Thursday, June 24, 2010
Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS GONG BADAK , KUALA TERENGGANU
LOGO SEKOLAH
| ||
WARNA PUTIH ATAS LENCANA Melambangkan kebersihan dan kesihatan menjadi amalan harian BULAN DAN BINTANG Melambangkan Bendera Negeri Terengganu WARNA KUNING Melambangkan Warna Daerah Kuala Terengganu BUKU Melambangkan erti sekolah sebagai gedung ilmu LIMA BULATAN GELANG Melambangkan perpaduan dan kerjasama dikalangan warga sekolah berteraskan Rukunegara WARNA HIJAU Melambangkan Agama Islam menjadi asas kehidupan SATELIT Melambangkan sekolah menuju ke arah era Teknologi Maklumat WARNA BIRU DAN MERAH Melambangkan dua daripada warna Bendera Malaysia dan melambangkan kerajaan yang memerintah. | ||
SEJARAH SEKOLAH
Pada 16 Disember 1998 Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohamed yang ketika itu sedang bertugas sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Langkap, Setiu telah datang melapor diri di sekolah ini. Pada masa itu, keadaan fizikal sekolah ini telah siap sepenuhnya. Cuma perabot dan kelengkapan lain masih belum tersedia. Kelengkapan tersebut dihantar ke sekolah secara berperingkat-peringkat.
Seterusnya pada 23 Disember 1998, Encik Samsudin bin Alias iaitu Pembantu Tadbir (N9) datang melapor diri bersama Encik Saide bin Sidek sebagai Pembantu Am Rendah (PAR). Seterusnya diikuti pula pada 27 Disember 1998, Encik Besar bin Embong melapor diri sebagai Pengawal Keselamatan Sekolah dan akhirnya pada 30 Disember 1998 seramai 15 orang guru telah datang melapor diri untuk bertugas di sekolah ini. Sekolah ini memulakan sesi persekolahannya pada 24 Januari 1999 dengan bilangan murid seramai 530 orang iaitu dari tahun 1 hingga 5. Sebelum kedatangan murid ke sekolah ini, guru-guru dan staf sokongan telah bergotong-royong membuat persiapan bilik darjah dan persiapan fizikal yang lain. Seterusnyapada 26 Januari 1999 satu Majlis Penyerahan Bangunan Sekolah diadakan di bilik mesyuarat sekolah dan dihadiri oleh Encik Mohd Najib dari JPN Terengganu, Tuan Haji Zaid bin Chik dari PPD Kuala Terengganu dan wakil-wakil JKR, JPN serta PPD turut hadir bersama. | ||
SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS
GONG BADAK
21300 KUALA TERENGGANU Tel : 09-6672472 Faks : 09-6664019 e-mel : skkgbktrg@zoom-a.com | ||
Saturday, March 20, 2010
Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 7, BANDAR JENGKA, PAHANG
Lencana SKJ 7 ini adalah dari jenis kain yang akan dijahit di baju sekolah. Sebelum ini saya telah paparkan lencana sekolah SKJ 7 dari jenis tampal.
Saturday, February 20, 2010
Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH, MELAKA
Lencana
Lencana sekolah mengandungi bentuk-bentuk utama sebagai jangka ukur , model atom dan semi-gear yang sekaligus melambangkan ketelitian dan kejituan dalam sebarang kerja dan keseluruhan pemikiran secara saintifik bagi mengisi keperluan pembangunan dan perpaduan Negara melalui pendidikan .
Warna-warna kuning , biru dan merah yang digunakan adalah melambangkan ketabahan dalam mencapai cita-cita murni dengan berlandaskan keunggulan undang- undang agama, Negara dan sekolah .
bendera
BIRU : Melambangkan cita-cita murni
KUNING: Melambangkan keunggulan undang-undang sekolah, negara dan agama
MERAH : Melambangkan kesungguhan dan ketabahan ddalam menghadapi cabaran
JANG UKUR: Melambangkan ketelitian dan kejituan
MODEL ATOM: Melambangkan keluhuran pemikiran secara saintifik
SEMI-GEAR: Melambangkan objektif sekolahmenambahkan bilangan pelajar- pelajar dalam bidang professional sains dan teknologi
Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BARU, MELAKA
- WARNA
KUNING
|
Kecemerlangan
|
OREN
|
Keindahan dan Keberanian
|
MERAH HATI
|
Kesungguhan dan Kekentalan
|
- REKABENTUK
SEGI ENAM
|
Keimanan dan Kerajinan
|
BENTUK V
|
|
RODA
|
Sains dan Teknologi
|
JANGKA
|
Asas Pembinaan
|
BUKU
|
Keilmuan
|
COGANKATA
|
Berilmu dan Berakhlak
|
# Lencana ini merupakan sumbangan dari SONATA ANAK KANCIL dan diterima oleh penulis pada 16 Februari 2010.
# Jutaan terima kasih kepada beliau diatas sumbangan lencana sekolah ini.
LENCANA SEKOLAH SUMBANGAN SONATA ANAK KANCIL.
SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH, MELAKA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS, MELAKA.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BARU, MELAKA.
# Laman Web SONATA ANAK KANCIL http://sonata14.blogspot.com/
Label:
Lencana Sumbangan Dari Rakan
Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS, MELAKA
STRUKTUR DAN KOMPOSISI
PERISAI
Melambangkan perlindungan daripada gejala kurang sihat.
PELAJAR DAN BUKU
Manifestasi ilmu dan perintah untuk terus membaca (Iqra’).
SFERA
Membawa maksud betapa jauhnya hala tuju para pelajar dalam menimba ilmu yang tidak ada kesudahan.
GERIGI RODA
Lambang era sains teknologi serta keazaman kental dalam menempoh pancaroba era moden.
SEJARAH RINGKAS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS
TELOK MAS, MELAKA
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (SMKTM) mula dibina pada bulan Jun 2000 di atas sebidang tanah seluas 6.32 hektar di kawasan Telok Mas di bawah DUN Alai. Terdiri daripada 4 blok utama iaitu blok A (pentadbiran) blok B (bilik darjah), blok C (makmal sains) dan blok D (bengkel dan pusat sumber). SMK Telok Mas juga menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dengan kapasiti maksimum 400 orang pelajar.
Bermula dengan 9 buah kelas Tingkatan 1 dan 3 buah kelas Tingkatan 2. Pelajar Tingkatan 1 terdiri daripada kumpulan pertama pelajar Rancangan Khas seramai 160 orang dan selebihnya pelajar Rancangan Biasa. Pelajar Tingkatan 2 pula terdiri daripada pelajar-pelajar yang asalnya bersekolah di SMK Seri Mahkota dan SMK Ayer Molek. Jabatan Pelajaran Negeri Melaka juga telah menempatkan seramai 5 orang pelajar Rancangan Khas Sukan.
Pelajar Rancangan Khas terdiri daripada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang UPSR tetapi gagal untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. Manakala pelajar-pelajar Rancangan Biasa adalah pelajar yang tinggal berhampiran dengan sekolah.
Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju untuk membiayai yuran makan pelajar-pelajar Rancangan Khas sebanyak RM1.00 seorang (sehari) bermula pada tahun 2002 hingga 2006.
Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) pada 28 Februari 2001 dan disahkan pada 14 Mac 2001 keputusan telah dibuat untuk menjadikan SMK Telok Mas sebagai sekolah berasrama kerajaan negeri Melaka.
SMK Telok Mas telah mendapat perhatian yang jitu dari kerajaan negeri,Jabatan Pelajaran Melaka,Pejabat Pelajaran Daerah dan masyarakat setempat. Buat kali pertama telah diwarwarkan di akhbar Berita Harian pada 20 Mei 2001.
# Jutaan terima kasih kepada beliau diatas sumbangan lencana sekolah ini.
Friday, February 19, 2010
Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK PUTERI 2, RAWANG, SELANGOR.
LENCANA KAIN
BENDERA SUKAN
BENDERA SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, ditubuhkan pada 1hb. Januari 2009 dibawah Akta Pelajaran 1957 dengan Nombor Pendaftaran Kod Sekolah BBA 7242. Sekolah ini mula beroperasi pada 01.01.2009 dan dihuni oleh pelajar pada 5hb. Januari 2009 dengan menumpang buat sementara di SMK Bandar Tasik Puteri. Bilangan pelajar seramai 564 pelajar , 39 orang guru , seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Pejabat. Bilangan kelas yang diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Selangor ialah 25 kelas iaitu Tahun 1 hingga tahun 5. Walaubagaimanapun hanya 15 kelas dapat di ujudkan kerana sekolah tumpang tidak mempunyi lebihan bilik darjah.
Pada 3hb. April 2009 hari Jumaat jam 3.45 petang penyerahan kunci oleh pemaju kepada pengurusan sekolah di tandatangani dan diterima dihadapan wakil Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Selangor. Tempoh kecacatan tanggungan pemaju tamat pada 31.03.2010.
SKTP2 mengandungi 5 blok bangunan terdiri blok pentadbiran 3 aras blok akademik A 4 aras, blok akademik B 4 aras,blok makmal dan bengkel 4 aras, kantin, rumah pam, rumah jaga dan rumah sampah. Jumlah bilik darjah 24, 2 bilik makmal sains, 2 bilik makmal computer, 7 bay bilik sembahyang, pusat sumber, bilik guru, pejabat, bilik mesyuarat, bilik klinik, bilik kokurikulum, bilik stor sukan, kedai buku, 2 bilik persalinan, 6 bilik tandas, 1 bilik muzik , 1 bilik kemahiran hidup, 1 bilik pendidikan seni, 2 bilik pra-sekolah dan 1 dewan terbuka serta 6 bilik stor serba guna.
Mesyuarat Agong Penubuhan Persatuan Ibubapa-Guru telah diadakan pada 09.02.2009 hari Isnin 8.30 pagi bertempat di Dewan Terbuka SMK Bandar Tasik Puteri dan di rasmikan oleh Puan Patifah bte Shamsuddin , Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Gombak. Encik Wan Badrul Hisham b Wan Mahmud telah terpilih sebagai Yang Dipertua PIBG yang pertama dan Encik Zakaria b Ariffin sebagai Timbalan YDP. Pendaftaran Persatuan telah diluluskan oleh Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri Selangor pada 30.04.2009 dengan Nombor Pendaftaran SEL: 1220.
Perpindahan ke bangunan baru fasa pertama di lakukan pada 11.04.2009 ( Sabatu) bagi pelajar yang menumpang di SMK Bandar Tasik Puteri. Fasa kedua melibatkan kemasukan dari SK Bandar Tasik Puteri yang di berikan peluang pilihan untuk berpindah ke sekolah baru pada 24.04.2009. Bilangan kelas pada 30.04.2009 ialah 25 kelas dengan bilangan keseluruhan pelajar berjumlah 1146 murid.
Memandangkan bilangan murid yang semakin bertambah dan bilangan pelajar dalam kelas mencecah 50 pelajar dalam tiap kelas, serta pengujudan Tahun 6 pada 2010 sekolah terpaksa beroperasi dalam 2 sesi pada tahun tersebut. Anggaran jumlah kelas yang akan dipohon untuk dibuka pada sesi persekolahan 2010 ialah 42 kelas dengan unjurun bilangan pelajar berjumlah 40 murid sekelas darab 42 kelas bersamaan 1680 murid. Segala perancangan anggaran dan keperluan bagi menghadapi sesi persekolahan 2010 telah disusun atur bagi memastikan sekolah dapat beroperasi dengan lancar, pelajar mendapat segala kemudahan yang diperlukan dan keperluan tenaga pengajar mencukupi.
# Jutaan terima kasih kepada saudara JO diatas sumbangan lencana sekolah ini.
Friday, February 5, 2010
Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 12, BANDAR JENGKA, PAHANG
Laman Web Sekolah: http://skj12.blogspot.com/
#Lencana ini merupakan sumbangan dari pihak sekolah dan diterima oleh penulis pada 3 Februari 2010.
# Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah diatas sumbangan lencana sekolah ini.
Thursday, January 21, 2010
Tuesday, January 5, 2010
Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KARANG, SELANGOR
Berusaha untuk melahirkan insan yang berilmu, berfikiran positif dan kreatif serta
sopan melalui budaya penyayang. Berusaha untuk membentuk
insan berilmu,
bertaqwa, berketerampilan dan cemerlang.
Menuju ke puncak gemilang dengan:
Sistem pengurusan yang harmoni dan berkesan.
Kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum sebagai teras kejayaan.
Tinggi budi pekerti penyelamat maruah diri.
Kejayaan dikecapi dengan usaha gigih dan azam yang tinggi.
Bagi mengatasi keadaan begini , atas daya usaha ketua kampung iaitu Tok Penghulu, sebuah bangunan sekolah telah dibina pada 1906 di atas tapak masjid lama Tanjong Karang.Namun demikian. Namun demikian, ramai ibubapa yang masih tidak memahami relevannya pendidikan sekular. Ditambah lagi dengan kemahuan ibu bapa yang inginkan anaknya membantu mereka membuat kerja – kerja rumah atau di sawah ladang. Kehadiran murid semakin merosot dan menyebabkannya terpaksa ditutup beberapa bulan kemudian. Bangunan asal telah dibawa ke Bukit Belimbing,Kuala Selangor dan dibuka pula di sana.
Anak–anak kampung mula tidak menerima pendidikan di sekolah lagi.Namun begitu , mereka berpeluang mengaji Al–Quran di rumah imam yang ada ketika itu iaitu Imam Puput.Keadaan ini berlanjutan sehingga tamatnya Perang Jerman pada tahun 1918. Walaupun begitu, orang–orang tua di kampung masih tidak berpuas hati dengan ketiadaan sekolah di kampung mereka. Akhirnya, atas usaha Penghulu Raja Alang , kedai kepunyaan Imam Puput telah diubahsuai untuk dijadikan bangunan sekolah dan dikenakan bayaran sewa tahunan . Akhirnya pada 9 Februari 1920, Sekolah ini dibuka dengan bolangan 2 orang guru dan 45 orang murid. Pada tahun 1925, sebuah bangunan kayu di bina dan diberi nama Sekolah Melayu Tanjong Karang.
Pada tahun 1953, darjah tujuh diwujudkan. Pada tahun 1955 hingga tahun 1959, sekolah ini dijadikan Sekolah pusat Penempatan Pelajar-pelajar Darjah Tujuh. Pada bulan Mei 1959, sekolah ini dijadikan penempatan sementara Darjah Menengah Melayu Tanjong Karang yang kini dikaenali sebagai sekolah Menengah Dato Harun. Pada tahun 1974 dan 1981, di bina bangunan dua tingkat bagi menampung 420 orang murid dan 22 orang guru. Sekolah ini juga menempatkan Pusat kegiatan guru bagi sekolah-sekolah Zon Tanjong Karang sehingga di dirikan bangunan PKG Tanjong Karang.
Pada 5 Januari 1992, diwujudkan kelas pra sekolah tajaan Kementerian Pendidikan. Ianya menampung seramai 25 orang murid dan seorang guru. Pada tahun 1998, telah dibina bangunan dua tingkat bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Pada November 2001, makmal komputer telah diserahkan kepada pihak sekolah.
Nama Dan Alamat Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang (SKTK).
45500 Tanjong Karang,
Selangor Darul Ehsan.
Lokasi Sekolah
Lokasi Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang ini terletak berdekatan dengan pekan Tanjong Karang. Jarak Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang ini dengan pekan tersebut ialah 3 km. . Oleh yang demikian, sekolah ini menjadi tumpuan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah ini. Selain itu, sekolah ini juga berdekatan dengan Hospital Tanjong Karang.
Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI, HULU KLANG SELANGOR
School History
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati or SMKTM was first established on the 1st of August, 1991. The first batch of students came from the vicinity of the school itself, most of them were from SMK Lembah Keramat and SMK Taman Keramat. There were 403 of them in total allocated in 2 blocks. In 1993, a third block (Block C) was built to accommodate the growing population.
In 1998, thanks to the PIBG or PTS, the school had enough funds to build a Surau for students to perform their prayers. The famous hall which can accommodate up to 1000 students was completed on the 18th of May, 2001 and costs RM 1.6 million. 2 new blocks were introduced in late 2003 and the school now boasts of an array of amenities such as a computer room, Arts and Crafts studios, basket ball court, a football field and the Science Park or Taman Sains. Below is the school's charter which is the essence of the school itself;
School Logo
Red: Love and Loyalty towards the country
Blue: Peace and Harmony
Yellow: The Selangor flag
2 Hands Clasping: Teamwork ethics
Pencil: An icon of success
Stairs: The way to success
Book: Academic Importance
Hibiscus: National Spirit
Olympic rings: Importance of sports
1991: Date of establishment (1412 is the equivalent Islamic year)
Monday, January 4, 2010
Friday, December 11, 2009
Lencana Sekolah / School Badges - SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 2 , BANDAR JENGKA
Tentu sebilangan daripada pembaca blog ini pernah memiliki dan menggunakan lencana sekolah yang diperbuat daripada besi. Lencana sekolah ini adalah yang pertama saya guna ketika bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jengka 2 pada tahun 1981 ketika didalam darjah 1.
Kelemahan lencana ini adalah ianya akan membuatkan baju sekolah akan berlubang dan pin belakangnya yang diperbuat dari besi mudah berkarat. Mungkin ini sebabnya lencana sekolah telah ditukar ke dalam bentuk tanda nama dan kemudian dalam bentuk kain yang anak-anak kita gunakan sekarang.
Tuesday, October 20, 2009
Wednesday, October 7, 2009
Monday, October 5, 2009
Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN YUSUFF, BATU GAJAH PERAK. ( PERAK @ 0006 )
SEKOLAH MENENGAH SULTAN YUSUFF
Jalan Ilmu, 31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
Laman Web Sekolah: SMK SULTAN YUSUFF
Jalan Ilmu, 31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
Laman Web Sekolah: SMK SULTAN YUSUFF
Bentuk
lencana sekolah ini mempunyai bentuk perisai dalam tiga bahagian. Bahagian
atas, tengah dan bawah. Perisai membawa makna sebagai satu alat pertahanan
diri daripada sebarang ancaman. Disini dimaknakan bahawa ilmu pengetahuan
itu sebagai perisai kepada hidup manusia.
Warna
Kuning -lambang kesultanan dan pemerintahan negeri beraja
Hitam - lambang kecekalan hati dan hasrat untuk mencapai kejyaan sebagai
memenuhi cita-cita murni.
Merah - lambang keberanian utk menegakkan kebenaran serta keberanian
menghadapi semua cabaran hidup.
#Lencana ini merupakan sumbangan dari pihak sekolah dan diterima oleh penulis pada 30 September 2009.
# Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah diatas sumbangan lencana sekolah ini.
Thursday, October 1, 2009
Wednesday, September 16, 2009
Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 7, BANDAR PUSAT JENGKA.
Inilah lencana sekolah rendah yang kedua disematkan didada saya. Sebelum ini saya bersekolah di SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 2 sehingga mei 1983 sebelum berpindah ke jengka 7 pada hari khamis 5/5/1983. Di Jengka 7 saya bersekolah sehingga tamat darjah 6.
SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 7,
26410 BANDAR PUSAT JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR.
SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 7,
26410 BANDAR PUSAT JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR.
Tuesday, September 8, 2009
Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN JAYA, TASIK GELUGUR
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2001 dengan nama Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya. Nama Pengkalan Jaya diilhamkan oleh Guru Besar pertama sekolah ini sempena gabungan nama tempat dan konsep kejayaan menyeluruh. Motif ini diabadikan pada lambang lencana sekolah dengan huruf bingkai PJ. Pada asalnya sekolah ini dinamakan dengan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor II kerana pada peringkat perancangan awal SKTG yang berada di Jalan Besar Tasek Gelugor akan berpindah ke sini sepenuhnya. Sehubungan dengan ini pada peringkat permulaannya semua urusan mesyuarat dan perundingan dikendalikan oleh En. Aboo Hassan b. Ahmad selaku Guru Besar Sek. Keb. Tasek Gelugor.
Namun begitu pada 08 November 2000 suatu mesyuarat khas telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Utara/Tengah bersama semua guru yang terpilih untuk ditempatkan ke SKPJ sebagai kumpulan pertama yang meneroka sekolah baru ini. Ianya terdiri daripada Haji Abdul Rahman b. Hj. Jamaludin - Guru Besar, En. Noor Azhar b. Mansor – Pen. Kanan Pentadbiran, Haji Sabri b. Hj. Sulaiman – Pen. Kanan Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Fuaad b. Ismail – Pen. Kanan Kokurikulum, bersama tenaga pengajar 17 orang guru dan seorang Pembantu Tadbir serta seorang Pembantu Am Rendah. Memandangkan sekolah ini muncul secara ‘tiba-tiba’ maka pada tahun 2001 banyak kemudahan yang tidak lengkap tetapi dibekalkan secara beransur-ansur. Persekitaran lokasi sekolah kosong kerana tiada peruntukan landskap. Sebanyak 11 buah kelas dibuka dan beroperasi bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 4 sahaja dengan bilangan pelajar seramai 384 orang yang dipindahkan sebahagian besarnya dari Sek. Keb. Tasek Gelugor dan selebihnya dari Sek. Keb. Padang Menora berdasarkan alamat terdekat. Tahun 1 (3 kelas), Tahun 2 (3 kelas), Tahun 3 (2 kelas) dan Tahun 4 (3 kelas).
Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 6, BANDAR JENGKA
Lencana sekolah menengah tempat saya belajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 tahun 1991.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAN JENGKA 6,
26410 BANDAR PUSAT JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR.
26410 BANDAR PUSAT JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR.
Lencana Sekolah - SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) YAK CHEE, PUCHONG.
蒲种益智国民型华文小学 SJK (C) Yak Chee
| 电话 | +603-8070 1161 |
| 传真 | +603-8076 4025 |
| 邮件信箱 | yakchee@gmail.com |
| 地址 | SJK (C) Yak Chee Batu 8, Jalan Puchong 47100 Puchong, Selangor |
Lencana Sekolah - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH.
WARNA BIRU - Keutuhan tekad dan cita-cita
WARNA MERAH - Berani dan bersemangat juang
WARNA KUNING - Kesetiaan dan ketaatan
WARNA PUTIH - Kebersihan
BULAN DAN BINTANG
Lambang kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
Kecemerlangan yang diharapkan wujud dalam diri pelajar.
JALUR MERAH PUTIH
Menjunjung cita - cita dan wawasan Negara
BUKU TERBUKA
Perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek serta
semangat kesukanan.
REHAL
Ilmu sebagai asas mencapai kemajuan.
SIMBOL GEAR
Sentiasa terkini dalam bidang sains dan teknologi
BUNGA RAYA
Semangat muhibbah dan permuafakatan.
SEJARAH SEKOLAH SMK BB SUNGAI BULOH
Pembinaan SMK BBSB telah dibiayai oleh Bank Dunia. Mula dibina pada awal tahun 1992 dan beroperasi pada 1 Disember 1993 dengan penempatan pelajar 980 orang yang ditempatkan di tingkatan Peralihan, 1, 2, 3 dan 4 dengan 44 orang guru di bawah pentadbiran seorang pengetua.
SMK BBSB terletak kira-kira 20 km dari Kuala Lumpur merupakan sebuah sekolah dibawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Selama 14 tahun beroperasi, sekolah ini telah mempunyai 5 orang pengetua iaitu Puan Hajah Rahmah binti Hussien (Disember 1993 - November 1995), Encik Mustafa bin Yunus (1 Disember 1995 - 15 Jun 1998), Datin Hajah Kamsiah binti Sa'abin (16 Jun 1998 - 30 September 1998), Puan Hajah Ramlah binti Haji Tahir (1 November 1998 - 29 Mei 2007) dan Encik Abdul Hakim bin Kassim (Jun 2006 hingga sekarang).
SMK BBSB telah dinaikkan taraf dari gred B ke gred A pada tahun 1998. Bertitik tolak dari tarikh ini, kejayaan demi kejayaan sama ada dalam bidang Kurikulum atau Kokurikulum telah dicapai. Kejayaan yang dikecapi ini adalah hasil daripada kerjasama dan komitmen guru-guru, pelajar dan PIBG sekolah.
Kini SMK SSBS telah hampir 14 tahun beroperasi, SMK BBSB telah berjaya melahirkan generasi yang berwawasan dan ketrampilan untuk memimpin dan membangunkan generasi yang akan datang. Dalam usaha tanpa kenal penat dan jemu, komitmen yang tidak pernah luntur, moto sekolah " Mendukung Wawasan Berteraskan Ceria, Cergas, Cemerlang " dapat diteruskan dan cogan kata " Kecemerlangan Wawasan Kami " .
# Semua maklumat diatas dipetik dari laman web SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH.
Sunday, September 6, 2009
Lencana Sekolah - SEKOLAH KEBANGSAAN MERCHANG, MARANG. TERENGGANU
- Diasaskan oleh Khatib Haji Awang Bin Musa pada tahun 1947 dengan nama Sekolah Rakyat.
- Tapak asal berhampiran Masjid Kg. Merchang.
Bangunan asal berdinding kayu dan beratapkan daun nipah.
Murid pertama seramai 30 orang.
Guru pertama mengajar Encik Che Ibrahim bin Mat Amin.
Dipindahkan ke Kg Demang kerana masalah air pasang besar.
Dipindahkan sekali lagi ke tapak sekarang di Kg Pulau Rusa apabila bangunan baru siap pada 31. 1. 1952.


Subscribe to:
Posts (Atom)



