbangan ini.
No comments:
Post a Comment