Pages

Thursday, March 28, 2013

KAEDAH PENYIMPANAN DAN PENGASINGAN LENCANA SEKOLAH MENGIKUT NEGERI.


KAEDAH PENYIMPANAN SETIAP LENCANA SEKOLAH YANG DIMILIKI.

Untuk setiap lencana sekolah yang telah diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH,
 perkara berikut akan dilakukan:

1-  Memaklumkan kepada pihak sekolah yang telah menghantar lencana tersebut bahawa kiriman   mereka   telah selamat diterima.

2- Setiap lencana akan diambil gambar sebagai rekod penerimaan.

3- Merekodkan penerimaan lencana mengikut negeri masing-masing supaya pertindihan tidak berlaku.

4- Proses penyimpanan bagi setiap lencana dari jenis yang perlu diseterika dan jenis kain pun bermula.
Semuanya akan melalui proses laminating supaya lencana lebih tahan lama dan tidak kotor.




Elemen penting untuk setiap helaian lencana sekolah yang telah dilaminate.

                               1- Nama blog : KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH.
                               2- Lencana sekolah yang telah diterima.
                               3- Maklumat lengkap berkaitan nama dan alamat sekolah .
                               4- Nombor siri perolehan lencana sekolah mengikut negeri.














Saturday, March 16, 2013

Lencana Sekolah - SEK. KEB. PECAH ROTAN, BATU RAKIT, KUALA TERENGGANU.



# Lencana ini merupakan sumbangan dari pihak SEKOLAH KEBANGSAAN PECAH ROTAN, BATU RAKIT, KUALA TERENGGANU.

# Jutaan terima kasih diucapkan.

Lencana Sekolah - SEK. MEN. KEBANGSAAN JERAM, KUALA TERENGGANU.







# Lencana ini adalah sumbangan dari pihak sekolah SMK JERAM , KUALA TERENGGANU.
            Jutaan terima kasih diucapkan.

Friday, March 15, 2013

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI GAU, TEMERLOH, PAHANG





# Telah diterima pada 13/03/2013.
# Terima kasih kepada pihak sekolah yang telah membantu saya .

Sunday, February 24, 2013

Lencana Sekolah - SEK. MEN. KEB. BUKIT TUNGGAL, KUALA TERENGGANU.






SEJARAH SEKOLAH

Mula dibuka pada Januari 1980 (menumpang di SMK Ibrahim Fikri) dengan bilangan pelajar 544 orang dan bilangan guru seramai 31 orang . 
Pengetua pertama Encik Mohd Zahid bin Awang dan Penolong Kanan Pertama Encik Mohd Zahid bin Awang.
September 1980 , berpindah ke banggunan sendiri di SMK Bukit Tunggal dengan keluasan tanah 20.633 ekar yang terdiri dari 3 blok banggunan 2 tingkat , banggunan bengkel SPU DAN 3 makmal sains , 2 makmal SRT , 3 tandas dan satu unit rumah guru. 
Bilangan pelajar pula telah bertambah seramai 988 orang dan 43 orang guru.Tahun 1981 adalah tahun pertama calon SRP dan calon SPM mengambil peperiksaan di SMK Bukit Tunggal .
Jumlah calon SRP seramai 190 orang dengan peratus lulus 71.05% manakala calon SPM seramai 85 calon dengan peratus lulus 65.8% Pada 30 Oktober 1987 SMK Bukit Tunggal telah dirasmikan oleh YAB Dr. Mahathir bin Mohammad yang ketika itu Menteri Pelajaran Malaysia .

# Semua maklumat diatas dipetik dari laman sesawang SMK BUKIT TUNGGAL, KUALA TERENGGANU.

MA010_lencana

Lencana Sekolah - SEK. MEN. KEB. SULTAN OMAR, DUNGUN

Lambang Sekolah


 


SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU.

SEKOLAH Menengah Kebangsaan Sultan Omar (SMKSO) asalnya sekolah peringkat menengah bagi Dungun English School (DES). DES rendah ditubuhkan pada tahun 1955. Peringkat menengah ini bermula dengan tingkatan satu pada tahun 1959 apabila menerima 35 orang daripada 38 orang calon DES yang lulus dalam Malayan Secondary School Entrance Examination (1958). Pada waktu itu peringkat rendah dan menengah terletak di bawah satu pentadbiran.


Kumpulan pelajar perintis peringkat menengah ini mengambil peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1961. Daripada 35 calon yang menduduki peperiksaan itu, sejumlah 19 orang sahaja yang layak melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat pada tahun 1962. Pelajar yang berjaya ini kemudiannya menduduki peperiksaan Over Seas Certificate (OSC) dan Federal Malayan Certificate (FMC) pada tahun 1963.

Pada bulan Januari 1963 itu, DES menengah memperoleh pentadbiran sendiri. Hal ini terjadi apabila DES menengah dipecahkan daripada DES rendah. DES menengah dinamai Dungun English Secondary School (DESS). Guru Besar pertama yang mentadbir DESS ialah Encik Lim Teh Eng.
Pembukaan rasmi sekolah ini disempurnakan oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir bin Johari pada 25 Jun 1968.

DESS ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Sultan Omar pada tahun 1975. Pemilihan nama baharu ini dibuat sempena nama Sultan Terengganu yang kesembilan. Pada ketika itu juga pertukaran aliran daripada aliran Inggeris kepada aliran Melayu telah berlaku sepenuhnya. Pada tahun 1989, pengajian tingkatan enam bermula apabila 31 orang pelajar ditempatkan di sebuah kelas Tingkatan 6 Rendah Aliran Sastera.

Berdasarkan perjalanan sejarah tersebut, SMK Sultan Omar telah mengalami tiga peringkat yang berlainan. Pertama, peringkat menengah di DES yang berlangsung dalam tempoh 1959 hingga 1962. Ketika itu pentadbiran dijalankan bersama-sama dengan peringkat rendah. Kedua, peringkat DESS yang bermula tahun 1963 hingga 1974. Ketika ini pentadbiran dipisahkan daripada peringkat DES rendah. Peringkat ketiga ialah tahap Sekolah Menengah Sultan Omar, dalam tempoh 1975 hingga sekarang.

Monday, January 7, 2013

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BUDIMAN, KUALA TERENGGANU.


Sejarah Sekolah Seri Budiman, Kuala Terengganu.

Tersergam indah Sekolah Kebangsaan Seri Budiman yang berlokasi di atas kawasan seluas 10 ekar, iaitu di kawasan pinggir pantai Kuala Terengganu. Letaknya kira-kira 4 km dari Pusat Bandar Kuala Terengganu berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Tanggal 30 Julai, 1986 bersamaan 23 Zulkaedah 1406 Hijrah Sekolah Kebangsaan Seri Budiman telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Amar Diraja Haji Wan Mokhtar bin Wan Ahmad, Menteri Besar Terengganu.
Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, dibina bersebelahan Jalan Budiman, di kawasan perkampungan yang sebahagian besar ibu bapa pelajar terdiri daripada nelayan, petani, buruh, penjaja, bekerja sendiri dan segelintir sahaja kakitangan kerajaan.
Sekolah ini memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pada 1 Februari 1986 dengan 28 orang tenaga pengajar dan keramaian 713 pelajar. Pertambahan keramaian murid begitu mendadak sekali. Menjelang sesi 1994/95, mempunyai sejumlah 1670 pelajar dengan 43 aliran serta 67 orang guru. Sehinggalah 16 Mac, 1995 ianya menjadi 1350 pelajar dengan 36 aliran dan 58 orang guru, selepas perpindahan murid ke Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II yang memulakan sesi pengajaran dan pembelajarannya pada tarikh tersebut. Sesi 1995/96 yang baru bermula mempunyai keramaian pelajar seramai 1332 orang, 58 guru dengan 35 aliran bersama 6 orang kakitangan sokongan. Pada masa itu, sekolah ini masih lagi mempunyai dua sidang, iaitu pagi dan petang.
Pada asasnya, sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan yang terdiri daripada 24 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah bilik Kemahiran Hidup, sebuah Bilik Sumber, sebuah bilik Pemulihan Khas, sebuah bilik Bank Soalan, sebuah bilik SPBT, sebuah bilik Tayangan dan alat pandang dengar, sebuah bilik guru, sebuah perpustakaan, sebuah pejabat, dua buah tandas guru lelaki, dua buah tandas guru perempuan, tiga buah tandas pelajar lelaki, tiga buah tandas pelajar perempuan, dua belas buah setor, sebuah bilik komputer, sebuah studio dan yang terbaru sekali sebuah Bilik Gerakan. Disamping 4 blok bangunan itu terdapat juga sebuah kantin, sebuah dewan terbuka, surau, Balai Bacaan dan sebuah pondok menunggu. Sekolah ini juga telah dilengkapi dengan sebuah padang yang luas yang sekaligus dapat digunakan untuk permainan bola sepak dan hoki.
Pada Januari 2002 sebuah bangunan tambahan setinggi empat tingkat telah siap dibina di bahagian belakang dan di tepi pagar sekolah bersebelahan surau sekolah. Bangunan setinggi empat tingkat tersebut mempunyai 12 bilik darjah, sebuah makmal komputer, sebuah bilik muzik, dua buah bilik Kemahiran Hidup dan sebuah makmal komputer. Dengan terbina bangunan tambahan tersebut, mulai awal tahun 2002 sekolah mampu mengadakan satu sesi sahaja bagi menampung murid seramai 1234 orang dengan guru seramai 64 orang.

Sekolah Kebangsaan Seri Budiman
20400 Kuala Terengganu
Tel: 09-6235477 Fax: 09-6245488
Email : tba3086@yahoo.com

Sunday, January 6, 2013

Sunday, October 14, 2012

METRO AHAD 7-10-2012 : PAPARAN KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH

 Dengan penuh rasa syukur, selepas 3 minggu ditemubual oleh wartawan Metro Ahad pada 16-09-2012, paparan mengenai KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH telah disiarkan di Metro Ahad pada 7-10-2012.

 Dengan paparan tentang hobi saya ini diharap dapat menghilangkan kegusaran dan syak wasangka mengenai niat saya untuk membeli dan mengumpul lencana sekolah .Tiada niat lain hanyalah sekadar untuk dijadikan koleksi peribadi semata-mata.



 LENCANA SEKOLAH YANG TELAH DILAMINATE.

 HIMPUNAN LENCANA YANG MEMPUNYAI PIN.

LENCANA SEKOLAH YANG PERLU DI JAHIT DAN DISETERIKA DI BAJU.

Dengan penuh rasa syukur, saya ingin menyucapkan jutaan terima kasih kepada semua para penyumbang lencana sekolah diatas segala usaha mereka mengirimkan lencana sekolah mereka kepada pihak KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH untuk dijadikan koleksi. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala jasa dan budi baik kalian semua. Tanpa anda semua, siapalah saya.

Friday, August 3, 2012

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SAKA, BETONG, SARAWAK




# Lencana ini merupakan sumbangan dari CIKGU NOORASHIKIN dari Sekolah Kebangsaan Saka,   Betong , Sarawak.

# Terima kasih cikgu diatas sumbangan yang amat bernilai bagi saya ini.

Saturday, July 28, 2012

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN MELATI, TAWAU, SABAH



SK MELATI TAWAU 



# Secebis Coretan :  
 
# Lencana ini merupakan sumbangan daripada
         CIKGU JAWAHIR BT MOHD NAZAR.
         SEKOLAH KEBANGSAAN MELATI,
         PETI SURAT 61542,
         91025 TAWAU, SABAH

# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH pada 28 Julai 2012.

# Jutaan terima kasih  diatas sumbangan ini. 
 

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAUJANA UTAMA, SUNGAI BULOH, SELANGOR.




 

Keseluruhan lencana menggambarkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Ia juga melambangkan cita-cita warga SMKSU yang berusaha menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berpegang teguh kepada undang-undang negara.


Warna Merah Melambangkan keberanian, ketabahan, ketegasan serta semangat juang yang tinggi di hati setiap warga SMKSU dalam mencapai sesuatu matlamat.
Warna Biru Tua Melambangkan keharmonian dan ikatan perpaduan di kalangan warga SMKSU walaupun berbilang kaum.
Warna Kuning Melambangkan warga SMKSU sentiasa berpegang teguh kepada undang-undang negara dan peraturan sekolah.
Warna Hijau Melambangkan persekitaran sekolah yang masih lagi dikelilingi oleh suasana alam semulajadi.
Warna Putih Melambangkan amalan nilai-nilai murni oleh warga SMKSU dalam setiap kegiatan.
Bulatan Akademik Melambangkan kesatuan dalam mencapai kecemerlangan akademik bagi melahirkan insan yang berdisiplin, berprestij dan bestari demi Malaysia yang gemilang.
Bunga Padi Melambangkan kemakmuran dan keharmonian dalam semua peringkat pengurusan SMKSU.
Obor Api obor adalah singkatan simbolik huruf ‘S’ iaitu Saujana – melambangkan juga semangat kesukanan dan semangat memperoleh kejayaan. 



 SMK Saujana Utama,
Persiaran Saujana 3, Saujana Utama, 
47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan 




# Secebis Coretan :  
 
# Lencana ini merupakan sumbangan daripada bekas rakan sekerja dimana isterinya   merupakan salah seorang guru di  SMK SAUJANA UTAMA.

# Maklumat diatas dipetik dari laman sesawang SMK SAUJANA UTAMA
 
# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH pada 28 Julai 2012.

# Jutaan terima kasih  diatas sumbangan ini. 
 

Sunday, March 18, 2012

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN MASAUM, TELUPID, SABAH.






SK MASAUM TONGOD, TELUPID
W.D.T 08,
89300 TELUPID

Terletak lebih kurang 90Km dari pekan Telupid sabah. inda juga jauh tu ..dalam 2-3++ jam sampai sd itu.
Jalan perhubungan asphalt+ jalan gravel+tanah merah.
Melintasi sungai Lulumiab tanpa jambatan.( kalo banjir tunggu la smpi surut).
Kenderaan 4WD, Motorsikal.Naik perahu pun boleh dari penangah.



# Secebis Coretan :  
 
# Lencana ini merupakan sumbangan daripada pihak admin fb dari Sekolah Kebangsaan Masaum, Telupid, Sabah

# Maklumat diatas dipetik dari laman sesawang  http://skmasaum.blogspot.com/
 
# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH pada 16 Mac 2012.
 
# Jutaan terima kasih  diatas sumbangan ini. 
 
# Sumbangan lencana ini juga adalah hasil daripada maklumbalas pihak sekolah di Facebook Koleksi Lencana Sekolah..

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM , MELAKA.




SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM

Sekolah Kebangsaan Serkam diasaskan daripada kesedaran cerdik pandai agama. Sekolah Pertama dibina di Serkam Darat pada tahun 1888 iaitu selepas Perang Rokam meletus di Serkam.

Pengasas sekolah ini ialah Dato' Demang Baba bin Dato' Sidang Saad. Beliau adalah pemimpin masyarakat jajahan ketika itu. Beliau merupakan anak watan yang begitu mementingkan pembelajaran anak-anak. Atas kesedaran dan rasa tanggungjawab yang begitu kuat serta kuasa yang ada padanya, akhirnya dengan bantuan dan kerjasama penduduk kampung maka terlaksanalah cita-citanya untuk membantu anak-anak buahnya mendapatkan pelajaran yang sewajarnya pada waktu itu. Ketika ditubuhkan murid di sekolah ini berjumlah 16 orang dengan tenaga pengajarnya seramai dua orang guru.

Pada tahun 1900, sebuah sekolah baru telah dibina di atas lokasi sekolah sekarang dengan nama Sekolah Melayu Serkam.

Pada tahun 1956 Sekolah Melayu Serkam bertukar nama iaitu Sekolah Umum Serkam.

Selepas merdeka sekali lagi sekolah ini bertukar nama iaitu Sekolah Kebangsaan Serkam hinggalah ke hari ini.

Bangunan tambahan pertama yang dibina iaitu sebuah bangunan kayu pada tahun 1924.

Diikuti bangunan tambahan kedua juga bangunan kayu iaitu pada tahun 1965.

Seterusnya bangunan tambahan ketiga sebuah bangunan batu pada tahun 1977.

Pada tahun 1990 Sekolah Kebangsaan Serkam mendapat sebuah lagi bangunan tambahan iaitu sebuah bangunan batu.

Dan pada tahun 1999 ini, Sekolah Kebangsaan Serkam mendapat sebuah lagi bangunan tambahan iaitu bangunan batu.


LENCANA DAN LOGO SEKOLAH


 1. UKURAN LENCANA

1.1) Tinggi – 3.0 cm
1.2) Lebar – 2.5 cm.

2. PENJELASAN LAMBANG
2.1) Buku – Ketinggian Ilmu (Pendidikan)
2.2) SKS – Sekolah Kebangsaan Serkam.
2.3) Padi – Sempena nama Kampung iaitu daripada perkataan “ SEKAM”.
2.4) Warna-warna :

2.4.1) Biru – Membawa maksud “MALAM”.

2.4.2) Kuning – Bermaksud “SIANG”.

* Gabungan kedua-dua warna tersebut membawa maksud “MASA UNTUK BELAJAR IALAH SIANG DAN MALAM”.

2.5) Lencana ini mula diguna pakai oleh sekolah bermula pada tahun 1963 dan ianya telah dibentuk oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan Serkam yang
pada ketika itu diketuai oleh Allahyarham Tuan Haji Talib Bin Sudi.

2.6) Sehingga sekarang lencana ini masih lagi diguna pakai oleh pihak sekolah sebagai lambang kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Serkam.



 SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com


# Secebis Coretan :  
 
# Lencana ini merupakan sumbangan daripada pihak admin fb dari Sekolah Kebangsaan Serkam, Melaka.
# Maklumat diatas dipetik dari laman sesawang SK SERKAM , MELAKA.
 
# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH pada 5 Mac 2012.
 
# Jutaan terima kasih  diatas sumbangan ini. 
 
# Sumbangan lencana ini juga adalah hasil daripada maklumbalas pihak sekolah di Facebook Koleksi Lencana Sekolah..

Lain-Lain Jenis Lencana - LENCANA SUKMA MELAKA 2010

BAHAGIAN HADAPAN


BAHAGIAN BELAKANG


Logo Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010


DiskripsiKancil adalah antara identiti utama Negeri Melaka kerana ia merupakan haiwan yang begitu sinonim dengan sejarah Negeri Melaka. Dalam logo ini, Kancil direka dalam aksi melompat untuk mencerminkan nilai kecergasan dan kecerdasan atlit. Elemen garisan merah dan biru yang membentuk Kancil pula menggambarkan keyakinan penganjur dan kemeriahan SUKMA XIII. Tompokan warna merah dan biru pada badan Kancil menunjukkan keharmonian dan semangat kesukanan. Warna biru, merah dan kuning merupakan warna yang terdapat pada bendera Negeri Melaka. Secara keseluruhannya, logo ini membentuk segi tiga yang melambangkan dinamik dan menuju puncak kecemerlangan.

Maskot Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010



Diskripsi
Sang Kancil, haiwan lagenda merupakan maskot yang dipilih bagi SUKMA XIII, Melaka 2010.

Konsep
Rekabentuk maskot SUKMA XIII ini berimejkan pahlawan Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah. Ia bertujuan menggambarkan imej negeri Melaka sebagai sebuah negeri bersejarah. Aksi maskot mencerminkan ketangkasan, keberanian dan kebijaksanaan.

Nama
Nama maskot SUKMA XIII, Melaka 2010 dipilih sebagai ”tuah” sempena nama pahlawan tersebut. Pemilihan nama ini juga memberi maksud negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah SUKMA XIII pada 2010.

# SEDIKIT MAKLUMAN
Maklumat diatas dipetik dari  BLOG  http://krttdaa.blogspot.com/2010/03/logo-maskot-sukan-malaysia-xiii-melaka.html

Lain-Lain Jenis Lencana - LENCANA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA.

 MUKA HADAPAN LENCANA JPN


BAHAGIAN BELAKANG LENCANA JPN.

Lain-Lain Jenis Lencana -


Sunday, February 26, 2012

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SRI CHIKU 2, KELANTAN




Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) atau nama ringkasnya SK Sri Chiku (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Chiku 2.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) memiliki 108 pelajar lelaki dan 131 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 239 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2)
Felda Chiku 2
18300, Gua Musang
Kelantan, Malaysia


Telefon = 6099284230
Fax = 6099284231


# Sedikit Coretan :  
 
# Lencana ini merupakan sumbangan daripada pihak admin fb dari Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 2, Gua Musang , Kelantan.
 
# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH pada 20 Feb 2012.
 
# Jutaan terima kasih  diatas sumbangan ini. 
 
# Sumbangan lencana ini adalah hasil daripada maklumbalas pihak sekolah di Facebook Koleksi Lencana Sekolah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...