Sejarah Sekolah Kebangsaan Puncak Alam
Sekolah Kebangsaan Puncak Alam, Kuala Selangor mula dibuka pada 1 Disember 2001. Mula diterajui dengan 3 orang pentadbir iaitu Tn. Guru Besar: Encik Supardi bin Buniran, Encik Ismail bin Mokhtar; PK Kurikulum, Encik Zarini bin Sarpan; PK Ko-Kurikulum, dan Pn.Fauziah binti PK HEM dan 500 murid.Sekolah ini terletak di atas sebidang tanah seluas 6.8 ekar.
Pembinaannya bermula pada April 1999 dengan kos sebanyak 8.1 juta. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan yang boleh menampung kira-kira 1200 orang murid.
Sebagai sebuah sekolah yang bakal melahirkan murid-murid berpendidikan bestari, Sekolah ini telah disediakan dengan pelbagai kemudahan asas seperti Makmal Multimedia, Makmal Sains, Surau, Bilik Muzik, Bilik Audio Visual dan Pusat Sumber. Sehingga kini, Sekolah Kebangsaan Puncak Alam menampung 1200 orang murid beserta dengan 60 orang guru.
E-Mail : skpuncakalam@yahoo.com.my
No.Telefon : 03-33928171
Faks : 03-33920029
Kod Sekolah : BBA3033
Alamat : Sekolah Kebangsaan Puncak Alam, Jalan Mahkota Impian 2/1, Seksyen 2, 42300 Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan,
# lencana sekolah ini adalah sumbangan daripada pihak Admin E-mail SK PUNCAK ALAM dan ianya telah diterima oleh penulis pada 8/06/2011.