BAHAGIAN HADAPAN
BAHAGIAN BELAKANG
DiskripsiKancil
adalah antara identiti utama Negeri Melaka kerana ia merupakan haiwan
yang begitu sinonim dengan sejarah Negeri Melaka. Dalam logo ini, Kancil
direka dalam aksi melompat untuk mencerminkan nilai kecergasan dan
kecerdasan atlit. Elemen garisan merah dan biru yang membentuk Kancil
pula menggambarkan keyakinan penganjur dan kemeriahan SUKMA XIII.
Tompokan warna merah dan biru pada badan Kancil menunjukkan keharmonian
dan semangat kesukanan. Warna biru, merah dan kuning merupakan warna
yang terdapat pada bendera Negeri Melaka. Secara keseluruhannya, logo
ini membentuk segi tiga yang melambangkan dinamik dan menuju puncak
kecemerlangan.
Maskot Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010
Diskripsi
Sang Kancil, haiwan lagenda merupakan maskot yang dipilih bagi SUKMA XIII, Melaka 2010.
Sang Kancil, haiwan lagenda merupakan maskot yang dipilih bagi SUKMA XIII, Melaka 2010.
Konsep
Rekabentuk maskot SUKMA XIII ini berimejkan pahlawan Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah. Ia bertujuan menggambarkan imej negeri Melaka sebagai sebuah negeri bersejarah. Aksi maskot mencerminkan ketangkasan, keberanian dan kebijaksanaan.

Nama
Nama maskot SUKMA XIII, Melaka 2010 dipilih sebagai ”tuah” sempena nama pahlawan tersebut. Pemilihan nama ini juga memberi maksud negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah SUKMA XIII pada 2010.

# SEDIKIT MAKLUMAN
Maklumat diatas dipetik dari BLOG http://krttdaa.blogspot.com/2010/03/logo-maskot-sukan-malaysia-xiii-melaka.html
No comments:
Post a Comment