KAEDAH PENYIMPANAN SETIAP LENCANA SEKOLAH YANG DIMILIKI.
Untuk setiap lencana sekolah yang telah diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH,
perkara berikut akan dilakukan:
1- Memaklumkan kepada pihak sekolah yang telah menghantar lencana tersebut bahawa kiriman mereka telah selamat diterima.
2- Setiap lencana akan diambil gambar sebagai rekod penerimaan.
3- Merekodkan penerimaan lencana mengikut negeri masing-masing supaya pertindihan tidak berlaku.
4- Proses penyimpanan bagi setiap lencana dari jenis yang perlu diseterika dan jenis kain pun bermula.
Semuanya akan melalui proses laminating supaya lencana lebih tahan lama dan tidak kotor.
Elemen penting untuk setiap helaian lencana sekolah yang telah dilaminate.
1- Nama blog : KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH.
2- Lencana sekolah yang telah diterima.
3- Maklumat lengkap berkaitan nama dan alamat sekolah .
4- Nombor siri perolehan lencana sekolah mengikut negeri.
No comments:
Post a Comment