SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BEKUAI, PENGKALAN HULU, PERAK.
Sekolah
Kebangsaan Bekuai terletak di antara pekan Pengkalan Hulu dan Kampung
Tasek. Jarak dari pekan Pengkalan Hulu ke Sekolah Kebangsaan Bekuai
lebih kurang 3 km. Mengikut cerita dari orang-orang tua, Sekolah
Kebangsaan Bekuai mendapat nama sempena sebatang pokok Bekuai yang besar
terdapat di kawasan tapak bangunan asal sekolah ini.
Mengikut
keterangan orang-orang tua, bangunan asal sekolah ini dipunyai oleh
Orang Besar Kampong yang bernama Che Wan Mendelong. Beliau dengan murah
hati telah membenarkan bangunan rumahnya dijadikan sekolah. Bangunan
sekolah ini terletak di sebelah kanan jalan ke Kampung Tasek. Guru
Besar yang pertama bertugas di sekolah ini dikenali dengan panggilan
Cikgu Teh. Beliau seorang guru lepasan Kolej Matang.
Dengan
adanya desakan dari Datuk Penghulu Tuan Haji Salleh, JP, pihak kerajaan
telah mendirikan sebuah bangunan kayu pada tahun 1916 bagi menggantikan
bangunan yang dihadiahkan oleh Che Wan Mendelong. Bangunan ini
didirikan di sebelah kiri jalan ke Kampung Tasek. Pada ketika ini tugas
Guru Besar telah diambil alih oleh Cikgu Tawat menggantikan Cikgu Teh.
Murid Sekolah Kebangsaan Bekuai pada ketika itu hanyalah seramai 30
orang. Sebelum adanya Sekolah Kebangsaan Bekuai, ibubapa di kampung ini
telah menghantar anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuak
Luar, lebih kurang 6 km dari kampung ini.
Pada bulan Ogos 1981, kerajaan telah meluluskan satu projek membina bangunan baru 2 tingkat yang mengandungi 4 bilik darjah. 1 pejabat Guru Besar, 1 pejabat sekolah, 1 bilik guru dan sebuah setor. Bangunan ini telah siap dan mula digunakan pada 3 Mei 1982. Dengan adanya bangunan ini, bangunan sekolah di tapak lama tidak digunakan lagi.
Bilangan murid
terus bertambah. Bangunan tambahan amat diperlukan. Hasil permintaan
dan rayuan pihak sekolah melalui Y.B. Tuan Haji Tajol Rosli bin Tan Sri
Ghazali ketika itu Timbalan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Kementerian Pendidikan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000.00
untuk membina bangunan gotong royong 4 buah bilik darjah. Pembinaan
bangunan ini bermula pada 24 Februari 1987 dan dapat digunakan pada 28
Jun 1987.
Sehingga kini,
Sekolah Kebangsaan Bekuai terdiri daripada 3 buah bangunan, sebuah
kantin dan kemudahan-kemudahan asas yang lain seperti elektrik dan air.
Pada tahun 2008 sekolah ini mempunyai murid seramai 186 orang tahun 1
hingga 6, 25 orang murid pra sekolah, 18 orang guru 5 orang kakitangan
sokongan serta 5 orang pekerja swasta pembersihan dan keselamatan .# Segala maklumat mengenai sejarah SEKOLAH KEBANGSAAN BEKUAI dipetik dari blog sekolah tersebut.
# Terima kasih diatas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada saya.
# Lencana ini telah diterima oleh KLS pada 25/03/2013. Jutaan terima kasih diucapkan.
No comments:
Post a Comment