Pages

Tuesday, April 12, 2011

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.


Sejarah SK Seksyen 7



Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi telah dibuka pada 1 Januari 2002. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan iaitu Blok A - Blok Pentadbiran Blok B - Makmal Sains dan Makmal Komputer Blok C - Kelas, kantin dan padang permainan. Sekolah ini menerima seramai 530 orang murid semasa ia mula - mula dibuka dimana ia merangkumi murid - murid dari tahun 1 hingga tahun 4. pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai satu sesi sahaja. Terdapat pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain - lain belajar di sini. Sehingga kini, murid di sekolah adalah seramai 1476 orang merangkumi tahun 1 hingga tahun 6. 
Sekolah ini pada awal penubuhannya ditadbir oleh seorang guru besar yang bernama En. Sabarudin bin Abu Bakar dan dibantu oleh 38 orang guru. Sekolah ini mempunyai seramai 2 orang kakitangan bukan guru. Sekolah ini menjalankan persekolahan sesi pagi sahaja. Kini, sekolah ini mempunyai seramai 76 orang guru yang mengajar di 45 buah kelas dan dibantu oleh 4 orang kakitangan bukan guru. Sekolah ini terletak di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi dengan keluasan 4.6 ekar dan merupakan sekolah model baru. Walaupun dikategorikan sebagai sebuah sekolah gred B, ianya dilengkapi dengan berbagai kemudahan dan peralatan termasuklah 2 buah makmal komputer, 2 buah makmal sains, sebuah pusat sumber, kantin, tandas, kedai buku, bilik gerakan guru, pejabat dan banyak lagi. 
Semua ini menjadikan Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 menjadi pilihan ibu bapa dan penjaga untuk menghantar anak - anak mereka menuntut ilmu di sini. Sekolah ini mula beroperasi pada 7 Januari 2002 dengan menerima murid yang tinggal di sekitar Sungai Chua, Sungai Ramal, Seksyen 5, Seksyen 7 dan Sungai Tangkas dengan latar belakang murid dari pelbagai golongan masyarakat. Kini, pertumbuhan pesat kawasan perumahan persekitaran khasnya, perumahan Seksyen 7 telah menjadikan sekolah ini tumpuan utama penduduk dan murid- murid meningkat seramai 2012 orang. 
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7

ALAMAT PENUH : JALAN 7/3 SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.

KOD SEKOLAH : BBA4047

NO. TELEFON : 03-89222707

NO. FAX : 03-89222717

EMAIL : sks7bangi@yahoo.com

LAMAN WEB RASMI : http://sks7bangi.blogspot.com

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN COCHRANE PERKASA, KUALA LUMPUR.


* Lencana sekolah ini adalah sumbangan dari rakan sekerja dimana isterinya merupakan salah seorang tenaga pengajar di sekolah tersebut.

* Kepada sesiapa yang tahu alamat blog sekolah ini , diharap agar dapat beritahu saya.

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN GONDANG, KUALA TERENGGANU

Sejarah Sekolah Kebangsaan Gondang.

Mula ditubuhkan dan dibuka pada 6 Januari 1974. Jumlah murid hanya 111orang
iaitu 64 orang murid lelaki dan 47 orang murid perempuan. Antara guru yang mengajar pada tahun itu ialah :

1. Abdul Rahman bin Ali
2. Shafiai bin Taib
3. Ngah bin Taib
4. Md. Salleh bin Hassan
5. Ust. Wan Taib bin Mahmud

Pengajaran dan pembelajaran pada masa itu dijalankan dengan serba sederhana.


Setelah zaman berubah, banyak pembangunan telah dijalankan, Sekolah Kebangsaan Gondang juga tidak terlepas dari mafaat pembangunan yang alami, sekolah ini telah mendapat bangunan baharu sepenuhnya.



Sekolah ini mula beropersi pada tahun 2004. Sekolah ini mempunyai 3 blok bersambung, 2 blok berasingan. 3 blok yang bercantum itu menempatkan blok pentdbiran, blok kelas dan blok bilik-bilik khas seperti perpustakaan, bilik sains dan sebagainya. 2 blok berasingan pula ialah makmal komputer dan kantin. Terdapat 14 bilik darjah yang mampu menampung sekurang-kurangnya 400 orang murid.







* Lencana ini diperolehi dari seorang rakan yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di SK Gondang.

* Terima kasih kepada CIKGU MOHD ROHEMI BIN MUDA diatas sumbangan lencana sekolah ini.

                       Alamat Blog Sekolah : http://www.skgondang.net78.net/

Sunday, February 13, 2011

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TAMAN KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR



LENCANA SEKOLAH


APIMelambangkan semangat yang tinggi terhadap pelajaran, agama, bangsa, dan negara.

TOPI
Melambangkan pelajar-pelajar adalah bakal siswazah yang cendiakawan, kreatif dan berakhlak dalam mendokong aspirasi negara.

BULAN SABIT
Melambangkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara Malaysia.

PERISAI
Sebagai penghalang diri pelajar daripada dinodai sifat dan sikap mazmumah seperti malas, tidak jujur, tidak berdisplin dan sebagainya.

RIBEN
Melambangkan semangat jati diri, tabah, yakin, berusaha bersungguh-sungguh dan kejayaan yang berpanjangan serta tidak putus-putus.

BUKU
Melambangkan kepentingan ilmu pengetahuan, SKSTKB sayang sekolah sebagai tempat menimba ilmu.

SKROL
Melambangkan tahap pencapaian ilmu yang tinggi di mana generasi kini bakal mengisi nama di persada seni ilmu dan seterusnya menjadi insan yang berjiwa tinggi ilmu.

GARIS HITAM
Melambangkan semangat positif yang menangkis anasir negatif dengan fikiran yang positif, kuat iman, cekap dan relevan.

WARNA
Berkonsepkan warna jalur gemilang.

MERAH
Semangat waja.

PUTIH
Bersih, berbudi pekerti

KUNING
Negara berdaulat dengan mempunyai raja yang berperlembagaan.

BIRU
Perpaduan bangsa.

SEJARAH SEKOLAH

LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Seri Taman Kluang Barat ini dibina di atas sebuah tapak yang dahulunya adalah kawasan bukit yang ditanam dengan pokok getah. Pembinaan bangunan sekolah ini untuk menampung kepadatan murid-murid yang bersekolah di SK Sri Intan, Kluang. Setelah bangunan ini siap murid-murid yang bersekolah di sekolah SK Sri Intan telah dipindahkan ke sekolah ini. Murid-murid yang bersekolah di sini terdiri daripada penduduk Taman Kluang Barat, Taman Desa, Taman Saujana, Taman Nilam, Taman Permata, Taman Berlian Biru dan ladang Coronation. Sekolah ini berhampiran dengan jalan utama. Pada sebelah petang, murid-murid bersekolah agama di sekolah ini.

Sekolah Menengah Taman Kluang Barat berdekatan dengan sekolah ini. Luar kawasan sekolah sesuai untuk beriadah seperti memancing, main golf, berenang, dan berjogging. Sekolah ini berhampiran dengan Stadium Kluang.

Terdapat beberapa buah kilang perindustrian berhampiran kawasan sekolah. Setiap taman perumahan terdapat kawasan perniagaan untuk memudahkan penduduk taman membeli barang keperluan. Murid-murid yang bersekolah di sekolah ini terdiri daripada anak-anak askar, pekerja kilang, sebilangan kecil anak-anak kakitangan kerajaan serta bekerja sendiri.

BUTIR – BUTIR PENYERAHAN

Majlis penyerahan bangunan Sekolah Seri Taman Kluang Barat telah diadakan pada 23 September 2002. Majlis tersebut dilakukan di antara pihak kontraktor dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Majlis serba ringkas ini telah dihadiri oleh wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor, wakil dari Pejabat Daerah Kluang, pihak kontraktor, arkitek, pengurus projek dan penyelaras yang dilantik iaitu Pn Siti Zaliha bt Hj Mujeri.

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Seri Taman Kluang Barat ditubuhkan mengambil sempena nama taman perumahan di kawasan ini iaitu Taman Kluang Barat.

Ia dibina di atas tapak seluas 6.9 ekar di Lot PTD 53655 (PLO 82), kawasan Perindustrian Mengkibol, Mukim Kluang, Kluang, Johor Darul Takzim.

Syarikat yang terlibat dalam pembinaan bangunan ini ialah Syarikat Teraju Hikmat Sendirian Berhad.

Kerja-kerja asas pembinaan telah dimulakan pada Januari 2001 dan siap pada 20 Julai 2002. Sekolah ini mempunyai 7 blok bangunan, sebuah surau dan sebuah kantin. Blok-blok bangunan tersebut mengandungi 30 bilik darjah, sebuah ruang pejabat, bilik mesyuarat, 2 setor SPBT, 2 makmal Sains, bilik komputer, bilik seni, bilik kemahiran hidup, koperasi, bilik muzik, bilik guru, bilik bimbingan kaunseling, bilik pemulihan, pusat sumber, bilik agama, setor sukan, tandas dan bilik persalinan. Bangunan sekolah ini berbentuk U dan mempunyai 7 blok iaitu:

Blok A
Di tingkat 1 terdapat bilik persalinan perempuan, tandas perempuan, setor sukan, bilik darjah, bilik PJ, tandas lelaki, dan bilik persalinan lelaki. Terdapat tangga untuk murid naik ke tingkat 2. Blok A tingkat 2 terdapat 5 buah bilik darjah.

Blok B
Di tingkat 1 terdapat kedai koperasi, makmal komputer, dan 2 buah bilik darjah, dan ada tangga naik ke tingkat 2. Blok B tingkat 2 pula mempunyai 2 buah bilik darjah, bilik tayang dan bilik ABM.

Blok C
Di tingkat 1 terdapat makmal komputer, bilik buku teks, bilik kesihatan, dan setor buku teks, tandas murid lelaki, dan tandas murid perempuan. Blok C tingkat 2 terdapat perpustakaan dan bilik e-tems . Blok C tingkat 3 ada 2 bilik darjah, dan terdapat tandas murid lelaki, dan tandas murid perempuan.

Blok D
Di tingkat 1 terdapat ruang serbaguna, ada pentas, lobi, dan anjung kereta. Terdapat tangga di kiri kanan bangunan blok D. Blok D tingkat 2 terdapat bilik pejabat, bilik Guru Besar, Bilik GPK, bilik pemulihan, dan bilik muzik. Terdapat tangkat di kiri kanan ke tingkat 3. Di tingkat 3, ada 5 buah bilik darjah, dan Pejabat Guru Sekolah Agama.

Blok E
Di tingkat 1 terdapat tandas guru lelaki, makmal sains, bilik kaunseling, bilik
j-QAF, bilik Disleksia, bilik setor sains. Ada tangga ke tingkat 2. Di tingkat 2, terdapat bilik guru. bilik SUP, dan bilik mesyuarat. Di tingkat 3, ada 2 buah bilik darjah.

Blok F
Di tingkat 1 makmal sains, dan bengkel kemahiran hidup, setor pekerja, tandas murid lelaki dan tandas murid perempuan, dan tandas DISA lelaki dan tandas DISA perempuan.

Blok G
Di tingkat 1 ada bilik darjah Pra sekolah dan dapur, bilik pendidikan seni visual yang mempunyai 2 buah bilik setor. Di hujung blok G ada tangga naik ke tingkat 2. Di tingkat 2 bilik G, terdapat 4 buah kelas.
Bersebelahan blok A, terdapat kantin dan tempat letak kereta serta tempat letak basikal. Di belakang kantin, ada gelanggang dan padang sekolah. Di depan blok E terdapat tempat letak kereta guru-guru, dan kakitangan sekolah. Padang permainan Pra sekolah pula berhampiran blok G. Bangunan Pra sekolah dua di bina di belakang blok G (beroperasi 3.1.2008). Surau sekolah terdapat di hadapan blok G menghadap jalan raya. Di depan bangunan surau, ada tangga turun ke tempat menunggu dan tiba murid-murid sekolah yang berbumbung dalam kawasan berpagar. Dataran ilmu terdapat di tengah-tengah bangunan sekolah dan sebagai tapak perhimpunan pagi yang mempunyai 3 batang tiang bendera.



BLOG SEKOLAH : http://skstkb.blogspot.com/

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KLUANG BARAT, KLUANG , JOHAR

LENCANA SUMBANGAN DARI RAKAN


# 2 set lencana ini merupakan sumbangan dari  SHUHANA BAHAROM  dan diterima oleh penulis pada 12 Februari 2011

# Jutaan terima kasih kepada beliau diatas sumbangan lencana sekolah ini.

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SERI ISKANDAR, PERAK

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SERAI, HULU LANGAT, SELANGOR



MAKLUMAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SERAI,
43100 HULU LANGAT,
SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL / FAX : 03-90741377
EMAIL : sksshl@gmail.com
BLOG : http://sksshl.blogspot.com/

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI GALAH, TANJUNG TUALANG, PERAK



Visi dan Misi Sekolah


MOTTO SEKOLAH

"MAJU TERUS MAJU"

VISI

SKSG ke arah melahirkan insan terbilang menjelang 2010

MISI
  • Meningkatkan prestasi kurikulum dan pencapaian dalam bidang akademik
  • Melahirkan pelajara yang berdisiplin, berakhlak mulia dan sejahtera
  • Memastikan prestasi kokurikulum yang mantap dan cemerlang
  • Meningkatkan kecekapan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan pejabat
  • Pengurusan kewangan yang terancang, teratur, saksama dan bebas kesilapan
  • Menjalin hubungan yang mesra dalam kalangan warga sekolah

OBJEKTIF
  • Berusaha untuk memastikan setiap murid menerima pendidikan yang adil di sekolah
  • Berusaha untuk memastikan murid diberikan kemudahan pendidikan yang sewajarnya
  • Berusaha untuk menggembling tenaga di semua peringkat masyarakat sekitar supaya menyayangi sekolah sekali gus menyemai sikap pembudayaan ilmu sebagai suatu cara hidup berkualiti
MATLAMAT SEKOLAH
  • Supaya semua murid Tahap Satu mencapai sifar buta huruf dan menguasai kemahiran 3M (Membaca, menulis dan mengira)
  • Supaya murid Tahun 4 dan 5 mendapat sekurang-kurangnya C dalam semua subjek teras serta menguasai Perkara Asas Fardhu Ain
  • Supaya Murid Tahun 6 mampu memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam (UPSR)

Saturday, February 12, 2011

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH BANDAR BARU PERDA, PERMATANG PAUH, PULAU PINANG




PENGENALAN


SMKBBP terletak kira-kira 2 km ke arah barat Bandar Bukit Mertajam dan 10 km ke timur bandar Butterworth, berada di dalam bandar PERDA di antara Pangsapuri Permata dan Kondominium Mutiara serta di belakang Politeknik Seberang Perai. Sebelum tahun 2002 , ibubapa yang menetap di Taman Hj Mohd Amin, Ptg Sg Nibong, Ptg Batu dan Kebun Sireh telah menghantar anak-anak mereka ke SMK Sama Gagah dan SMK Ptg Rawa, jarak yang agak jauh dari rumah, bagi mengatasi masalah ini kerajaan telah membina sebuah sekolah menengah di Bandar PERDA.SMK Bandar Baru PERDA mula beroperasi pada tahun 2002 dengan bilangan pelajar seramai 127 orang ( tingkatan 1 ). Bilangan guru 11 orang dan 2 orang staf sokongan. Didirikan di atas tanah seluas 3.02 ekar, terdiri 4 buah bangunan 4 tingkat, lengkap dengan 6 buah makmal sains, sebuah makmal komputer serta bengkel KH. Pada tahun 2003, seramai 87 orang pelajar tingkatan 4 mula ditempatkan. Calon PMR dan SPM kali pertama pada tahun 2004.

.
FALSAFAH SEKOLAH

Mendapat pendidikan ialah hak seorang pelajar. Mereka boleh dididik dan diajar serta boleh mencapai kejayaan. Sekolah bertanggungjawab untuk mendidik, mengajar, mengasuh dan memupuk mereka untuk menjadi insan yang seimbang dan harmoni ( intelek, rohani, emosi dan jasmani). Matlamat ini dicapai melalui penyuburan potensi pelajar daripada pengembelengan tenaga para guru secara bersepadu dan memahami bahawa mendidik, mengajar dan belajar adalah satu ibadah.

.
VISI SEKOLAH
 
Melonjakkan kecemerlangan SMKBBP sebagai sekolah perdana antara sekolah harian biasa di daerah Seberang Perai Tengah.

.
MISI SEKOLAH
 
~ Melahirkan modal insan yang berketrampilan dan bersahsiah mulia .
~ Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif.
~ Mewujudkan hubungan yang kolaboratif dengan pelanggan sekolah.
~ Mengamalkan pentadbiran dan pengurusan pendidikan berkualiti, telus dan berintegriti.

Saturday, August 14, 2010

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN BOTA KANAN, PERAK



PROFAIL SEKOLAH KEBANGSAAN BOTA KANAN

 
Sekolah Kebangsaan Bota Kanan terletak di Pekan Bota, kira-kira 12 km dari Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1909. Bangunannya didirikan secara bergotong royong oleh orang-orang kampung, yang diketuai oleh Encik Kulop bin Mat Isa.

Pada tahun 1960, sebuah bangunan tambahan telah dibina. Bangunan ini telah mendapat gelaran 'Batu Buluh' kerana lantainya diperbuat daripada campuran simen dan buluh.

Bangunan dua tingkat telah dibina pada tahun 1963. Bangunan ini mengandungi lapan buah bilik darjah. Ianya telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak iaitu Timbalan Perdana Menteri yang kedua pada masa itu.

Sebuah bangunan secara bergotong-rotong telah didirikan pada tahun 1987. Bangunan ini mempunyai lima bilik darjah. Ianya telah dirasmikan oleh Y.B. Dato Hj Ahmed Hambal iaitu EXCO kerajaan negeri Perak pada tahun 1988.

Sekolah ini mempunyai 13 buah kelas biasa dan 2 buah kelas PRA sekolah serta dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti Makmal Komputer. Makmal Sains, Pusat Sumber Sekolah serta dengan rangkaian-rangkaiannya dan Bilik Guru. Pada tahun 2007, sebuah pusat 'Access' telah ditubuhkan. Di samping itu, sekolah ini mempunyai 3 blok rumah guru.


Sekolah Kebangsaan Bota Kanan, 
32600 Bota, Perak.
Tel :   05-3761588  05-3761588   
Fax :05-3761588

SUMBANGAN LENCANA SEKOLAH DARI SEPUPU.


LENCANA SEKOLAH SUMBANGAN DARI ABANG SEPUPU YANG MENGAJAR DI BOTA, PERAK

Thursday, June 24, 2010

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK AMPANG, AMPANG SELANGOR

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS GONG BADAK , KUALA TERENGGANU




LOGO SEKOLAH




WARNA PUTIH ATAS LENCANA
Melambangkan kebersihan dan kesihatan menjadi amalan harian

BULAN DAN BINTANG
Melambangkan Bendera Negeri Terengganu

WARNA KUNING
Melambangkan Warna Daerah Kuala Terengganu

BUKU
Melambangkan erti sekolah sebagai gedung ilmu

LIMA BULATAN GELANG
Melambangkan perpaduan dan kerjasama dikalangan warga sekolah berteraskan Rukunegara

WARNA HIJAU
Melambangkan Agama Islam menjadi asas kehidupan

SATELIT
Melambangkan sekolah menuju ke arah era Teknologi Maklumat

WARNA BIRU DAN MERAH
Melambangkan dua daripada warna Bendera Malaysia dan melambangkan kerajaan yang memerintah.



SEJARAH SEKOLAH


Pada 16 Disember 1998 Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohamed yang ketika itu sedang bertugas sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Langkap, Setiu telah datang melapor diri di sekolah ini. Pada masa itu, keadaan fizikal sekolah ini telah siap sepenuhnya. Cuma perabot dan kelengkapan lain masih belum tersedia. Kelengkapan tersebut dihantar ke sekolah secara berperingkat-peringkat.

Seterusnya pada 23 Disember 1998, Encik Samsudin bin Alias iaitu Pembantu Tadbir (N9) datang melapor diri bersama Encik Saide bin Sidek sebagai Pembantu Am Rendah (PAR). Seterusnya diikuti pula pada 27 Disember 1998, Encik Besar bin Embong melapor diri sebagai Pengawal Keselamatan Sekolah dan akhirnya pada 30 Disember 1998 seramai 15 orang guru telah datang melapor diri untuk bertugas di sekolah ini.

Sekolah ini memulakan sesi persekolahannya pada 24 Januari 1999 dengan bilangan murid seramai 530 orang iaitu dari tahun 1 hingga 5. Sebelum kedatangan murid ke sekolah ini, guru-guru dan staf sokongan telah bergotong-royong membuat persiapan bilik darjah dan persiapan fizikal yang lain. Seterusnyapada 26 Januari 1999 satu Majlis Penyerahan Bangunan Sekolah diadakan di bilik mesyuarat sekolah dan dihadiri oleh Encik Mohd Najib dari JPN Terengganu, Tuan Haji Zaid bin Chik dari PPD Kuala Terengganu dan wakil-wakil JKR, JPN serta PPD turut hadir bersama.


SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS 
GONG BADAK
21300 KUALA TERENGGANU
Tel : 09-6672472   Faks : 09-6664019 e-mel : skkgbktrg@zoom-a.com

Saturday, February 20, 2010

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH, MELAKA

 



Lencana

-->
Lencana sekolah mengandungi bentuk-bentuk utama sebagai jangka ukur , model atom dan semi-gear yang sekaligus melambangkan ketelitian dan kejituan dalam sebarang kerja dan keseluruhan pemikiran secara saintifik bagi mengisi keperluan pembangunan dan perpaduan Negara melalui pendidikan .
Warna-warna kuning , biru dan merah yang digunakan adalah melambangkan ketabahan dalam mencapai cita-cita murni dengan berlandaskan keunggulan undang- undang agama, Negara dan sekolah .


bendera

-->
BIRU : Melambangkan cita-cita murni


KUNING: Melambangkan keunggulan undang-undang sekolah, negara dan agama 

MERAH : Melambangkan kesungguhan dan ketabahan ddalam menghadapi cabaran 

JANG UKUR: Melambangkan ketelitian dan kejituan

MODEL ATOM: Melambangkan keluhuran pemikiran secara saintifik

SEMI-GEAR: Melambangkan objektif sekolahmenambahkan bilangan pelajar-pelajar dalam bidang professional sains dan teknologi

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BARU, MELAKA

 

    WARNA



KUNING
Kecemerlangan
OREN
Keindahan dan Keberanian
MERAH HATI
Kesungguhan dan Kekentalan
 
    REKABENTUK
SEGI ENAM
Keimanan dan Kerajinan
BENTUK V

Tumpuan untuk menjadi
manusia berilmu, berakhlak 
beramal
RODA
Sains dan Teknologi
JANGKA
Asas Pembinaan
BUKU
Keilmuan
COGANKATA
Berilmu dan Berakhlak


# Laman Web SONATA ANAK KANCIL    http://sonata14.blogspot.com/
 
# Lencana ini merupakan sumbangan dari SONATA ANAK KANCIL  dan diterima oleh penulis pada 16 Februari 2010.

# Jutaan terima kasih kepada beliau diatas sumbangan lencana sekolah ini.

LENCANA SEKOLAH SUMBANGAN SONATA ANAK KANCIL.

 


  
 SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH, MELAKA


  
 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS, MELAKA.


 
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BARU, MELAKA.

# Laman Web SONATA ANAK KANCIL    http://sonata14.blogspot.com/

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS, MELAKA

 



 



STRUKTUR DAN KOMPOSISI
PERISAI
Melambangkan perlindungan daripada gejala kurang sihat.
PELAJAR DAN BUKU
Manifestasi ilmu dan perintah untuk terus membaca (Iqra’).
SFERA
Membawa maksud betapa jauhnya hala tuju para pelajar dalam menimba ilmu yang tidak ada kesudahan.
GERIGI RODA
Lambang era sains teknologi serta keazaman kental dalam menempoh pancaroba era moden.

SEJARAH RINGKAS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS
TELOK MAS, MELAKA 
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (SMKTM) mula dibina pada bulan Jun 2000 di atas sebidang tanah seluas 6.32 hektar di kawasan Telok Mas di bawah DUN Alai. Terdiri daripada 4 blok utama iaitu blok A (pentadbiran) blok B (bilik darjah), blok C (makmal sains) dan blok D (bengkel dan pusat sumber). SMK Telok Mas juga menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dengan kapasiti maksimum 400 orang pelajar.
Bermula dengan 9 buah kelas Tingkatan 1 dan 3 buah kelas Tingkatan 2. Pelajar Tingkatan 1 terdiri daripada kumpulan pertama pelajar Rancangan Khas seramai 160 orang dan selebihnya pelajar Rancangan Biasa. Pelajar Tingkatan 2 pula terdiri daripada pelajar-pelajar yang asalnya bersekolah di SMK Seri Mahkota dan SMK Ayer Molek. Jabatan Pelajaran Negeri Melaka juga telah menempatkan seramai 5 orang pelajar Rancangan Khas Sukan.
Pelajar Rancangan Khas terdiri daripada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang UPSR tetapi gagal untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. Manakala pelajar-pelajar Rancangan Biasa adalah pelajar yang tinggal berhampiran dengan sekolah.
Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju untuk membiayai yuran makan pelajar-pelajar Rancangan Khas sebanyak RM1.00 seorang (sehari) bermula pada tahun 2002 hingga 2006.
Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) pada 28 Februari 2001 dan disahkan pada 14 Mac 2001 keputusan telah dibuat untuk menjadikan SMK Telok Mas sebagai sekolah berasrama kerajaan negeri Melaka.
SMK Telok Mas telah mendapat perhatian yang jitu dari kerajaan negeri,Jabatan Pelajaran Melaka,Pejabat Pelajaran Daerah dan masyarakat setempat. Buat kali pertama telah diwarwarkan di akhbar Berita Harian pada 20 Mei 2001.
# Laman Web SONATA ANAK KANCIL    http://sonata14.blogspot.com/
 
# Lencana ini merupakan sumbangan dari SONATA ANAK KANCIL  dan diterima oleh penulis pada 16 Februari 2010.

# Jutaan terima kasih kepada beliau diatas sumbangan lencana sekolah ini.

Friday, February 19, 2010

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK PUTERI 2, RAWANG, SELANGOR.


LENCANA KAIN


 


 
BENDERA SUKAN


  
BENDERA SEKOLAH


school



SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, ditubuhkan pada 1hb. Januari 2009 dibawah Akta Pelajaran 1957 dengan Nombor Pendaftaran Kod Sekolah BBA 7242. Sekolah ini mula beroperasi pada 01.01.2009 dan dihuni oleh pelajar pada 5hb. Januari 2009 dengan menumpang buat sementara di SMK Bandar Tasik Puteri. Bilangan pelajar seramai 564 pelajar , 39 orang guru , seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Pejabat. Bilangan kelas yang diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Selangor ialah 25 kelas iaitu Tahun 1 hingga tahun 5. Walaubagaimanapun hanya 15 kelas dapat di ujudkan kerana sekolah tumpang tidak mempunyi lebihan bilik darjah.
Pada 3hb. April 2009 hari Jumaat jam 3.45 petang penyerahan kunci oleh pemaju kepada pengurusan sekolah di tandatangani dan diterima dihadapan wakil Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Selangor. Tempoh kecacatan tanggungan pemaju tamat pada 31.03.2010.
SKTP2 mengandungi 5 blok bangunan terdiri blok pentadbiran 3 aras blok akademik A 4 aras, blok akademik B 4 aras,blok makmal dan bengkel 4 aras, kantin, rumah pam, rumah jaga dan rumah sampah. Jumlah bilik darjah 24, 2 bilik makmal sains, 2 bilik makmal computer, 7 bay bilik sembahyang, pusat sumber, bilik guru, pejabat, bilik mesyuarat, bilik klinik, bilik kokurikulum, bilik stor sukan, kedai buku, 2 bilik persalinan, 6 bilik tandas, 1 bilik muzik , 1 bilik kemahiran hidup, 1 bilik pendidikan seni, 2 bilik pra-sekolah dan 1 dewan terbuka serta 6 bilik stor serba guna.
Mesyuarat Agong Penubuhan Persatuan Ibubapa-Guru telah diadakan pada 09.02.2009 hari Isnin 8.30 pagi bertempat di Dewan Terbuka SMK Bandar Tasik Puteri dan di rasmikan oleh Puan Patifah bte Shamsuddin , Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Gombak. Encik Wan Badrul Hisham b Wan Mahmud telah terpilih sebagai Yang Dipertua PIBG yang pertama dan Encik Zakaria b Ariffin sebagai Timbalan YDP. Pendaftaran Persatuan telah diluluskan oleh Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri Selangor pada 30.04.2009 dengan Nombor Pendaftaran SEL: 1220.
Perpindahan ke bangunan baru fasa pertama di lakukan pada 11.04.2009 ( Sabatu) bagi pelajar yang menumpang di SMK Bandar Tasik Puteri. Fasa kedua melibatkan kemasukan dari SK Bandar Tasik Puteri yang di berikan peluang pilihan untuk berpindah ke sekolah baru pada 24.04.2009. Bilangan kelas pada 30.04.2009 ialah 25 kelas dengan bilangan keseluruhan pelajar berjumlah 1146 murid.
Memandangkan bilangan murid yang semakin bertambah dan bilangan pelajar dalam kelas mencecah 50 pelajar dalam tiap kelas, serta pengujudan Tahun 6 pada 2010 sekolah terpaksa beroperasi dalam 2 sesi pada tahun tersebut. Anggaran jumlah kelas yang akan dipohon untuk dibuka pada sesi persekolahan 2010 ialah 42 kelas dengan unjurun bilangan pelajar berjumlah 40 murid sekelas darab 42 kelas bersamaan 1680 murid. Segala perancangan anggaran dan keperluan bagi menghadapi sesi persekolahan 2010 telah disusun atur bagi memastikan sekolah dapat beroperasi dengan lancar, pelajar mendapat segala kemudahan yang diperlukan dan keperluan tenaga pengajar mencukupi.

#Lencana ini merupakan sumbangan dari seorang rakan yang telah berpindah ke taman tasik puteri.

# Jutaan terima kasih kepada saudara JO diatas sumbangan lencana sekolah ini.

Friday, February 5, 2010

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 12, BANDAR JENGKA, PAHANG






Laman Web Sekolah: http://skj12.blogspot.com/

#Lencana ini merupakan sumbangan dari pihak sekolah dan diterima oleh penulis pada 3 Februari 2010.

# Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah diatas sumbangan lencana sekolah ini.

Tuesday, January 5, 2010

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KARANG, SELANGOR





Visi Sekolah

Berusaha untuk melahirkan insan yang berilmu, berfikiran positif dan kreatif serta
sopan melalui budaya penyayang. Berusaha untuk membentuk
insan berilmu,
bertaqwa, berketerampilan dan cemerlang.


Misi Sekolah

Menuju ke puncak gemilang dengan:
Sistem pengurusan yang harmoni dan berkesan.
Kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum sebagai teras kejayaan.
Tinggi budi pekerti penyelamat maruah diri.
Kejayaan dikecapi dengan usaha gigih dan azam yang tinggi.



Sejarah Sekolah


Pada awal abad ke– 29 Tanjong Karang adalah sebuah perkampungan kecil yang menghubungkannya dengan Kuala Selangor . Tanjong Karang tidak banyak mengalami perubahan dalam struktur hidup penduduk sekitarnya jika dibandingkan dengan dengan penduduk – penduduk yang tinggal di pekan – pekan yang baru membangun. Ketika itu Tanjong Karang hanya didiami oleh sebilangan kecil keluarga orang – orang Melayu dan orang Cina.Bagi memenuhi keperluan hidup penduduk sehari – hari , terdapat sebuah kedai atap yang dimiliki oleh seorang taukeh Cina yang dikenali dengan panggilan Ee Koon. Mata pencarian penduduk – penduduk di sini kebanyakannya bekerja sebagai nelayan. Sesuai dengan kedudukan Tanjong Karang ini sendiri terletak berhampiran dengan kuala sungai iaitu Sungai Tengi. Selain daripada itu juga , ada yang bekerja sendiri seperti bertani dan mengambil upah mencucuk atap. Tahun demi tahun bilangan penduduk Tanjong Karang terus bertambah.Mulai saat itu orang–orang tua di kampung ini mulai sedar yang anak–anak mereka telah sekian lama terbiar tidak mendapat sebarang pendidikan asas yang sepatutnya mereka perolehi untuk faedah hidup mereka sendiri di masa akan datang.

Bagi mengatasi keadaan begini , atas daya usaha ketua kampung iaitu Tok Penghulu, sebuah bangunan sekolah telah dibina pada 1906 di atas tapak masjid lama Tanjong Karang.Namun demikian. Namun demikian, ramai ibubapa yang masih tidak memahami relevannya pendidikan sekular. Ditambah lagi dengan kemahuan ibu bapa yang inginkan anaknya membantu mereka membuat kerja – kerja rumah atau di sawah ladang. Kehadiran murid semakin merosot dan menyebabkannya terpaksa ditutup beberapa bulan kemudian. Bangunan asal telah dibawa ke Bukit Belimbing,Kuala Selangor dan dibuka pula di sana.

Anak–anak kampung mula tidak menerima pendidikan di sekolah lagi.Namun begitu , mereka berpeluang mengaji Al–Quran di rumah imam yang ada ketika itu iaitu Imam Puput.Keadaan ini berlanjutan sehingga tamatnya Perang Jerman pada tahun 1918. Walaupun begitu, orang–orang tua di kampung masih tidak berpuas hati dengan ketiadaan sekolah di kampung mereka. Akhirnya, atas usaha Penghulu Raja Alang , kedai kepunyaan Imam Puput telah diubahsuai untuk dijadikan bangunan sekolah dan dikenakan bayaran sewa tahunan . Akhirnya pada 9 Februari 1920, Sekolah ini dibuka dengan bolangan 2 orang guru dan 45 orang murid. Pada tahun 1925, sebuah bangunan kayu di bina dan diberi nama Sekolah Melayu Tanjong Karang.

Pada tahun 1953, darjah tujuh diwujudkan. Pada tahun 1955 hingga tahun 1959, sekolah ini dijadikan Sekolah pusat Penempatan Pelajar-pelajar Darjah Tujuh. Pada bulan Mei 1959, sekolah ini dijadikan penempatan sementara Darjah Menengah Melayu Tanjong Karang yang kini dikaenali sebagai sekolah Menengah Dato Harun. Pada tahun 1974 dan 1981, di bina bangunan dua tingkat bagi menampung 420 orang murid dan 22 orang guru. Sekolah ini juga menempatkan Pusat kegiatan guru bagi sekolah-sekolah Zon Tanjong Karang sehingga di dirikan bangunan PKG Tanjong Karang.

Pada 5 Januari 1992, diwujudkan kelas pra sekolah tajaan Kementerian Pendidikan. Ianya menampung seramai 25 orang murid dan seorang guru. Pada tahun 1998, telah dibina bangunan dua tingkat bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Pada November 2001, makmal komputer telah diserahkan kepada pihak sekolah.


MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

Nama Dan Alamat Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang (SKTK).
45500 Tanjong Karang,
Selangor Darul Ehsan.


Lokasi Sekolah

Lokasi Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang ini terletak berdekatan dengan pekan Tanjong Karang. Jarak Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang ini dengan pekan tersebut ialah 3 km. . Oleh yang demikian, sekolah ini menjadi tumpuan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah ini. Selain itu, sekolah ini juga berdekatan dengan Hospital Tanjong Karang.

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI, HULU KLANG SELANGOR


School History
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati or SMKTM was first established on the 1st of August, 1991. The first batch of students came from the vicinity of the school itself, most of them were from SMK Lembah Keramat and SMK Taman Keramat. There were 403 of them in total allocated in 2 blocks. In 1993, a third block (Block C) was built to accommodate the growing population.
In 1998, thanks to the PIBG or PTS, the school had enough funds to build a Surau for students to perform their prayers. The famous hall which can accommodate up to 1000 students was completed on the 18th of May, 2001 and costs RM 1.6 million. 2 new blocks were introduced in late 2003 and the school now boasts of an array of amenities such as a computer room, Arts and Crafts studios, basket ball court, a football field and the Science Park or Taman Sains. Below is the school's charter which is the essence of the school itself;

School Logo
Red: Love and Loyalty towards the country
Blue: Peace and Harmony
Yellow: The Selangor flag
2 Hands Clasping: Teamwork ethics
Pencil: An icon of success
Stairs: The way to success
Book: Academic Importance
Hibiscus: National Spirit
Olympic rings: Importance of sports
1991: Date of establishment (1412 is the equivalent Islamic year)

Friday, December 11, 2009

Lencana Sekolah / School Badges - SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 2 , BANDAR JENGKA


Tentu sebilangan daripada pembaca blog ini pernah memiliki dan menggunakan lencana sekolah yang diperbuat daripada besi. Lencana sekolah ini adalah yang pertama saya guna ketika bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jengka 2 pada tahun 1981 ketika didalam darjah 1.

Kelemahan lencana ini adalah ianya akan membuatkan baju sekolah akan berlubang dan pin belakangnya yang diperbuat dari besi mudah berkarat. Mungkin ini sebabnya lencana sekolah telah ditukar ke dalam bentuk tanda nama dan kemudian dalam bentuk kain yang anak-anak kita gunakan sekarang.

Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 6, BANDAR JENGKA

Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG PUSAT, SERDANG KEDAH DARULAMAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...