Showing posts with label Lencana Sekolah Tampal. Show all posts
Showing posts with label Lencana Sekolah Tampal. Show all posts
Sunday, July 21, 2013
Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU TIMBANG, SANDAKAN, SABAH.
Lencana ini diperolehi dengan cara pembelian melalui CIKGU Ziela Omar di Sandakan, SABAH.
Jutaan terima kasih diucapkan.
Jutaan terima kasih diucapkan.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini terletak di Kampung Tronglit Pulau Timbang, tidak jauh
dari pantai. Dalam peta Sabah sememangnya tidak terdapat nama Pulau
Timbang kerana ia lebih dikenali sebagai Tronglit. Tronglit merupakan nama
lain bagi Pulau Timbang. Jarak sekolah ini ke bandar Sandakan lebih kurang
85 km dan perjalanan utama adalah melalui laut.
Pembinaan bangunan SK Pulau Timbang sehingga kini mempunyai
5 fasa pembinaan. Fasa pertama dibina pada 1966 dan merupakan kali pertama
Sekolah ini dibina dan wujud di kampung ini.
LOGO SEKOLAH
BUKU
Kepentingan ilmu pengetahuan dalam segala bidang
OBOR
Semangat yang kuat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan demi kejayaan
yang cemerlang
GUNUNG
Harapan/cita-cita yang tidak terhingga untuk mengecapi sesuatu kejayaan dari
proses menuntut ilmu demi kepentingan masyarakat dan negara
OMBAK LAUT
Tabah, dedikasi dan tidak mengira sebarang cabaran mendatang sebagai pemangkin
untuk sesuatu matlamat, kejayaan, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup
MOTTO SEKOLAH “TEKUN USAHA JAYA”
Berkehendakkan ketekunan disertai dengan usaha gigih/kental di dalam menjurus
tercapainya sesuatu matlamat kecemerlangan diri dalam apa jua bidang kehidupan di dunia dan di akhirat
1966
Semangat kebudayaan ilmu di sekolah ini tersemai dan menabur ilmu kepada anak
didik bangsa negara Malaysia
Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SANGHAI, SANDAKAN ,SABAH.
Lencana ini diperolehi dengan cara pembelian melalui CIKGU Ziela Omar di Sandakan, SABAH.
Jutaan terima kasih diucapkan.
Jutaan terima kasih diucapkan.
Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN BINTANG MAS, TELUPID SABAH.
SEKOLAH KEBANGSAAN BINTANG MAS, SANDAKAN SABAH.
Lencana ini diperolehi dengan cara pembelian melalui CIKGU Ziela Omar di Sandakan, SABAH.
Jutaan terima kasih diucapkan.
Lencana ini diperolehi dengan cara pembelian melalui CIKGU Ziela Omar di Sandakan, SABAH.
Jutaan terima kasih diucapkan.
Merah : Berani Dan Bersemangat.
Kuning : Islam Sebagai Agama Rasmi Negara.
Biru : Integrasi Dan Perpaduan.
Putih : Suci Dan Ikhlas.
Hitam : Tegas Dan Pantas.
Obor : Ilmu Penyuluh Kehidupan.
Skrol : Lambang Kejayaan.
Bintang : Misi Sekolah Untuk Melahirkan Murid Yang Cemerlang Dalam Pelbagai Aspek Kehidupan.
Tanduk Sapi : Lambang Sejarah Asal Tempat / Kampung.
Buku : Sumber Ilmu Pengetahuan
Sejarah Penubuhan
Sebelum sekolah ini ditubuhkan, kanak-kanak dari Kampung Bintang Mas dan sekitarnya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi. Mereka berulang-alik ke sekolah menaiki bot dengan bayaran sewa sebanyak RM0.50 seorang.
Pada hari kejadian tersebut, lebih kurang pada pukul 7.30 pagi, bot yang membawa murid-murid ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi telah berlanggar dengan sebuah skau besar (bot pengangkut kayu balak) kepunyaan syarikat Berhill. Akibat perlanggaran itu, bot tersebut karam dan sepuluh orang murid sekolah maut. Mayat sembilan orang daripada mereka dijumpai pada hari yang sama manakala seorang lagi ditemui terapung di permukaan air pada tiga hari selepas tragedi itu.
Berikutan kejadian tersebut, murid-murid yang terselamat berasa takut dan trauma untuk berulang-alik ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi dengan menaiki bot lagi. Lalu, masyarakat kampung melantik Encik Munir Haji Mohd badar sebagai Pengerusi dan beberapa orang ahli jawatankuasa seperti tuan Haji Moktar Ambit, Encik Laksamana Semarang dan Encik Napsan Taran bagi mewakili mereka untuk mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah supaya mewujudkan sebuah sekolah di kampung ini.
Pada 25 Jun tahun yang sama, permohonan mereka mendapat kelulusan daripada Pengarah Pendidikan Sabah dengan menjadikan bangunan balai raya Kampung Bintang Mas sebagai bangunan sekolah buat sementara waktu. Jumlah keseluruhan murid pada masa itu adalah 59 orang untuk 6 buah kelas, iaitu Tahun 1 (12 orang), Tahun 2 (14 orang), Tahun 3 (6 orang), Tahun 4 (11 orang), Tahun 5 (10 orang) dan Tahun 6 (6 orang).
Pada waktu itu, pentadbiran sekolah ini berpusat di Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi sehinggalah kedatangan Encik Tajuddin Ahamat dari Sekolah kebangsaan Batu 4, Telupid yang ditugaskan sebagai Guru Besar.
Masyarakat kampung kemudiannya menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Kebangsaan Bintang Mas bersempena dengan nama kampung mereka. Mereka juga bersetuju memberikan tanah seluas lima ekar untuk tapak pembinaan sekolah baru. Akhirnya, bangunan baru sekolah ini yang hanya mempunyai tiga buah bilik darjah, sebuah stor kecil, bilik Guru Besar dan sebuah pejabat am siap dibina dengan menggunakan peruntukan kerajaan dan diguna secara rasminya pada 18 Disember 1991.
Sehingga kini, sekolah ini telah mengalami beberapa peningkatan dan pembangunan yang pesat dari segi fizikal dan infrastrukturnya serta kemajuan dan prestasi kurikulum dan kokurikulum yang membanggakan pada setiap tahun.
Saturday, June 22, 2013
Thursday, June 20, 2013
Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN PASUKAN POLIS HUTAN, ULU KINTA
SEJARAH SEKOLAH SKPPH, ULU KINTA PERAK.
Sekolah
Kebangsaan Pasukan Polis Hutan
Sekolah
Kebangsaan Pasukan Polis Hutan (SKPPH) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak
1.5 kilometer dari Kem Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Ulu Kinta di negeri
Perak, Malaysia. Pembinaan SKPPH bermula
pada tahun 1967 dan siap untuk digunakan pada 6 Mei 1968. Ia dibina di atas
tapak seluas lebih kurang 3 ekar yang diberi secara percuma oleh pihak Briged
Utara, Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta bagi menyediakan lokasi sekolah yang
hampir dengan kem tersebut. Sekolah ini dibina bersebelahan dengan Sekolah
Menengah Kebangsaan Ulu Kinta. Pada
mulanya sekolah ini hanya mempunyai sebuah blok bangunan dua tingkat dan sebuah
kantin. Tanggal 9 Mac 1969 merupakan hari bersejarah kerana sekolah ini telah
dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Mohamed Khir Johari. Pada 10 Jun
1969 tempat pancutan air telah dibina di tepi bangunan sekolah bagi
mengindahkan kawasan sekolah. Perpustakaan pula beroperasi dengan sepenuhnya
pada 4 Julai 1969.Kini SKPPH
telah berkembang sebagai sebuah institusi pendidikan yang dikenali ramai.
Bangunan sekolah juga turut bertambah kepada 5 blok bagi menampung pertambahan
murid. Murid-murid
di sekolah ini sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak anggota Pasukan
Polis Hutan yang sekarang ini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am Briged Utara
selepas tahun 1990. Kebanyakan murid-murid lepasan SKPPH menyambung pelajaran
mereka ke sekolah berasrama penuh, sekolah teknik, sekolah agama atau Sekolah
Menengah Kebangsaan Ulu Kinta. Walaupun Kem Pasukan Polis Hutan telah ditukar
namanya ke Kem Pasukan Gerakan Am, sekolah ini tetap mengekalkan nama lamanya,
Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan kerana sejarah awalnya.
Pembinaan
Sekolah kebangsaan pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta bermula pada tahun
1967 dan siap untuk diguna pada 6 Mei, 1968. Ianya dibina diatas tapak
seluas lebih kurang 3 ekar yang diberi percuma oleh pihak Briged Utara
Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta. Pada permulaannya sekolah ini hanya mepunyai sebuah blok banggunan dua tingkat dan sebuah kantin.
Tenaga
guru dan kakitangan bukan guru berjumlah seramai 17 orang. Jumlah murid
seramai 465 orang yang dibahagikan kepada 11 kelas. 7 kelas disisi pagi
dan 4 kelas di sisi petang. Tanggal 9 Mac ,1969 merupakan hari
bersejarah kerana sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat
Menteri Pendidikan Malaysia, Encik mohamad Khir Johari. Pada 10 Jun 1969
tempat pancutan air telah dibina di tepi bangunan sekolah untuk
mencantikkan kawasan sekolah. Perpustakaan pula dapat dijalankan dengan
sepenuhnya pada 4 Julai 1969. Hasil
daripada pertambahan murid, bangunan sekolah ini turut bertambah
menjadi 3 blok bangunan bilik darjah. Sehingga kini jumlah murid adalah
1044 iaitu 533 di sesi pagi dan 511 di sesi petang.
Untuk
menampung jumlah murid seramai ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri
meluluskan pembukaan 26 kelas. Murid-murid di sekolah ini terdiri
daripda sebahagian besarnya adalah anak-anak anggota Pasukan Polis Hutan
yang sekarang ini dikenali Pasukan Gerakan am. (PGA) Briged Utara.
Seperti
sekolah-sekolah lain, Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan mempunyai
seorang Guru Besar, Penolong Kanan1, Penolong Kanan II, Penolong Kanan
Kokurikulum dan Penyelia petang. Sekolah juga dibekalkan
dengan seorang Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir Rendah, Pembantu am
Rendah dan 2 orang pekerja Rendah Am. Jawatan jaga sekolah ini masih
kosong. Di pihak guru pula, sekolah ini ada tenaga pengajar seramai 46
orang iaitu berlebihan 3 orang berdasarkan perjawatan yang diluluskan. Guru Besar sekarang ialah Pn. Paizah bte Alias
- Segala maklumat diatas telah dipetik dari laman web TEACHER JENNY WILLIAM
- Segala maklumat diatas telah dipetik dari laman web TEACHER JENNY WILLIAM
Monday, June 10, 2013
Sunday, June 9, 2013
Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA TEMENTI, TRIANG, PAHANG.
Telah selamat diterima pada 6 Jun 2013.
Jutaan terima kasih kepada SK Felda Tementi diatas kerjasama yang telah diberikan.
Thursday, April 11, 2013
Tuesday, April 2, 2013
Friday, August 3, 2012
Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SAKA, BETONG, SARAWAK
# Lencana ini merupakan sumbangan dari CIKGU NOORASHIKIN dari Sekolah Kebangsaan Saka, Betong , Sarawak.
# Terima kasih cikgu diatas sumbangan yang amat bernilai bagi saya ini.
Sunday, March 18, 2012
Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN MASAUM, TELUPID, SABAH.
SK MASAUM TONGOD, TELUPID
W.D.T 08,
89300 TELUPID
Terletak lebih kurang 90Km dari pekan Telupid sabah. inda juga jauh tu ..dalam 2-3++ jam sampai sd itu.
Jalan perhubungan asphalt+ jalan gravel+tanah merah.
Melintasi sungai Lulumiab tanpa jambatan.( kalo banjir tunggu la smpi surut).
Kenderaan 4WD, Motorsikal.Naik perahu pun boleh dari penangah.
# Secebis Coretan :
# Lencana ini merupakan sumbangan daripada pihak admin fb dari Sekolah Kebangsaan Masaum, Telupid, Sabah
# Maklumat diatas dipetik dari laman sesawang http://skmasaum.blogspot.com/
# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH
pada 16 Mac 2012.
# Jutaan terima kasih diatas sumbangan ini.
# Sumbangan lencana ini juga adalah hasil daripada maklumbalas pihak sekolah di Facebook Koleksi Lencana Sekolah..
Sunday, December 18, 2011
Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 1, BANDAR KINRARA, PUCHONG SELANGOR.
Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara
Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara atau nama ringkasnya SK Seksyen 1 Bandar Kinrara, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di 2/10, Bandar Kinrara.Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara memiliki 834 pelajar lelaki dan 838 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1672 orang. Ia mempunyai seramai 88 orang guru.2009
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara
- Jalan BK 2/10, Bandar Kinrara
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 380768176
- Fax = 380768176
Subscribe to:
Posts (Atom)



















+LADANG+HARCROFT+PUCHONG.jpg)
