Sejarah.
Sekolah Kebangsaan Chuping terletak di antara Bukit Chuping dan
jalan raya dari simpang tiga Mata Ayer dan Gua Berangin iaitu di sebelah
selatan Bukit Chuping. Lebih Kurang 400 meter dari Kem Tentera Renjer 9
kira- kira 8 kilometer dari Bandar Kangar. Sekolah Kebangsaan Chuping
adalah di antara sekolah yang tertua di Perlis dan kini ia adalah
sekolah intergrasi National. Sekolah Kebangsaan Chuping ditubuhkan
sebelum perang kedua diantara tahun 1900 dan 1912 atas usaha Penghulu
Mukim Chuping yang pertama iaitu Wan Abd Rahman b Wan Mat Saman yang
berasal dari Arau Perlis.
No comments:
Post a Comment