A. SEJARAH AWAL SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL
Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal bermula sebagai salah sebuah institusi pendidikan terawal di daerah Kuala Terengganu dikenali Sekolah Agama Rakyat (DARUL-ULUM). Sekolah ini telah diasaskan oleh seorang guru agama tempatan iaitu Ustaz Haji Mahmud Bin Ahmad sebelum perang dunia kedua meletus.
Haji Mahmud Bin Ahmad
B. LOKASI AWAL SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL
Lokasi ataupun perletakan awal sekolah ini adalah di Kampung Darat, Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu.
C. SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL
Pada 2hb Oktober 1946, Datuk Haji Ali bin Long merupakan Nazir Sekolah-sekolah
Melayu Terengganu telah melawat sekolah ini dan mengisytiharkan ianya sebagai salah
sebuah sekolah kerajaan di negeri Terengganu.
Sekolah
ini telah diiktiraf sebagai Sekolah Kerajaan pada 7hb Oktober 1946 dan
menerima seorang guru pelatih, Engku Abd Rahman bin Din. Tidak ada
sebarang upacara untuk merasmikannya.
Engku Abdul Rahman Bin Din ( Guru Pelatih – 1946 )
Pada awal tahun 1947. Sekolah ini telah menerima seorang guru
besar berkelulusan SITC ( Sultan Idris Teaching College) yang bernama
Cikgu Mohd Said bin Abu Bakar. Diikuti seterusnya seorang guru pelatih Cikgu Salleh bin Abd Rahman pada awal tahun 1948.
Mohd Said Bin Abu Bakar (Guru Besar – 1947)
D. PERKEMBANGAN SEKOLAH
Pada
asalnya, bangunan sekolah ini adalah sebuah bangsal yang beratapkan
nipah dan berada dalam kawasan yang sempit. Kesan perkembangan dan
kemajuan sekolah menyebabkan berlakunya pertambahan pelajar. Apabila
bilangan pelajar semakin bertambah, sebuah bangsal yang beratapkan nipah
yang baru berukuran 120’ x 30’ telah didirikan bagi menampung pertambahan bilangan pelajar.
Memandangkan
pelajar-pelajar semakin bertambah, penduduk kampung bersetuju dengan
langkah Pejabat Pelajaran Terengganu yang hendak mengubah tapak sekolah
itu kepada sebuah kawasan yang lebih selesa iaitu di Kampung Bukit
Tunggal (lokasi sekarang). Keluasan tapak baru sekolah ini dianggarkan
10.912 ekar.
Pada
tanggal 13hb Disember 1948, sekolah ini telah dipindahkan ke Kampung
Bukit Tunggal (lokasi sekarang ) dengan jumlah pelajarnya seramai 80
orang ( 50 orang murid lelaki dan 30 orang perempuan ).
Seterusnya
pada tahun 1949, Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Tuanku Ismail
Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin, DK., DKM., DMN.,
SPMT., DK (Kelantan) , DK (Selangor ) ,KCMG telah merasmikan bangunan
baru tersebut.
PERKEMBANGAN ANTARA 1945-1957.
A. PERTUKARAN NAMA SEKOLAH
Setelah
berpindah ke Kampung Bukit Tunggal pada 13hb Disember 1948 , nama
sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Melayu Bukit Tunggal. Jumlah
pelajar semakin bertambah dan ramai pelajar lepasan sekolah ini berjaya
menjadi guru pelatih. Pelajaran Agama Islam yang khusus di adakan di
sebelah petang. Disebabkan kedudukan sekolah ini di tengah-tengah
kawasan perkampungan, maka jumlah pelajarnya semakin meningkat.
B. NAMA-NAMA KAMPUNG (KOMUNITI) SEKOLAH
Sebahagian
besar daripada pelajar-pelajar di sekolah ini berasal daripada kampung
Bukit Tunggal, Kampung Bukit Kandis, Kampung Bukit Tok Ris, Kampung
Bukit Datu, Kampung Pangkalan Batu, Kampung Seberang Tuan Chik Haji,
Kampung Bukit Tumbuh, Kampung Banggol Pauh, Kampung Banggol, Kampung
Banggol Limau, Kampung Gong Sentol, Kampung Dusun, Kampung Gong Kijang, Kampung Tebauk, Kampung Pengkalang Arang, Kampung Batu Enam dan Kampung Tanjung Bunut.
C. PENUBUHAN BANGUNAN BARU SEKOLAH
Bagi
menampung pertambahan pelajar, pada tahun 1952 telah dibina dua buah
bangunan kayu yang mengandungi 12 bilik darjah setiap satu yang berlantaikan simen berukuran 180’ x 22’. Pada ketika itu, bangunan sekolah ini merupakan yang termoden di negeri Terengganu bagi Sekolah Melayu.
Pada
22 Januari 1953, bangunan baru ini dibuka dengan rasminya oleh Duli
Yang Maha Mulia Sultan Terengganu , Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni
Al-Marhum Sultan Zainal Abidin ,DK ,DKM ,DMN ,SPMT ,DK (Kelantan ) ,DK
(Selangor ) ,KCMG : dengan upacara yang paling meriah dan mendapat
sambutan daripada seluruh penduduk kampung yang anak-anaknya belajar di
sekolah ini .
D. KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH SEKITAR TAHUN 1955 – 1957
Sehingga tahun 1955 darjah yang tertinggi sekali adalah darjah 6. Pada tahun 1956 telah di adakan darjah 7 yang
merupakan darjah yang tertinggi. Justeru pada ketika itu ramai pelajar
darjah 7 daripada sekolah berhampiran datang menuntut ilmu di sini
seperti dari Sekolah Kampung Tengah, Sekolah Bukit Cempaka, Sekolah
Jeram dan Sekolah Seberang Takir. Pada akhir tahun 1957, darjah 7 ini
telah dimansuhkan. Sebahagian besar daripada pelajar darjah 7 inilah
yang menjadi guru pelatih.
PERKEMBANGAN SELEPAS 1957 – 1962
A. KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH SEKITAR TAHUN 1955 – 1957
Selepas darjah 7 dimansuhkan mulai tahun 1958, darjah
yang tertinggi adalah darjah 6. Pada tahun 1966, sekolah ini
diasingkankan kepada dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit
Tunggal I dan Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal II mengikut
arahan Surat Pejabat Pelajaran Terengganu Bil (13) dalam P.T Sulit
12/65 bertarikh 1hb Januari 1966. Guru Besar yang pertama di Sekolah
Kebangsaan Bukit Tunggal I ialah Ahmad Bin Ali. Seterusnya, Guru besar di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal II bernama Encik Endut bin Ngah.
Pada tahun 1970 bangunan tambahan berukuran 60’ x 30’ yang mengandungi bilik rehat telah dibina . Ia juga telah dijadikan sebagai dewan, mesyuarat guru, pejabat dan stor.
Seterusnya,
pada akhir tahun 1972, berakhirlah Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal I
dan Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal II. Justeru mulai 1hb Januari 1973,
sekolah ini digabungkan sebagai sebuah sekolah yang dikenali dengan
nama Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dan ditadbirkan oleh Tuan Haji
Mahmud bin Haji Awang sebagai guru besar yang pertama.
B. PEMBELAJARAN SEKITAR TAHUN 1973 DAN 1974
Pada
tahun 1973 , tenaga pengajar sekolah ini adalah seramai 30 orang guru
Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) dan Bahasa Inggeris ,4 orang guru
Agama Islam, 2 orang kerani ,seorang pengawal keselamatan, seorang
tukang kebun dan 3 orang tukang sapu.
Sebuah lagi bangunan tambahan telah siap dibina di akhir tahun 1973 yang berukuran 120’ x 30’ dan mengandungi 4 buah bilik darjah.
Kesan daripada perkembangan kemajuan sekolah, pada tahun 1974 jumlah
pelajarnya juga telah meningkat menjadi seramai 1196 orang dengan
terdiri daripada 31 orang guru Bahasa Kebangsaan ( Bahasa Melayu ) dan
Bahasa Inggeris , 4 orang guru Agama Islam, 2 orang kerani , seorang
pengawal keselamatan, seorang tukang kebun dan 3 orang tukang sapu.
Seterusnya
berdasarkan pencapaian peperiksaan Penilaian Darjah Lima Tahun 1974,
dua orang daripada pelajar sekolah ini telah berjaya melanjutkan
pelajaran ke Sekolah Menengah Sains. Manakala
pada keputusan peperiksaan Penilaian Darjah 5 tahun 1975 pula, 2 orang
pelajar telah berjaya mendapat pangkat 4A, 1B dan seorang lagi berjaya
mendapat pangkat 4A, 1C.
Sumber Rujukan:
1. Ustaz Haji Mahmud Bin Ahmad
2. Cikgu Engku Abd. Rahman Bin Din
3. Cikgu Salleh Bin Abd. Rahman
4. Cikgu Mohd. Said Bin Abu Bakar
5. Rekod-rekod dan dairi sekolah
(Sumber maklumat diambil daripada artikel majalah “TUNGGAL” sempena menyambut Perayaan Jubli Perak Sekolah” 1976 )
Wynn casino - jtmhub.com
ReplyDeleteLas 전라북도 출장마사지 Vegas and Encore bet365 Las Vegas feature two luxury hotel towers with a total of 4,748 경상북도 출장안마 spacious hotel rooms, suites and villas, 과천 출장샵 approximately 192,000 square 과천 출장샵 feet